"Okay, semua dah settle makan dan minum? Kalau dah, boleh beransur gerak ke tepi pantai untuk acara bola tampar. Dekat sana nanti saya bahagi team," ujar Ikhman dengan suara lantangnya.
Perlahan masing-masing bergerak ke tepi pantai termasuklah Aryssa dan Ku Adlee. Aqila? Entah. Menghilang selepas disindir Aryssa.
Aryssa, Haifa dan beberapa rakan perempuan mereka yang lain duduk di tepi pantai untuk menyaksikan perlawanan pertama antara pelajar lelaki kelas mereka dan pelajar lelaki junior mereka.
Dari jauh Aryssa tersenyum melihat Ku Adlee sudah meregangkan kaki dan tangan sambil berbual santai dengan Ikhman sebelum acara bermula. Handsome betul lah dia tu.
Tiba-tiba matanya tertancap pada Aqila di seberang sana yang juga mata tidak lepas dari Ku Adlee. Eh, minah ni lah. Nak je rasa sumbat pasir pantai ke mata dia tu.
"Alamak babe, Yusuf ada jugak lah," bisik Haifa perlahan di telinga Aryssa bagi mengelakkan suaminya terdengar perbualan mereka. Melirik mata Aryssa pada seorang lelaki kurus tinggi di gelanggang pihak lawan bagi mewakili pelajar junior lelaki.
Ya, ex-boyfriend merangkap anak ikan pada Haifa dahulu.
"Abaikan. Aku rasa dia tak perasan kau," balas Aryssa.
"Aku dah gemuk bengkak pregnant ni, harap dia tak perasan lah aku," balas Haifa.
Perlawanan bermula dengan santai untuk beberapa minit pertama. Semakin lama semakin sengit dan hangat apabila masing-masing mahu menunjukkan bakat yang masih bersisa.
Sedang khusyuk menonton perlawanan, laju sahaja bola tampar tersebut melencong ke arah Haifa. Tidak sempat suami Haifa mahu menepis, Aryssa terlebih dahulu menadah belakang tubuhnya dihentam bola yang ditampar oleh Yusuf.
Terbatuk juga Aryssa dihentam kuat bola tersebut di belakang bahu kanannya.
"Baby!" Berlari Ku Adlee pada Aryssa lalu memeriksa tubuh kecil isterinya. Diusap-usap belakang bahu Aryssa risau. Berpusing Ku Adlee memandang Yusuf dengan mata helangnya. Tidak sempat Ku Adlee mahu menuju ke arah Yusuf, Aryssa terlebih dahulu sudah mengambil bola dan meluru ke arah Yusuf berura-ura mahu melempar bola itu ke tubuh Yusuf.
"So– sorry Aryssa, sorry! Saya tak sengaja!" Tergagap-gagap Yusuf meminta maaf sambil berundur kakinya ke belakang.
"Main elok-elok lah! Dia pregnant kot! Eee, dia ni karang!" Aryssa mengacah lagi bola seperti mahu baling ke arah Yusuf. Menggelitat mamat tu dibuatnya takut akan Aryssa.
"Aara, come here baby. Meh sini bola tu," panggil Ku Adlee lembut.
Faiz sudah terbatuk-batuk mendengar panggilan Ku Adlee pada Aryssa.
"Baby wak lu!" bahan Faiz pada Ku Adlee.
"Shh, diam. Jangan jealous please," ujar Aryssa sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir menyuruh Faiz diam. Terkekek-kekek mereka di situ perhati wajah Aryssa sudah merah padam.
Siapa sangka Ku Adlee lelaki beku tidak berperasaan dahulu, bersama Aryssa yang garang itu. Alih-alih berbaby-baby pula selepas kahwin. Mahu tak geli kawan-kawan tu.
Aryssa menyerahkan bola pada Ku Adlee sambil tersenyum manja.
"Aara okay. Sikit je ni abang. Don't worry," ujar Aryssa bagi menyedapkan hati suaminya sebelum berjalan kembali ke arah tempat duduknya tadi.
"Sop! Nah!" laju Ku Adlee membaling bola tampar itu tepat ke bahu Yusuf. Mengerang kesakitan lelaki itu tidak bersedia dihentam dengan bola dari Ku Adlee.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...