semua sibuk menyiapkan majlis perkahwinan Saidatul Jannah dan Syed Ahmadal yang akan berlangsung tidak lama lagi. "wahh, cantik betul dia orang hias ballroom ni. tak sabar aku nak kahwin" Sai menepuk bahu abangnya, Sulaiman. "aku ke kau yang nak kahwin?" Sai bertanya. "kau boleh, aku pun boleh. yang membezakan kita ialah kau dah ada calon tapi abang Man belum" muncung Sulaiman. "doorgift and kad jemputan abang dah settle kan." Sabqy menyampuk perbualan adik adiknya itu. "esok dah boleh susun doorgift tu dekat pintu masuk." kata Sabqy. mereka hanya mengangguk. "pandai Ahmadal pilih design" kata puan Khaleeda sambil memeluk lengan suaminya. "bakal suami Sai lah tu" mereka tergelak mendengar Sai berkata seperti itu. "kenapa kau orang gelak? betul lah kan Ahmadal tu bakal suami sai?" Sai hairan. "memang lah betul sai oi, tapi kinda weird bila kau cakap macam tu. kau kan terkenal dengan gelaran 'anti lelaki'. terbahak bahak Sulaiman ketawa. "mana kau orang tahu ni" Sai geram. 'mesti Tsuraya yang cakap' bisik said dalam hati. dia sudah kenal perangai Tsuraya yang suka menyakatnya. "siapa yang bagitahu tu tidak penting, yang penting kita orang tahu yang kau tu 'anti lelaki' sebelum kenal Ahmadal" Sulaiman gembira mengusik adiknya. Sai menghentak hentak kaki nya. geram sungguh dengan saiif Sulaiman yang selalu mengusik dia. "dah dah, Sabqy dengan Sulaiman mai sini tolong papa angkat barang hantaran" arah tuan Syahir. "baik pa" kedua dua anaknya menjawab serentak.
"berseri seri muka bakal pengantin ni" Tsuraya mengusik. entah dari mana dia datang. "ish kau ni, tak payah nak kelentong aku lebih ek" Sai menjeling tepat ke arah mata Tsuraya. "mesti best kalau Armand pun ada, mesti meriah bila dengar dia buat lawak bodoh. even tho lawak dia kadang kadang hambar, lawak hambar dia tu lah yang paling orang rindu" tiba tiba Tsuraya teringat akan lelaki yang disukainya itu. walaupun dia tidak menunjukkan rasa sayang itu, tetapi sungguh dia simpan rasa itu dalam sedalam dalamnya dalam hati dia. "he must be proud sebab he's only young brother will get married" Sai juga sedih bila teringat akan Armand.
*
hari yang dinantikan sudah tiba. "tenang Ahmad, jangan terlalu gugup. tarik nafas panjang, hembus perlahan lahan" pesan walid. "kalau Ahmad nak tahu, walid dulu tersasul tau time akad nikah. habis satu dewan gelak haha" puan Sharifah tertawa kecil. "awak ni, jangan ingat kan saya lagi. malu tau" tuan Ariff merajuk.
"kalau ada abang Armand sekarang, mesti dia akan usik Ahmad kan" kata Ahmadal kepada kedua ibu bapanya. "nak buat macam mana kan, Allah dah tentukan takdir kita semua" walid berkata dengan lembut."dah bersedia?" tanya tuan Syahir kepada Ahmadal. "dah pa" Ahmadal menjawab singkat. mukanya kelihatan tenang tetapi jantungnya seakan terhenti. "aku nikahkan dikau dengan anak ku, Saidatul Jannah binti Syahir dengan mas kahwin sebanyak 10 000 ringgit tunai"
"aku terima nikahnya, Saidatul Jannah binti Syahir dengan mas kahwin sebanyak 10 000 ringgit tunai" Ahmadal menghembus nafas lega.
"sah"
"sah" mereka semua menadah tangan untuk mengaminkan doa. "sarungkan cincin untuk Sai" arah puan Sharifah. Ahmadal mengambil cincin lalu bergerak ke arah isterinya. "terima kasih sebab sudi terima saya sebagai isteri awak" kata Sai ketika ahmadal menyarungkan cincin ke jari manisnya. Ahmadal senyum ke arah Sai lalu mencium dahi isterinya itu. "thank you to my wife too because sudi terima abang jadi suami darling" merah padam muka Sai mendengar perkataan itu. 'abang.. darling, betul ke aku tidak bermimpi ni" Sai berkata dalam hati. 'ya Allah, jagakanlah rumah tangga kami, jaga kan isteri ku ya Allah. sungguh aku sayang kepadanya. Inilah hadiah terindah yang pernah aku miliki. Terima kasih Ya Allah' bisik Ahmadal dalam hati.
Sai dan Ahmadal menyapa tetamu yang datang. "cantik lah sugar mommy aku ni" Tsuraya terpegun melihat Sai. mana tak nya, selama ini dia hanya melihat sai memakai tudung sarung dan berpakaian biasa, tidak pun baju loreng. "lepas ni kau kena cari sugar yang baru" Sai mengusik Tsuraya. "ada orang tu kata nak jadi sugar daddy aku, tapi entah kemana dia hilang" dark sungguh jenaka Tsuraya kalini. Sai dan Ahmadal terdiam. mereka tahu 'sugar daddy' yang dimaksudkan Tsuraya itu ialah Armand.
"berseri seri dua pengantin ni, tak sangka umi dapat menantu yang cantik, sopan macam Sai" gembira puan Sharifah. "menantu saya jugak tu" tuan Ariff riak.
"tak sangka adik kita ni kahwin dulu sebelum kita kan bang Qy" kata Sulaiman. "belum sampai masanya lagi lah tu, sabar lah" Sai menepuk bahu kedua dua abangnya. Ahmadal menahan gelak. "kau jaga adik aku elok elok, kalau dia mengadu kat aku yang kau sakitkan hati dia, aku cari kau sampai lubang cacing" pesan Sulaiman. "Ahmadal ni kalau buat hal, Sai smackdown je. jangan berani berani nak tambah satu lagi ye" awal awal lagi Sai sudah memberi warning. "baik puan Jannah" Ahmadal menegakkan badan dan menghentak kaki.
Sai melihat suaminya yang berbadan tegap dan tinggi itu sedang berbual dengan tetamu. dari jauh dia perasan sosok bekas tunang Ahmadal seperti tidak berpuas hati. Sai tersenyum sinis tetapi dia juga perlu berhati hati, perempuan gila itu sanggup buat apa sahaja.
YOU ARE READING
hadiah terindah
Romancekisah seorang wanita "anti lelaki" yang dipertemukan oleh tuhan dengan seorang jejaka tampan yang baik budi bahasanya