Satu persatu antara mereka tumbang. Kini tinggal armand dan lagi dua buah anaknya sahaja. "Leo, stepbackk!" Kata salah seorang anak buahnya. "You guys go, let me finish this" Armand mengarahkan mereka pergi. "T- tapi.." "GO!" Armand menengking mereka supaya pergi. Pangg bunyi suara tembakan menembusi kulit.
*
Puan Sharifah mundar mandir dari dapur ke ruang tamu. "Awak kenapa daripada tadi? Pening saya tengok. Cuba awak relax sekejap" kata tuan Ariff. Daripada tadi dia melihat isterinya seperti gelisah. "Saya rasa tak sedap hati lah bang" jelas puan Sharifah sambil melabuhkan punggungnya di sebelah suami. "Saya rasa Armand dalam bahaya" jelas puan Sharifah lagi. "Awak jangan lah risau, semua akan baik baik sahaja" kata tuan Ariff. Dia menenangkan isterinya itu dengan menepuk lembut bahagian belakang badan. "Umi, Ahmadal pergi hospital dulu ye" Ahmadal memberikan senyuman dan menghulur tangan. "Umi jangan lah risau pasal abang Armand" pesan Ahmadal. Puan Sharifah hanya mengangguk. Ahymadal seterusnya menyalami tangan ayahnya dan terus menuju ke pintu. Tidak sempat dia membuka pintu, satu ketukan diberi. Tok tokk tokk tok.. Ahmadal membuka pintu dengan penuh rasa hairan. Puan Sharifah dan tuan Ariff juga hairan. Siapa yang datang pagi pagi begini? "Assalamualaikum, ini keluarga tuan Armand ke?" Tanya lelaki berbaju loreng lengkap. "Ye, ada apa ni?" Tanya tuan Ariff. "Maafkan kami, nyawa tuan Armand tergadai ketika misi ini dijalankan" sayu saja suara lelaki itu. "ALLAHUAKBAR, bang anak kita dah tiada bang" puan Sharifah terduduk mendengar bahawa anak sulongnya itu sudah tiada lagi. "Innalillah.." tuan Ariff menahan supaya air matanya tidak jatuh manakala Ahmadal pula sudah menangis teresak esak sambil memeluk puan Sharifah. "Ini barang peninggalan arwah" lelaki berbaju loreng itu menghulurkan barangan Armand kepada tuan Ariff. "Saya minta diri dulu ye, assalamualaikum" kata lelaki itu. Tuan Ariff menjawab salam di dalam hati. Keadaan di rumah itu dipenuhi dengan suara tangisan.
"Innalillah, semoga dia ditempatkan di dalam golongan orang yang baik baik" kata Sai. Ahmadal menelefonnya untuk memberitahu tentang hal ini. "Armand akan dikebumikan esok. Jenazahnya akan di bawa ke rumah dalam pukul 4 petang ini" kata ahmadal. Sai mengangguk. Tidak disangka kawan lelaki nya itu sudah pergi. Tiada lagi usikan dan gurauan daripadanya. Sungguh pilu hati Sai. Kring kringg..telefon Tsuraya berbunyi. "Assalamualaikum. Kenapa kau telefon aku ni?" Tsuraya menyoal. "Armand dah pergi Tsu" kata Sai dengan suara perlahan. "Pergi mana Sai, kenapa dengan dia Sai" tsuraya bertanya kehairanan. "Armand dah pergi meninggalkan kita, dia sudah meninggal Tsuraya" kedengaran suara tangisan Sai dari dalam panggilan telefon itu. "Innalillah" itu saja perkataan yang tsuraya mampu katakan. Dia tersentak. Hatinya seperti di remukkan apabila mendengar bahawa armand sudah tiada. 'Armand, maaf kan saya' bisik Sai.
"Ahmad, makan lah sedikit. Lama lagi jenazah nak sampai, nanti kamu lapar" kata walid. Ye, sebagai seorang bapa semestinya dia terkilan kerana anak nya sudah meninggal. Tetapi dia perlu kuat menghadapi ujian ini. Orang ramai sudah datang untuk menjemput jenazah Armand. Mereka menolong menyiapkan urusan yang diperlukan sebelum jenazah sampai."
"assalamualaikum"
"waalaikumsalam masuk masuk" tuan Ariff menjemput keluarga Sai untuk masuk. "ya Allah, kami turut bersimpati. tidak sangka arwah akan pergi secepat itu" tuan Syahir memberi takziah. "walid, Ahmadal mana?" tanya Sai. dari tadi matanya hanya mencari Ahmadal. "ada dekat dapur tu, tengah makan rasanya."
"izinkan saya jumpa Ahmadal ye" siai meminta izin. tuan Ariff mengangguk dengan senyuman.
"assalamualaikum" Sai memberi salam kepada Ahmadal. "waalaikumsalam, eh awak dah datang ye" dari tadi dia termenung sampai tidak perasan keluarga tunangnya sudah datang. "saya harap awak bertabah ye, saya pun agak terkejut mendengar yang Armand sudah meninggal." Sai memujuk. Ahmadal hanya meneruskan makannya. ssk ssk air mata ahmadal mengalir. "no no dont cry, please dont. saya tak sanggup tengok awak nangis" kata Sai. "kenapa Armand tinggalkan saya, kenapa dia tinggalkan kita orang. dia tak sayang family dia ke?" Ahmadal mengusap air matanya. "ini semua ketentuan tuhan, kita tidak boleh lari dari takdir Ahmadal" pujuk Sai. dia juga sedih mendengar berita bahawa satu satunya kawan lelaki dia itu sudah meninggal, tetapi hatinya makin remuk melihat lelaki yang bergelar tunangnya itu menangis.
*
"maaf makcik sebab tak dapat datang masa pengebumian arwah." Tsuraya merasa bersalah. "tidak mengapa lah Tsu, makcik tau kamu sibuk"
"makcik, sa- saya tak sanggup hilang dia, dia kata nak bina family baru dengan saya tapi kenapa dia pergi. kenapa dia mungkir janji? saya silap, sepatutnya dari awal saya menutup pintu hati, sakit makcik sakit." Tsuraya menepuk-nepuk dada nya, terasa berat. "Armand betul betul sayangkan kamu Tsu, maaf sebab dia tidak dapat tunaikan janji dia" mengalir air mata puan Sharifah.
'maafkan saya, Armand. maafkan saya kalau saya pernah sakiti hati awak.' bisik Tsuraya.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romantizmkisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya