Sudah pukul 3 pagi tetapi Ahmadal masih tidak dapat melelapkan mata. Ahmadal teringat pesan walid untuk membuat solat istikharah. Dia lalu bangun dari katilnya dan menuju ke tandas untuk berwuduk. "Assalamualaikum warahmatullah.. assalamualaikum warahmatullah" selesai solat istikharah, ahmadal mengangkat tangan untuk berdoa "ya Allah, kau tunjukkanlah kepada hamba-Mu ini jalan kebenaran. Jauhkanlah aku daripada jalan kesesatan. Sungguh aku tak mau jauh daripada Mu. Ya allah yang maha mendengar, dengarkan lah isi hati ku yang ingin ku sampaikan. Hati hamba-Mu ini gelisah. Aku tidak tahu adakah benar dia jodoh ku atau dia hanya datang sebagai ujian yang kau berikan untuk melihat tahap keimanan ku. Ya Allah jika benar dia jodoh ku, kau pertemukanlah kami dengan cara yang benar. Kau permudahkan lah urusan aku untuk menghalalkan dia. Semoga kami sentiasa diberkati oleh Mu, aamiin"
*
"Kamu tak kerja ke harini, Ahmad?" Tuan Ariff bertanya. "Tak walid, harini Ahmadal cuti. Umi kata nak beli cincin untuk meminang nanti" jawab Ahmadal. Ahmadal berlari ketika melihat karipap yang berada di atas meja makan itu. Dia melabuhkan punggung di atas meja itu dan makan karipap itu dengan hati yang gembira. Suka sangat dengan karipap, apatah lagi kalau uminya yang membuat karipap itu. "Ahmad, dah siap sarapan nanti panggil umi ye" arah puan Sharifah. Ahmadal mengangguk.
"Iman Tsuraya" panggil Armand. "Awak nak apa armand" sudah penat Tsuraya melayan kerenah lelaki itu. Badan sado tapi manja. "Awak, jom lah kita pergi lunch sama sama" pujuk Armand. Tsuraya hanya berjalan meninggalkan lelaki sado itu. "Awakk, jom lah. Saya belanja" pujuk Armand lagi. "Harap badan je sado, perangai macam budak 5 tahun" keluh Tsuraya. "Saya manja dengan awak je" lelaki itu membuat aksi comel. Tak comel langsung, gedikk. "Saya tak nak bagi awak harapan kalau saya layan awak macam ni. Saya tak nak lukakan hati awak" Tsuraya berkata sambil memandang bawah. "Kenapa awak tak nak sakitkan hati saya. Kalau awak tak suka saya, itu tak menjadi masalah untuk awak" tanya Armand kehairanan. "Sebab saya suka awak saya cakap macam ni. Armand listen to me, saya ni miskin, saya tak sempurna, family saya bencikan saya. Kalau family sendiri pun buang saya, apalah sangat orang luar macam awak. Saya tak nak sakit lagi." Tsuraya menahan air mata daripada mengalir jatuh. "Sorry i dont know about your family. Tapi awak boleh bina family baru dengan saya. Saya tak janji yang saya tak akan sakiti hati awak, tapi saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik" kata Armand. "So kita boleh pergi lunch kan sekarang?" Laju Armand menukar topik. Dia tidak mahu perempuan yang disukainya itu menangis. Tidak sanggup untuk melihat.
"Umi, dah berapa kali umi pusing mall ni untuk cari cincin. Jom lah rehat sekejap, penat dah ni" mengadu Ahmadal. Mana tak nya, sudah dua jam mereka pusing mall hanya untuk mencari sebentuk cincin. "Sekejap lah Ahmad, tiada lagi cincin yang umi berkenan" kata umi nya."umi" "umii, tengok lah kat sana tu" Ahmadal menunjuk ke arah sebuah restoran. "Itu bukan abang Armand ke?" Tanya ahmadal kepada uminya. "Eh ya lah, sapa pula perempuan itu?" Puan Sharifah pelik. "Jom lah kita pergi ke abang Armand" Ahmadal menarik lengan baju uminya. "Amboi bang, bawak girlfriend pergi dating ke" usik Ahmadal. Armand terkejut melihat sosok tubuh adik dan uminya dibelakang. " Err u- umi, kenalkan ini kawan Armand also kawan kepada saidatul" terang armand, risau puan Sharifah menyalah anggap. "Assalamualaikum makcik, nama saya Iman Tsuraya. Panggil je Tsuraya" Tsuraya menyapa puan Sharifah dengan senyuman. "Molek sungguh pilihan kamu ni Armand" gembira puan Sharifah melihat perempuan yang berbadan kecil itu. "Nama pun Armand. kalau yang namanya Ahmadal, umi yang kena cari" Ahmadal yang menyedari sindiran Armand itu memberi jelingan tajam. "Makcik ni lah yang akan menjadi ibu mertua Sai, bertuah nya" kata Tsuraya perlahan tetapi didengari oleh puan Sharifah. "Tsuraya pun bertuah tau, sebab nanti makcik pun akan jadi ibu mertua Tsu" kata puan Sharifah sambil menahan gelak. Muka Tsuraya merah akibat menahan malu.
"WALID, WALIDD" jerit Ahmadal. "Dah kenapa kamu ni Ahmad?" Pelik tuan Ariff melihat anak nya itu. "Abang Armand dah ada pilihan hatii" Ahmadal berkata dengan riang. "Stop it, Ahmadal. Kami tiada hubungan yang serius pun" Armand kelihatan sedih ketika mengatakannya. "Sebab tak serius lah kena jadikannya serius. Walid tak nak dengar orang mengata yang anak anak walid ni tidak pandai jaga maruah diri" pesan tuan ariff. Maklumlah, dia merupakan ustaz di sebuah tahfiz. "Baik walid" Armand menjawab pesan itu dengan wajah muram.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romantikkisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya