Pagi pagi lagi mereka sudah sibuk mempercantikkan diri sendiri. Ramai saudara mara datang untuk membantu menyiapkan makanan untuk tetamu yang akan datang. Sai termenung sebentar di dalam biliknya. 'betul ke pilihan aku ni? Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan yang benar untuk hubungan kami' doa Sai dalam hati. "Adik abang ni kenapa muram saja? Cuba senyum sikit" kata Sulaiman lembut. Walaupun abang nya itu suka mencari gaduh, tapi dia juga prihatin terhadap adik perempuannya itu. Mana tak nya, mereka hanya beza setahun. "Sai risau" Sai memberitahu isi hatinya. "Its okay Sai. if something goes wrong, abang ada untuk Sai" Qy menyampuk untuk menenangkan adik nya. Sabqy dengan Sulaiman sangatlah sayang kepada Sai. "Kita orang ada untuk Sai. Mama papa pun ada" Sulaiman menambah. Sai yang mendengar kata itu mengukir senyuman tawar. Dia tau abang abang nya bimbang melihat dirinya sebegitu.
"Cantiknya bakal menantu umi" terpegun puan Sharifah melihat Saidatul. Sai tersenyum malu. Puan Sharifah menyarungkan cincin ke jari manis Sai. "Thank you for choosing Sai, umi" "Sai happy sebab umi dan walid sayangkan Sai" Sai berkata dengan hati yang gembira.
Dari tadi Sai mencari sosok tubuh tunangnya yang tinggi macam galah. "Awak cari saya ke" tanya Ahmadal. "Eh, tiada masa" jawab Sai sedangkan dia yang daripada tadi mencari cari Ahmadal. "Sejak awak bertunang ni, makin cantik" puji Ahmadal. "Awak nak kata sebelum ni saya tidak cantik ke" Sai menunjukkan muka geram. "Awak cantik, tapi harini lagi cantik. Boleh pengsan saya dekat sini" Ahmadal mengusik. "Sejak bila awak jadi manja macam ni?" Sai bertanya. "Sejak awak jadi tunang saya. Penat tau semalam saya tengok youtube cara nak pikat hati perempuan" kata Ahmadal gedik. "Gedik" Sai hanya menjawab pendek. "Saya hensem tak harini?" Tanya Ahmadal sambil mengembangkan dada. Walaupun dia seorang doktor, dia juga rajin pergi ke gym untuk membina badan. "Hensem" Sai menjawab sambil menundukkan kepala. Sungguh dia terpegun melihat lelaki itu. Jantung juga berdegup kencang. "Saya dah agak. Saya memang lagi hensem daripada abang Armand" bangga lelaki itu ketika mengucapkan kata tersebut. "Kau nak kata aku tak hensem lah ni" Armand menyampuk perbualan mereka. "Terima je lah yang kau memang tak hensem" dua beradik itu bertengkar. Tsuraya yang datang bersama Armand terus memeluk Sai. "Kawan baik kita yang seorang ni dah ada pilihan hati, tiada lah lagi sugar mommy yang nak belanja aku makan" Tsuraya memuncungkan bibir. "Mommy sugar dah letak jawatan, ni daddy sugar pulak ambil alih" Armand menepuk dada bidangnya. Tergelak mereka mendengar gurauan Armand. "Perangai kau tu tolong simpan sikit. Rosak majlis aku nanti" kata Ahmadal sambil menepuk bahu Armand.
ARGHH jerit Raisha dari dalam kereta. Hatinya panas melihat Ahmadal tersenyum dengan Sai. "Aku akan pastikan hidup kau tak bahagia perempuan. Kalau aku tidak dapat Ahmadal, tiada siapa pun boleh" Raisha mengetuk stereng kata. "Tunggu lah nasib kau" Raisha tersenyum sinis.
