BAB 4 : PRIVATE INVESTIGATOR

7.9K 40 3
                                    



"Nanti kalau dapat apa-apa info, bagi tau Sue yer"


"OK Sue, jangan risau, pandai-pandai la saya siasat"


"Sue harap hal ni antara kita je tau, takde sapa dah Sue nak harap"


"Don't worry Sue, saya akan cuba. Dengan apa yang Sue citer tu, saya yakin dia memang ada skandal, dan saya pasti dia curang. Apa-apa pun, tunggu jer perkembangan dari saya"


*****************


Suasana di rumah Cikgu Suriani amat meriah, kelihatan dia dan suaminya begitu sibuk melayani tetamu yang datang ke Majlis Aqiqah anak sulung mereka. Dia menjemput rakan sekerjanya, begitu juga suaminya yang turut mengundang rakannya bagi memeriahkan sambutan ulangtahun anak tunggal mereka. Sudah lama aku kenali Cikgu Suriani dan suaminya, Adnan, sejak 6 bulan yang lalu. Pada ketika itu, Cikgu Suriani baru melapor diri bersama suaminya ke sekolahku, dan aku yang kebetulan ada di pejabat telah berkenalan dan menguruskan penempatan beliau. Suaminya Adnan, juga seorang guru di sekolah yang agak jauh dari bandar ini, dan mereka baharu sahaja bertukar dari Sarawak.


Urusan perpindahan mereka telah dirancang sejak awal, mereka telah sedia menyewa rumah di sini agar memudahkan penempatan dan urusan kontena yang membawa barangan mereka. Semasa mereka mencari rumah sewa itulah, mereka terlebih dahulu berkenalan dengan isteriku, Pada waktu itu, cuti sekolah, mereka ronda-ronda mencari rumah sewa, kebetulan isteriku sedang bermain dengan Adam di luar. Isteriku membantu mereka mendapatkan rumah dalam taman yang sama. Selesai urusan sewa tersebut, mereka kembali semua ke kampung seterusnya ke Sarawak bagi melunaskan baki perkhidmatan di sana.


Setelah Cikgu Suriani mengetahui yang aku adalah suami kepada rakannya, iaitu isteriku, hubungan kami menjadi lebih rapat. Aku dan Adnan menjadi kawan baik, dan sering lepak bersama sekiranya ada peluang. Hubungan kami semua bertambah akrab dari masa ke semasa, begitu juga Nor. Rumah mereka satu taman dengan rumah aku, selang beberapa lorong jer. Rumah aku jauh ke dalam, manakala rumah mereka berdekatan jalan besar. Jadi, aku akan melalui kawasan rumah mereka untuk ke rumah aku.


Selepas Cikgu Suriani bersalin, isteriku banyak membantu dari segi material dan juga kesihatan. Kini, anaknya telah berusia hampir enam bulan. Aku dan Adnan memiliki hobi yang sama, iaitu main badminton. Jadi kami sering keluar bermain bersama, di gelangang yang kami sewa bersama rakan-rakan yang lain, dan kerap juga beriadah bersama setiap minggu bagi mengeluarkan peluh. Setelah hampir 6 bulan kami mengenali antara satu sama lain, pelbagai kisah telah kami kongsi bersama. Namun, langit tak selalu cerah, kulihat Cikgu Suriani tidak seceria dahulu. Keadaannya muram dan moody, tidak seceria yang aku kenali pada awal perkenalan. Setelah berkali-kali aku cuba mengorek rahsia, akhirnya dia mula bercerita...


"Sue jangan risau, saya akan siasat. Sekejap je kita akan tahu perkara ni" ujarku meyakinkan dia.


"Sham nak buat macam mana?"


"Adalah caranya, Sue serah je pada saya"


"OK, apa-apa nanti Sham update dengan Sue ye"


RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 3Where stories live. Discover now