"rupanya kahwin pun penat" Sai mengeluh setibanya sampai di rumah mertuanya. "darling masuk lah dulu, barang barang tu biar abang angkat" Ahmadal membuka pintu kereta Sai. "Sai masuk dulu ye, thank you awak" Sai memberi flying kiss. hampir pengsan Ahmadal di situ. Ahmadal tergelak.
"assalamualaikum umi, walid"
"waalaikumsalam, masuk Sai. mesti penat ni, pergi lah rest dulu. bilik Ahmadal dekat atas belah kiri ye" kata puan Sharifah. "baik umi" Sai berjalan menaiki tangga ke arah bilik suaminya.
tsst..pintu bilik dibuka perlahan lahan, risau isterinya sudah tidur. BAHH... "astaghfirullahalazim darling, terkejut abang."
"hehehe, Sai tunggu lama tau" Sai merajuk. "abang berbual dengan walid tadi" "ouhh" Sai mengangguk angguk.
"tadi kata penat, kenapa tak tidur lagi ni?""saya tunggu awak lah. dah jom tidur"
tup, lampu bilik ditutup. ARGHH terkejut Ahmadal mendengar isterinya menjerit. langsung dia membuka balik lampu bilik. "kenapa ni darling" berlari dia memeluk isterinya yang ketakutan. "Sa- Sai takut gelapp" Sai menahan nangis. "ya Allah, sorry darling. abang tak tahu" dia mengusap kepala isterinya. Sai memeluk tubuh tegap suaminya itu dengan erat. "Sai takut" keluar sudah air mata perempuan itu. "its okay darling, I'm here." Ahmadal membaringkan tubuh isterinya. dia mengusap lembut belakang badan isterinya agar tenang."darling, bangun bangun. lagi 5 minit nak azan subuh. jom solat sama sama" Ahmadal mengejutkan isterinya dengan lembut. "penat lah awak" Sai mengeluh. cup..satu ciuman diberikan ke pipi Sai. "bangun darling" Ahmadal tersenyum melihat muka masam isterinya itu. "hm" Sai yang mamai itu terus bangun menghala ke pintu bilik air.
"assalamualaikum warahmatullah" selesai solat subuh mereka. "ya Allah, terima kasih atas segala yang telah diberikan. kau lindungilah kami dari azab api neraka ya Allah, jadikan lah kami hamba yang sentiasa mengingati Mu. Ya Rabb, kau jagakan lah rumah tangga kami. sungguh aku tidak mahu rumah tangga ku hancur. didiklah hati kami untuk sentiasa bersabar dengan ujian yang datang. Aamiin" selesai doa, Sai menyalam tangan Ahmadal. "abang nak tanya something boleh?"
"boleh"
"macam mana darling boleh jadi tentera kalau darling takut gelap?" Sai menahan malu teringat kejadian semalam. "dalam hutan tak seram, dalam bilik menyeramkan" Sai membuat aksi seperti ketakutan. "dulu abang Man dengan abang Qy selalu kacau Sai time Sai tidur, dari situ Sai mula takut" Ahmadal tergelak melihat isterinya begitu. "darling, abang nak minta sesuatu boleh" Ahmadal bertanya lagi. "apa yang awak nak?"
"abang nak darling panggil abang, abang" Sai membeliakkan matanya. "kalau tak boleh tak pe, abang tak nak paksa" cepat saja Ahmadal kata begitu, tidak mahu isterinya rasa terpaksa. "bagi Sai masa ye" Sai meminta. Ahmadal mengangguk.
"Sai turun bawah dulu ye, nak tolong umi buat sarapan" Sai meminta izin. "okay, sejadah ni biar abang kemas" Ahmadal melipat sejadah lalu meletakkan di atas rak.
"umi tengah masak apa tu, Sai nak tolong" teruja saja nada Sai. "pengantin baru duduk diam diam, biar umi yang masak" puan Sharifah memberhentikan langkah Sai yang ingin mencuci pinggan mangkuk. "ala umii, Sai nak tolong pleasee" Sai mengelipkan mata nya. tergelak kecil mak mertuanya melihat gelagat manja itu. "ni, tolong umi potong kan bawang putih dengan bawang merah"
"baik umii"
"umi, walid mana?" tanya Sai. dari dia turun ke dapur lagi sudah tidak nampak kelibat bapak mertuanya. "walid lepas solat subuh di surau terus pergi ke pusat tahfiz" puan Sharifah memberi tahu. "ouhh" Sai menyambung memotong bawang merah.
"darling tengah buat apa tu, nak abang tolong tak?" Ahmadal memeluk belakang badan sai. "awak, saya geli lah. ni saya tengah tolong umi potong potong." Ahmadal terus melepaskan pelukan itu. tidak mahu isterinya merasa tidak selesa. "awak duduk lah dulu, Sai nak buat air jap" Sai memegang tangan ahmadal dan membawanya ke meja makan. "silakan duduk" Sai tersenyum.
"air dah siap, biar saya tuangkan" laju Sai mengambil cawan yang dipegang Ahmadal. "hati hati, panas" Sai perlahan lahan menghulur kan cawan itu. "baiknya isteri abang yang seorang ini" Ahmadal mengusap rambut isterinya. "kenapa awak kata macam tu, awak ada isteri yang lain ke ni" Sai mengangkat kening. "eh bukan darling, jangan salah faham. darling je lah isteri abang. kenapa pulak abang nak kahwin dengan orang lain. darling dah cukup sempurna dah untuk abang" Ahmadal memegang tangan isterinya.
"haih, nak bersweet sweet jangan lah depan umi, jealous you know" puan Sharifah mengusik. "umi kan ada walid, nak jealous buat apa kan darling" Sai mengangguk angguk. mulutnya penuh dengan makanan membuat kan mereka tergelak. "hehe, sorry umi. Sai lapar sangat. semalam Sai makan sikit jee, takut nanti baju terkoyak pulak kalau makan banyak banyak" puan Sharifah tertawa melihat Sai. "makan slow slow darling, tak lari pun makanan tu. kalau lapar lagi nanti abang tambahkan" Ahmadal mengusap belakang Sai. Sai menyambung makan.
"abang, nanti bawak Sai pergi rumah papa boleh? ada barang tertinggal lah" pinta Sai. "darling kata apa tadi, abang tak dengar"
"dah kenapa abang tak dengar, Sai dah cakap kuat kuat dah ni" Sai pelik.
"Sai nak abang bawak Sai pergi rumah papa, barang Sai tertinggal. boleh tak abang?" Sai mengulang ayatnya. "b- boleh darling, tak kan tak boleh untuk isteri abang ni". Ahmadal terkejut mendengar perkataan 'abang' yang keluar dari mulut Sai. "darling, awak sedar tak awak panggil abang apa tadi?" Ahmadal masih tidak percaya. "sedar, kenapa? abang tak percaya ke yang Sai panggil abang, abang?" Sai jawab selamba. "muah, sayang darling kita nii" ahmadal memeluk isterinya. gembira betul mendengar perkataan 'abang' itu. Sai membalas pelukan suaminya. pelik Sai dibuatnya. entah kenapa dengan memanggilnya 'abang' sahaja boleh membahagiakan suaminya itu.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romancekisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya