Bab 2

43 1 0
                                    

SEBAIK sampai ke lokasi yang diberikan Emeer tadi, Atira terus bergegas keluar dari keretanya. Dalam keadaan terkocoh-kocoh, buku nota yang sempat dicapainya tadi dimasukkan ke dalam beg tangan. Langkah dihayun semakin laju sedang mata liar memandang sekeliling mencari kelibat Emeer.

Melihat waktu yang dijanjikan sudah lima belas minit berlalu, debaran di dada Atira semakin menggunung. Ya Allah, entah bagaimanalah reaksi Emeer agaknya. Baru hari pertama bekerja, dia sudah gagal mengikut arahan yang diberikan. Arghhh! Memang masaklah dia!

Tapi... itu bukan salah dia. Masa yang diberikan Emeer langsung tidak munasabah. Emeer ingat dia bawa kereta terbang? Sedang dia membebel menyedapkan hati sendiri, tiba-tiba dia terpandangkan Emeer sedang berdiri di luar café yang dijanjikan tadi. Tidak mengendahkan dirinya yang sedang memakai kasut tumit tinggi ketika itu, dia terus berlari menghampiri lelaki itu.

"Sorry Encik Emeer, I'm late," ucapnya sambil membetulkan nafas. Melihat raut wajah yang tegang itu, kecut perut dia dibuatnya. Mungkin Emeer sudah lama menunggunya di situ. Masalahnya, macam mana Emeer boleh sampai tepat pada waktunya sedangkan dia terpaksa melalui jalan yang sesak di sana sini.

"Kalau macam inilah cara kerja you, habis lari semua klien I," bedil Emeer dengan muka yang tiada manisnya.

"I'm sorry but jalan jammed. I..."

"I don't want to hear any excuses! Hurry up... klien kita dah lama tunggu," keras Emeer memintas mematikan bicara Atira dan terus buka langkah masuk ke dalam café.

Perlahan-lahan nafas dihela. Benarlah seperti apa yang dia dengar. Emeer bukanlah seorang majikan yang mudah bertolak ansur. Dan jenis kepala angin juga!

Give up?

Kepala digeleng.

Never! Bisiknya dan terus buka langkah mengekor di belakang lelaki itu.

"Datuk Mirzan..." sapa Emeer ramah. Lelaki yang hampir menginjak umur di penghujung empat puluhan itu disalami. "Sorry for keep you waiting. Jalan jammed nak ke sini tadi," ucapnya lagi beralasan.

Atira mencemik kecil. Tahu pun jalan jammed! Ejeknya dalam hati. Tapi peliknya, cepat pula riak tegang Emeer bertukar manis begitu. Pandai betul Emeer berlakon!

Datuk Mirzan tersenyum. "It's okay Emeer. I pun baru selesai discussion dengan partner I," balasnya. "Eh! Jemput duduk," ajaknya pula.

Emeer terus duduk. Atira yang masih merasa canggung dengan pertemuan itu turut duduk.

"Staf you?" Datuk Mirzan kerutkan dahi apabila terpandangkan perempuan yang duduk di sebelah Emeer. Setahunya Darkside cuma ada dua orang staf perempuan. Seorang kerani pentadbiran dan seorang kerana akaun. Kedua-duanya memang dia kenal.

Emeer mengangguk. "Atira, kenalkan Datuk Mirzan. One of our biggest clients,"

"Datuk," sapa Atira sopan.

Datuk Mirzan tersenyum seraya mengangguk.

"She's my new designer Datuk and she'll involve in this project," terang Emeer lagi.

"I tak kisah Emeer sebab I tahu siapa saja yang you pilih mesti bukan orang sembarangan,"

Emeer mengangguk dan tersenyum nipis. Arghhh! Dia pun tidak tahu sejauh mana kemampuan Atira. Dia membawa gadis itu ke situ pun secara kebetulan kerana tercabar dengan kata-kata gadis itu ketika ditemuduga tadi. Berapa lama Atira akan bertahan bekerja dengannya juga dia tidak pasti. Entah-entah esok gadis itu langsung tidak muncul lagi.

DEAR SAYANG, I LOVE YOUWhere stories live. Discover now