Saidatul berjalan dengan pantas apabila mendapat panggilan bahawa bapanya mengalami kemalangan. Dia dimaklumkan bahawa bapanya berada di hospital. Pikirannya yang kucar kacir menyebabkan dia terlanggar seorang lelaki. "Aduhh" keluh saidatul sambil memegang tangannya yang sakit. "Sorry, are you okay?" Tanya lelaki itu. Saidatul mengangguk lalu bergegas bangun. Lelaki itu menolong mengangkat barangan yang telah dibeli oleh saidatul tadi. " Thank you" kata sai sambil mengukir senyuman di bibir. Sai meneruskan perjalanannya ke tempat memarkir kenderaan.
Dari jauh kereta kesayangan sai sudah kelihatan. Mana tak nya, hanya kereta dia sahaja yang berwarna soft pink disitu. Dia meletakkan barangan di dalam bonet lalu masuk ke dalam kereta Porsche Taycan miliknya. Dia memandu dengan had kelajuan tinggi. Memang itu habit nya setiap kali memandu kereta.
*"Macam mana papa boleh accident ni?" Tanya Sai. "Ala papa tertidur, habis tumbang pokok tu papa rempuh" kata tuan Syahir dengan nada mengusik. Jelingan mata sai diberi kepada papanya. "Sudah sudah lah tu bang, anak tengah risau awak boleh mengusik nya" sampuk puan Khaleeda ketika melihat anak perempuannya merajuk. "Mana abang Qy ngan abang Man, mama?" Sai kehairanan melihat ketiadaan dua sosok abangnya di dalam bilik wad itu. "Dia orang pergi beli makanan kat cafeteria bawah tu, alang alang tu mama suruh dia orang belikan makanan untuk mama jugak" terang mama. Sai hanya mengangguk tanda faham.
"What's up babyy" kata seorang lelaki. Sai yang terlelap tadi terus terbangun apabila terdengar suara tersebut. Rupanya pemilik suara itu ialah abangnya iaitu Saif Sulaiman. "Please, stop calling me baby" marah Saidatul. Abang sulung nya hanya tergelak melihat dua adik nya yang seperti kucing dan anjing bila berjumpa. Tok tokk.. satu ketukan diberikan menyebabkan mereka memandang ke arah pintu bilik wad. "Assalamualaikum semua, izinkan saya memeriksa keadaan tuan Syahir" kata seorang doktor. Sai yang mamai terus terbeliak mata melihat doktor itu."kau dah kenapa Sai?" Soal abang Man. Sai hanya menundukkan kepalanya. 'itu lelaki yang terlanggar dengan aku kat mall tadi' bisik sai dalam hati. "Keadaan tuan Syahir sudah normal, esok pagi dah boleh pulang ye" kata doktor itu. Puan Khaleeda mengangguk.
'jadi nama lelaki tu Ahmadal ye, kenapa macam familiar nama dia ni?' soal Sai dalam hati. "Ehem" doktor tu berdehem. "Nah, pen awak terjatuh time kita berlanggar semalam" tangannya dihulur. "Ouh thanks" ucap Sai. Lelaki itu terus berlalu pergi. 'sombong betul, terambil pen orang tak reti say sorry' mula dah perangai "anti lelaki" dia. Abang kedua nya yang melihat situasi itu tersenyum sinis. "Dah ada boyfriend tak bagitau pon" kata Saif Sulaiman. "Tak ada masa aku nk berboyfriend boyfriend" cakap Sai sambil memberi jelingan tajam kepada abang nya itu. Man hanya menahan gelak.
"Barang barang semua dah masuk dalam kereta?" Tanya puan Khaleeda kepada anak pertamanya. "Dah ma" jawab Saif Sabqy. "Sulaiman dah tunggu dekat lobi, jom gerak" kata Sabqy lagi. "Adik perempuan kamu mana Qy?" Tanya papa. "Sai kata tadi dia ada urusan kat markas" jawab Qy sambil memimpin tangan bapanya.
*
"Kenapa kau call aku?" Tanya Sai dingin. Ye, perempuan itu memang dingin. Dia ditakuti oleh anak anak buahnya di markas. "Pasal sempadan yang anak anak buah kau jaga tu, aku nak tau update". Kawan sekerja nya, Syed Armand berkata. "Keadaan di sana baik, aku akan ditugaskan ke sana next week, apa apa nanti aku update" maklum Sai. "Ok, aku nak tanya kawan kau yang haritu tu nama dia apa?" Tanya Armand teruja. "Kau kenapa sibuk nak tau nama dia" kata Sai seperti ingin marah. "Tanya je, tu pon salah" Armand memuncung kan bibirnya. "Nama dia Tsuraya, Iman Tsuraya" beritahu Sai sambil menarik kerusinya rapat ke meja kerja. "Cantik nama dia, cam orang nya jugak" angau Armand.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romantizmkisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya