Bab 7

52 1 0
                                        


"ENCIK EMEER..."

Terdengar nama Emeer dilaung, Atira terus angkat kepala. "Biar saya pergi ambil," tegah Atira apabila melihat Emeer sudah mula tegakkan tubuh untuk ke kaunter ubat.

Malas hendak berbalah, Emeer akur dan bersandar semula. Kalau dia berkeras pun tak guna. Atira tentu ada cara untuk buatkan dia menurut. Lihatlah bagaimana dia menjadi pak turut sejak semalam. Disuruh makan ubat, dia akur. Disuruh ke klinik juga dia menurut walau terpaksa berbalah dahulu.

"Okey dah siap," Atira bersuara sebaik Emeer dihampiri semula.

Emeer bingkas bangun. "Jom balik," ucapnya ringkas dan mula buka langkah. Dia ingin cepat-cepat sampai ke resort dan berehat.

Atira akur sahaja dan segera mengekor.

Masuk ke dalam kereta, Emeer terus menyandarkan tubuhnya ke kerusi lalu mata dipejam rapat.

Membiarkan Emeer berehat, Atira terus memandu kereta pergi dari situ. Tidak terus balik ke resort, dia singgah di Mc Donald berdekatan dan membeli bubur untuk Emeer. Sedang menunggu pesanannya disiapkan, pandangan ditolehkan ke sebelah. Melihat Emeer yang mungkin sedang lena ketika itu, bibir terus mengukir senyum. Raut itu begitu tenang sekali walau kulitnya nampak kemerahan. Sedang dia leka memerhati tiba-tiba dia ditegur. Sepantas kilat itu dia menoleh ke sebelah.

"Pesanan Cik," pekerja pandu lalu bersuara lagi dan menghulurkan pesanannya tadi.

"Terima kasih," ucapnya sebaik huluran gadis itu disambut. Sebaik meletakkan bungkusan tersebut kereta terus dipandu pergi dari situ.

Ketika masuk ke kawasan resort, Emeer masih lagi lena. Atira hanya membiarkan sahaja. Sebaik kereta diparkirkan barulah lelaki itu dikejutkan.

"Encik Emeer..." panggilnya perlahan.

Senyap. Emeer langsung tidak berkutik ditempatnya.

"Encik Emeer..." panggilnya sekali lagi tetapi kali ini dengan pakej gerakan lembut di lengan lelaki itu.

"Hurmmm..." Emeer berdeham kecil lalu matanya dibuka. Sambil terpisat-pisat pandangannya dibuangkan ke sekeliling. Dah sampai resort? Hati tertanya sendiri lalu pandangan dibuangkan ke sebelah dengan riak bingung.

"Encik Emeer tertidur sejak keluar dari klinik tadi. Saya tak nak ganggu Encik Emeer berehat jadi saya biarkan ajelah," jelas Atira lalu enjin kereta dimatikan.

Sekali lagi Emeer berdeham dan mula menggerakkan tubuhnya. Dalam keadaannya yang masih tidak bermaya, daun pintu dikuak dan dia terus keluar. Atira turut keluar dengan membawa bubur dan ubat Emeer. Langkah Emeer dibuntuti. Melihat gerak lelaki itu yang agak perlahan, simpatinya semakin menebal. Sejak dia mengenali Emeer tidak pernah lagi dia melihat Emeer selemah itu.

Menaiki mata tangga resort, Emeer terus menuju ke pintu. Sebaik daun pintu dikuak, dia terus melangkah masuk. Baru sahaja daun pintu ingin ditutup, gerakannya terhenti. Atira yang sedang berdiri tercegat di muka pintu biliknya dipandang.

"Errrr... Ini ubat dan bubur untuk Encik Emeer," bungkusan di tangannya dihulurkan kepada lelaki itu.

"Bubur? Bila awak beli?" soalnya sambil terbatuk kecil.

"Tadi saya berhenti di McD sekejap. Tengahari tadi Encik Emeer tak lalu makan jadi saya belikan bubur tu untuk Encik Emeer alas perut sebelum makan ubat," tulusnya.

DEAR SAYANG, I LOVE YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang