Bab 8

57 1 0
                                        


MESEJ yang baru siap ditaip terus dihantar kemudian duduknya diselesakan. Telefon bimbit yang masih di tangan diletakkan kembali ke atas meja. Mubin yang masih menyuap makanan dipandang kemudian anak matanya dilarikan memandang sekeliling. Jemu memerhati, kotak rokok di atas meja dicapai lalu sebatang rokok dikeluarkan dan diletakkan dibalik dua ulas bibirnya. Sebaik hujung rokok dibakar bibir mula menyedut dengan rakus.

"Macam mana dengan designer baru kau tu? Boleh harap ke tak?" Mubin bersuara memecah sunyi diantara mereka walau mulut masih penuh dengan makanan. Kalau tak silap dia, pereka hiasan dalaman yang Emeer lantik itu adalah yang ke lima belas sejak jawatan itu diiklankan beberapa bulan lepas. Emeer, bukan dia tidak tahu cerewetnya bagaimana sebab itulah ramai yang tidak boleh tahan bekerja dengan sahabatnya itu.

Emeer senyum segaris. Tubuh yang sedang bersandar dikerusi ditegakkan. Rokok yang sudah terbakar sampai ke hujungnya itu ditenyeh-tenyeh ke dalam bekas abu. Sengaja membiarkan Mubin tertanya-tanya, gelas sirap limau dicapai lalu dihirup perlahan.

Mubin terus memerhati dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak. Emeer biasanya kalau ada yang tidak kena pasti akan diceritakan dari A to Z tanpa berselindung samada yang jelik atau yang menyakitkan hatinya. Tetapi kenapa kali ini riak sahabatnya itu kelihatan berbeza? Tenang sahaja.

"Kena pecat lagi?" Tanyanya pula apabila Emeer langsung tidak menjawab persoalannya tadi.

Kepala digeleng lalu tubuh disandarkan ke dinding kerusi semula bersama senyuman.

Mubin tercengang. "Masih kerja lagi?" Dahi dikerut dalam seakan tidak percaya.

Kepala diangguk sekali. Kentang goreng dicapai dan disumbatkan ke mulut dengan riak bersahaja.

"Serius Meer?" Mubin tergelak kecil. Tisu dicapai lalu bibirnya yang terasa berminyak dikesat.

"Dah dia boleh kerja takkan aku nak buang? Aku bukannya kejam sangat," selamba Emeer. Kentang goreng disumbat lagi ke dalam mulut.

Gelak Mubin berbunyi lagi. Sedikit kuat dari tadi. "Aku macam tak percaya aje." Kepala digeleng pula. Terfikirkan sesuatu, sahabatnya itu direnung penuh makna.

"Apa?!" Emeer jungkitkan kening. Faham sangat dia dengan cara pandangan yang seperti itu. Pasti ada sesuatu yang sedang Mubin fikirkan.

"Cantik ke dia?" Usiknya bersama senyum mengejek.

"Maksud kau?" Senyum nipisnya terukir. Entah kenapa pertanyaan itu langsung tidak mengusik emosinya seperti selalu.

Sengih Mubin melebar. "Manalah tahu designer baru kau tu cantik orangnya sebab itulah kau masih simpan dia."

"Aku tak simpan pekerja sebab cantik Bin. Boleh buat kerja, you are welcome tapi kalau sebaliknya, get lost!" Tegasnya.

"Kejam sangat prinsip kau tu Meer. Patut kau beri peluang dan ajar bukan terus buang macam tak ada harga." Kepala digeleng.

"Kau ingat aku ada masa nak ajar? Sebab itulah aku cari yang berpengalaman tapi dah ada pengalaman pun buat kerja macam budak baru grad, macam mana aku tak bengang?" bebelnya. Ya, dia memang tegas tapi tegas dia bertempat. Dari dia sakit jiwa lebih baiklah dia jaga hati sendiri. Lagi pun syarikat dia bukan badan kebajikan!

"Kalau semua aku nak ajar lebih aku buat semuanya sendiri!" Dengusnya pula.

"So, budak perempuan tu pandai ke buat kerja?" Duga Mubin.

Wajah yang tegang tadi tiba-tiba bertukar senyuman. "Beyond my expectations," pujinya.

"Wow! First time aku dengar Wan Emeer Hazriq memuji seseorang. Aku bet dan berani jamin yang dia tu mesti cantik orangnya."

DEAR SAYANG, I LOVE YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang