seminggu sudah berlalu selepas pemergian Armand. Ahmadal juga sudah kembali bekerja di hospital. matanya sedikit sembab akibat menangis. "haii, salam takziah atas pemergian abang awak yang annoying tu. sorry sebab tak dapat datang" Raisha menerjah masuk bilik Ahmadal. "you dont have to say sorry. aku pun tak ingin kau datang." Ahmadal menyambung melakukan kerja nya. matanya hanya tertumpu ke skrin komputer. maklumlah, cuti seminggu kerja pun menimbun. "awak ni, tak baik tau cakap macam tu, by the way perempuan tu tunang awak kan" Raisha ingin tahu, dari riak wajahnya saja sudah boleh agak yang dia sudah merancang sesuatu. "mind your own business, kau dah boleh keluar sekarang" Ahmadal menunjuk ke arah pintu. "you ni, i tanya je. risau sangat dengan tunang awak tu, bukan cantik pun." Raisha mencebik. "she's my fiance and my future wife. so its not wrong kalau aku risaukan dia." Ahmadal masih sibuk membuat kerjanya. "apa yang ada dekat dia sampai you jadi macam ni. you sebenarnya tak sayang dia pun kan. you just setuju dengan pilihan auntie Sharifah because awak tak boleh move on daripada saya kan. bagitahu je lah yang sebenarnya you still sayangkan i. sekarang ni bila i nak getback, you ego" Raisha memeluk tubuh. rasa bangga ketika mengatakan begitu. "ss" perlahan ahmadal berkata. "hm, you kata apa?"
"aku kata kau syok sendiri. bukan setakat tu je, gila sekali" Ahmadal menengking.
"sampai hati you kata saya cam ni" Raisha berlakon meminta simpati. "jangan kacau aku, jangan kacau Sai, jangan kacau family aku. aku tak nak tengok muka kau, keluar sekarang!" Ahmadal menghentak meja. raisha mengambil beg tangannya dan beransur keluar daripada bilik itu. "astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim, ya Allah tenangkanlah hati ku" Ahmadal mengusap usap dadanya. kepalanya serabut, emosinya terganggu membuatkan dia senang naik marah.
"tunggu nasib kau nanti Ahmadal, aku dah tau kelemahan kau. usik sedikit saja sudah melenting." raisha tersenyum sinis.
*
"assalamualaikum, mama papa" Ahmadal mengetuk pintu rumah milik ibu bapa Sai. "waalaikumsalam, eh Ahmadal dah sampai ye. masuk masuk, tunggu sekejap mama buatkan air. Sai tengah bersiap tu" puan Khaleeda laju menuju ke dapur. "eh mama ni, susah susah je" segan Ahmadal. "duduk dulu Ahmad" tuan Syahir dan Ahmadal melabuhkan punggung. "eh awalnya awak sampai" terlihat sosok Sai yang memakai abaya berwarna coklat tanpa bersolek. sungguh ayu. dup dap berdegup kencang jantung Ahmadal. mukanya memerah, langsung dia menundukkan pandangan. "ni minum dulu" puan shyarifah mempelawa mereka semua untuk minum. "hari ni Ahmadal dengan Sai nak pergi beli baju kahwin, mama dengan papa bersiap ni nak pergi mana?" tanya Sai, pelik melihat mama papa nya juga bersiap kemas. "mama dengan papa nak beli barang hantaran"
"ouhh"
"mama dengan papa nak Ahmadal hantarkan?" tanya Ahmadal dengan lembut. "eh kamu ni, tak payah. susah susah je" tuan Syahir berkata. Ahmadal hanya menangguk.
*penuh tangan Ahmadal memegang barang kahwin yang dibeli oleh Sai. "sorryy awak, tak perasan pulak semua barang yang saya beli tadi awak yang pegang, bagi lah saya pegang sedikit" Sai merasa bersalah. "takpe lah awak. barang ni bukan barang awak seorang, barang saya pun ada sekali." Ahmadal menolak pelawaan Sai, tidak mahu tunangnya yang berbadan kecil itu mengangkat barang yang berat. "awak ni, bagilah sedikit dekat saya, walaupun badan saya kecil tapi saya kuat. saya tentera tau, awak jangan lupa" bangga Sai. "tidak mengapa, biar saya pegang." Ahmadal tersenyum melihat Sai yang memberi jelingan tajam kepadanya. Sai mengalah.