*
Sai berjalan dengan pantas apabila menyedari dia sedang di ekori. Tsldjsklgakajs..mulut nya ditekup. Sai cuba untuk melepaskan diri namun gagal kerana dua lelaki itu sangat kuat. Salah seorang daripada lelaki itu cuba mengikat tangan dan kaki. Sai melihat akan peluang terus melayangkan tendangan ke muka salah satu lelaki. "Argh sakit bodoh" jerit lelaki itu kesakitan. Bushh.. Sai menumbuk perut lagi seorang lelaki yang mencekik nya. Salah satu daripada lelaki itu mengeluarkan pisau. Sai tersenyum sinis. tanpa melengahkan masa, Sai terus melayangkan tumbukan bertubi tubi di perut lelaki yang memegang pisau itu. Lelaki itu rebah. Sai mengambil pisau itu lalu menghulur ke arah satu lagi lelaki. "Come here girl" lelaki itu mendekatinya. Dengan pantas lelaki itu menarik tangan Sai. Sai menarik kuat tangannya agar terlepas daripada cengkaman lelaki itu. "DONT TOUCH ME YOU FUCKING BITCH" tengking Sai. Sai lagi sekali melayangkan tumbukan, tetapi kalini di muka lelaki itu. Sai membuat tendangan tepat ke arah muka lelaki itu. Lelaki itu jatuh tidak menyedarkan diri. Sai menelefon polis.
"Terima kasih cik kerana membuat laporan. Mereka ialah orang yang pihak polis cari" kata anggota polis itu sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih. "You're welcome. Saya minta diri dulu ye" Sai beredar. "Awak okay? Masuklah, saya hantar awak balik" terkejut Sai apabila tunangnya menunggu di depan pintu pejabat polis. "Buat terkejut saya je, macam mana awak tau saya dekat sini?" Tanya Sai sambil berjalan ke arah kereta Mini Cooper milik Ahmadal. "Mama awak beritahu dekat umi saya. Umi saya beritahu kepada saya. Saya risau, jadi saya jemput lah awak. Saya tak nak apa apa terjadi kepada tunang saya ni" Ahmadal mengenyitkan mata. Sai menggeleng gelengkan kepalanya. Keadaan di dalam kereta menjadi tegang kerana mereka hanya diam. "Awak dengan abang Armand satu unit ke?" Tanya ahmadal tiba tiba. "Tidak, tetapi kami selalu bergabung jika ada important mission" jelas Sai. Ahmadal mengangguk.
"Kau okay ke sai. Risau tau aku" tanya Tsuraya gelisah di dalam panggilan telefon itu. "Aku okay je. Kau relax lah, aku tentera kut. Penembak terbaik dalam markas" kata Sai sambil mengukir senyuman sinis dan mengangkat satu keningnya ke atas.
*
Armand yang sudah lengkap memakai baju loreng keluar dari biliknya. "Umi, Armand pergi dulu ye" Armand meminta izin. "Hati hati ye Armand. Umi dengan walid sentiasa doakan Armand" kata uminya dengan berat hati. Pit pitt..suara hon kereta berbunyi menandakan Armand sudah perlu pergi. Armand mengangkat barangannya dan meletakkan di dalam bonet kereta milik kawannya. Ye, unit dia ditugaskan untuk menjayakan tugas penting. 'ya Allah, kau jagakan lah diri ku. Jauhkan aku dari ancaman musuh. Semoga tugas kalini berjalan dengan lancar' doa Armand.
"Sai, awak dengan abang Armand sama pangkat ke?" Ahmadal ingin tahu. "Pa- pangkat armand lagi tinggi" menggeletar sai menjawab. 'kenapa dia tiba tiba tanya soalan tu' tanya Sai dalam hati. "Ouh, patut lah abang Armand selalu sibuk tapi awak tak" Sai memberikan senyuman pahit kepada Armand. Dia tidak mahu membocorkan bahawa Armand merupakan ahli GGK (group gerak khas). "Er awak, saya lapar lah. Jom makan" laju sahaja Sai mengubah topik. Tidak Ahmadal syak wasangka.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romancekisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya