bab 3

5 0 0
                                    

Sai memberi isyarat tangan kepada anak anak buahnya untuk bersedia. "1..2..3" "go" isyarat tangan diberi. Mereka bergerak laju kearah kumpulan musuh dan menyerang. Pangg pang pangg.. satu persatu musuh tumbang terkena tembakan Sai. Mereka memerhati kan sekeliling. PANGG..satu tembakan kuat telah menembusi kaki salah seorang anak buah Sai. "Arghh" dia meraung. Sai dengan pantas mengahalakan sniper dan menembak musuh tersebut. Pang.."headshot" Sai tersenyum sinis. "Sufi, bawa mereka semua ketempat yang selamat" arah Sai. "BAIK RAY" sahut sufi. Yep, Ray merupakan code name bagi Saidatul.

                                     *

"Awak kenapa ni, ke hulur ke hilir daripada tadi, saya yang penat melihatnya" tanya tuan Ariff kepada isteri tercinta. "Saya risau lah bang, si Raisha tu tak habis habis datang kat saya, kata nya menyesal sebab batalkan majlis perkahwinan dia dengan Ahmad."
Cerita puan Sharifah. Raisha merupakan bekas tunang Ahmadal. Psst, dia gila.

"Awak buat apa tu?" Tanya Raisha, sebok ingin tahu. "Tengah gali kubur" jawab Ahmadal ringkas. "Ish awak ni, saya tanya betul betul, awak main main pulak." Raisha merajuk. "Dah tau aku buat apa, tanya lagi" jawab Ahmadal, malas melayan perempuan gila ni. "Saya bawakan bekal makanan untuk awak, nanti lunch kita makan sama sama dekat cafeteria ye" kata Raisha dengan teruja. "Balik, balik sebelum aku halau kau daripada bilik aku". Ucap Ahmadal dingin. Dia memang tak gemar berdua duaan dengan bukan mahram. "Awak ni, saya ajak ma-" ucapan Raisha terhenti apabila Ahmadal bangun daripada kerusi nya "GET OUT!" Ahmadal menjerit sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu. Raisha yang tersentak itu menggigil gigil ketakutan. Dia laju meninggalkan ahmadal.

"Abang, saya rasa kita kena kahwinkan ahmadal secepat mungkin, saya kesian tengok dia. Raisha selalu pergi hospital semata mata nak jumpa dia." Keluh puan Sharifah. "Ahmad nak ke, kita pujuk dia untuk kahwin dengan Raisha pun ambil masa selama 3 tahun" kata tuan Ariff sambil membaca akhbar. "Nanti saya bincang dengan dia" kata puan Sharifah.

"Ahmad, umi nak cakap sedikit boleh?" Tanya puan Sharifah. "Of course" jawab Ahmadal ringkas. Dia melabuhkan punggung di sebelah uminya. "Ahmadal, umi pikir nak kahwinkan Ahmadal dengan anak kawan umi. Ahmadal setuju tak?" Puan Sharifah tanya dengan berhati hati. "Kenapa tiba tiba umi?" Ahmadal tanya pelik. "Umi tak nak Raisha kacau Ahmad, if Ahmad kahwin nanti mesti dia akan jauhkan diri." Terang puan Sharifah. "Ahmad setuju, tapi give me setahun untuk kenal dia, boleh?" Ahmadal tanya dengan nada lembut. "Okayy, nanti umi buat temu janji dengan kawan umi." Teruja puan Sharifah mendengar jawapan anak bongsunya itu.

                                   *

"Assalamualaikum mama papa" Sai memberi salam kepada ibu bapanya melalui panggilan video. 2 minggu terakhir ni dia sangat busy mengawal sempadan. Baru ada masa menanya khabar ibu bapanya. "Waalaikumsalam, Sai balik bila?" Tanya tuan Syahir. "If dah tak de kerja, malam ni Sai dah boleh balik" jawab Sai. "Sai, next week mama dengan papa nak kenalkan kamu dengan anak kawan mama. Kalau berkenan nanti, boleh roger" usik puan Sharifah. "Kenapa tiba tiba nak kenalkan Sai dengan anak kawan mama, ma tau kan Sai benci dengan lelaki" kata Sai lembut, tak mahu mama nya terasa. "Ala Sai, kalini tolong lah setuju. Mama papa yakin Sai akan suka." Kata puan Khaleeda sambil mengelip ngelipkan matanya. "Demi mama papa, sai setuju." Sai mengalah. " Yeayy" tuan Syahir dan puan Khaleeda bertepuk tangan tanda gembira.

"Sai!" Panggil Tsuraya. Kalini dia pula yang mengambil sai di KLIA. keluarga Sai perlu menghadiri majlis penting di Perak. "Susah susah je datang ambil aku, aku boleh saja naik grab" kata Sai tak ingin menyusahkan kawan baiknya itu.
"Aku dengar cerita kau dijodohkan dengan anak kawan makcik Khaleeda" kata Tsuraya, tak sabar ingin dengar jawapan dari mulut kawannya. "Ye" pendek saja jawab Sai. "Wahh, akhirnya title kau as 'anti lelaki' akan berakhir tak lama lagi." Usik Tsuraya. Sai hanya membiarkan kata kata Tsuraya.

Sesampai di rumah.."arghh, rindu nyaa dekat anak mummy ni" Sai berlari memeluk kereta Porsche Taycan kesayangannya. "Dah tak betul agaknya perempuan ni" kata Tsuraya. Dia sudah muak dengan perangai Sai yang obses dengan kereta berwarna soft pink itu. Mana tak nya, kereta itu dihadiahi oleh mama papa ketika dia di naikkan jawatan sebagai commando.

hadiah terindahWhere stories live. Discover now