"baju dah, kasut dah, tudung pun dah. hmm apa yang belum beli ye" Sai merenung ke atas seolah olah ada jawapan kepada pertanyaannya. "ouhh, kasut awak. lupa pulak. sorry hehe" sai menepuk dahi. dari tadi dia hanya membelek barangan dia sahaja sampai terlupa tunangnya. "comel lah awak ni" Ahmadal menahan ketawa melihat tunangnya. "tak payah nak puji dekat sini, jom pergi beli kasut awak. kalau tak, berkaki ayam je lah awak nanti time majlis kahwin." "saya tak kesah pun berkaki ayam, as long as majlis kita berjalan dengan lancar" Ahmadal mengusik. "dah tak payah nak lebih lebih, lets go. nanti tak sempat pula" Ahmadal mengikut langkah Sai.
Ahmadal memasukkan barangan yang dibeli ke dalam bonet kereta mini cooper nya. Sai pula sedang membeli kopi untuk mereka berdua. Ahmadal memanaskan enjin dulu sementara menunggu tunangnya.
dari jauh sudah nampak tunangnya yang berpakaian abaya berwarna coklat itu berjalan ke arahnya dengan riang. Sai mempercepatkan langkah nya. dia melintas tanpa melihat kiri kanan. vroom vroom.. sebuah motosikal bergerak laju ke arah Sai. " Jannahh" Ahmadal dengan laju berlari ke arah Sai dan menarik lengan Sai. "auch" Ahmadal terjatuh ke tar. Sai termenung sebentar. dia tidak dapat berfikir dengan lancar.
"arghh, sedikit lagi nak kena perempuan tu." penunggang motosikal itu rupanya Raisha. dari awal dia sudah memerhati Sai. kali ini rancangannya tidak berjaya.
"awak okay" ahmyadal terus bangun apabila melihat Sai yang duduk terdiam. "sa- saya okay" menggeletar suara Sai. Ahmadal mengampunya masuk ke dalam kereta. "nah tisu, sorry sebab tumpahkan kopi" Ahmadal menghulur kan tisu. sayi tersedar. "eh tangan awak berdarah ni, meh saya sapukan ubat" Sai mengeluarkan krim ubat dari dalam beg nya. "nope, lap dulu baju awak tu. kopi tu panas, takut effect kulit awak" Ahmadal menghulur kan tisu sekali lagi. Sai mengelap baju nya yang terkena kopi. semestinya dia merasa panas akibat kopi itu tapi rasa panas itu seperti hilang ketika otak nya tersentak sebentar. "dah settle, tangan awak ni. jom lah pergi klinik" risau Sai. "tidak perlu lah sampai pergi ke klinik, sedikit je ni lukanya." Ahmadal memegang pergelangan tangannya. entah kenapa pergelangannya sakit tiba tiba.
Sai perasan air muka Ahmadal berubah semasa memandu kereta. tangan kanannya juga tidak memegang stereng dengan betul. "aduh" keluh Ahmadal. "awak kenapa ni" tanya Sai risau. "err tak de pape lah"
"awak, pergelangan tangan awak okay ke? dari tadi saya tengok awak asyik pegang tangan kanan awak." Sai bertanya. "saya tak tahu, maybe terseliuh" Ahmadal memberitahu. "parking tepi" arah Sai. "ken- kenapa pulak" terkial kial ahmadal menjawab. nada suara tunangnya itu seakan akan sedang marah. "bagi saya drive, saya bawak pergi klinik" Sai memandang Ahmadal. "okay" ahmadal hanya menjawab ringkas.
"awak ni kalau sakit bagitahu je lah. ni sampai dah terseliuh tangan pun tak mahu bagitau. luka tu pon doktor kata dalam. awak tu doktor, merawat pesakit saja tahu. merawat diri sendiri tak pandai. ni ubat jangan lupa makan ikut masa. krim ubat pun jangan tak sapu." Ahmadal hanya menadah telinga mendengar said berleter. "Jannah, awak memang suka membebel macam makcik makcik ek" Ahmadal mengusik. "makcik ni lah nanti awak kena hadap hari hari" jeling siai. "saya sanggup dengar awak membebel hari hari" Ahmadal mengenyitkan mata. Sai hanya focus memandu kereta.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romancekisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya