RIAK tenang di hadapannya itu dipandang dengan dahi berkerut seribu. Masih tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya, tubuh disandarkan ke kerusi lalu tangan dipelukkan ke tubuh.
"Saya tahu Encik Emeer mesti tertanya-tanya kenapa saya apply for this position."
Kepala diangguk. "Yes... dan I masih confused kenapa mesti pilih Darkside Interior Design & Decoration sedangkan your position di Megah Rancak Development and Interior bukan calang-calang," balasnya.
"Syarikat I ni syarikat kecil saja, Cik Atira. Dan I tak mampu nak bayar gaji you sebanyak yang Megah Rancak bayar you walau I berminat untuk menggunakan khidmat you," sambungnya. Entah apa yang dicari oleh gadis itu di syarikat kecilnya itu agaknya. Jika pengalaman yang dicari, Megah Rancak adalah tempat yang lebih sesuai dibandingkan syarikatnya. Darkside hanya menjalankan projek kecil-kecilan sahaja berbeza dengan Megah Rancak yang begitu besar volume dan kapasitinya.
Atira tersenyum nipis. Faham benar dia apa yang lelaki di hadapannya itu fikirkan. "Saya mencari kepuasan, Encik Emeer. Saya inginkan kebebasan dalam rekaan yang saya buat dan saya tak suka idea saya dikongkong," jawabnya tenang dan bersahaja.
"Apa yang buat you fikir di sini you akan dapat kebebasan yang you cari?" Kening dijongket seolah menduga. Wajah itu terus diamati.
"Sebab di sini Encik Emeer jual idea sendiri dan tidak terikat dengan kehendak klien."
Emeer simpan senyum. Hurm... Nampaknya gadis itu sudah terlebih dahulu mengkaji tentang syarikatnya sebelum datang memohon kerja di situ. Quite impressive and promising! pujinya dalam hati.
"Saya juga tahu most of your ideas in modern contemporary designs sangat digemari dan menjadi pilihan masa kini. Sebab itulah saya sangat berminat untuk menjadi sebahagian dari syarikat ini," sambung Atira yakin.
Emeer terdiam. Duduknya dibetulkan sedang mata masih tidak berkalih merenung riak bersahaja di hadapannya itu.
"Well, Cik Atira, I'm actually looking for someone who has experience..."
"Walaupun saya baru dua tahun berkecimpung dalam bidang ini dan mungkin kurang pengalaman but still, you can trust me, Encik Emeer. Untuk lebih meyakinkan, mungkin Encik Emeer boleh lihat senarai projek yang pernah saya uruskan atau Encik Emeer boleh lihat beberapa contoh rekaan yang pernah saya buat sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini," pintasnya mematikan bicara lelaki itu.
Emeer berdeham. Terkesima dia melihat keyakinan yang gadis mentah itu tunjukkan.
"But working with me is not easy," ucapnya setelah lama terdiam. Sungguh, mati kata-kata dia berdepan dengan gadis itu.
"I'll take it as a challenge."
"We are not working eight to five."
"I don't mind," tegasnya.
"Company tak akan simpan you if you do not perform." Emeer mengingatkan berbaur ugutan.
"Encik Emeer boleh buang saya tapi give me at least one month to prove my ability."
Emeer terdiam. Hurmmm... Berani pula gadis itu tawar menawar dengan dia. Belum bekerja dengan dia bolehlah beri jawapan begitu jangan nanti dia tak buang Atira sendiri yang cabut lari dari syarikatnya kerana tidak tahan dibuli.
"Well?" soal Atira berani. Pandangan lelaki itu dibalas untuk menantikan jawapan.
Sekali lagi Emeer berdeham dan duduknya ditegakkan. Tidak senang duduk dia berhadapan dengan gadis muda itu. Nampak fragile tetapi tak disangka kental orangnya. Bukan itu sahaja, keyakinan gadis itu juga begitu luar biasa.
YOU ARE READING
DEAR SAYANG, I LOVE YOU
ChickLitJatuh cinta dengan bos sendiri? Nay! Prinsip Atira jelas. Dia tidak akan sesekali terlibat dengan hubungan cinta satu pejabat. Lebih mustahil apabila bosnya itu spesis kepala angin dan kuat membebel mengalahkan perempuan. No, tak akan! Tetapi... DAR...