Bab 10

66 1 0
                                    


"DAH lima kali kita edit design tu bos tapi Puan Sri masih belum decide lagi," keluh Daud melepaskan geram. Disebabkan Puan Sri Anita, kerjanya yang lain terpaksa ditangguhkan.

"Nak buat macam mana, dia klien dan kita dibayar untuk servis yang dia perlukan," jawab Emeer bersama helaan nafas berat. Tali leher yang masih terikat kemas dilonggarkan. Dengan wajah yang tiada senyumnya itu, langkah terus diayun sedang kepala ligat memikirkan tentang permintaan Puan Sri Anita hasil perbincangan mereka tadi. Bingung dia dengan klien yang satu itu. Apa tidaknya, setiap rekaan yang diberikan pasti ada sahaja yang perlu diubah padahal rekaan itu dibuat berdasarkan permintaan wanita itu juga.

Sesak, keluhan kecil dilepaskan. Disebabkan satu kerja yang bermasalah, kerja-kerja lain pula yang tergendala. Sedang kepala ligat memikir, tiba-tiba namanya dipanggil. Emeer tersentak dan langkah dihentikan.

"Apa hal?" Soalnya dengan nada sedikit keras. Daud dipandang dengan muka berkerut dan riak bengang.

Tidak menjawab pertanyaan Emeer, Daud muncungkan mulutnya seolah menunjukkan sesuatu.

Spontan itu Emeer kalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan Daud. Sebaik mata tertala ke arah seorang lelaki dan perempuan yang sangat dikenali sedang berbual mesra dan bergelak ketawa tidak jauh dari situ, air mukanya terus berubah.

Fadzlan. Bisiknya dan tanpa sedar api amarahnya tiba-tiba naik hingga ke kepala.

"Tak sangka pula Cik Tira dah ada boyfriend dan boyfriend dia tu pulak..."

"Jangan sibukkan hal orang. Dah jom kita balik!" Pintas Emeer dengan suara yang agak keras. Tidak sanggup terus melihat kemesraan di hadapan mata itu, langkah dibuka semula dengan lajunya sedang hati bergelut dengan perasaan amarah yang semakin membuak-buak.

Melihat air muka Emeer yang semakin tegang, Daud mula kecut perut. Tidak bersuara lagi, langkah bosnya itu terus diekori.

Sepanjang perjalanan, Emeer diam membisu. Daud pula yang mati kutu dibuatnya. Tidak berani hendak bersuara, dia juga turut mendiamkan diri sahaja. Sebaik sampai ke pejabat, Emeer terus bergegas masuk ke dalam biliknya dengan muka yang merah menyala menahan marah yang masih terbuku dihati.

"Abang Daud..." bisik Imah lalu Daud dihampiri.

Daud angkat kepala.

"Bos tu kenapa?"

Bahu dijungkit. Malaslah dia memandai-mandai buat spekulasi. "Entah. Stress kut sebab projek banglo Puan Sri Anita masih tak selesai lagi," balasnya beralasan.

"Kalau sebab tu kenapa muka bos nampak macam orang tengah marah? Tegang semacam aje," Ida mencelah dan pintu bilik Emeer dikerling.

"Jangan sibuk hal boslah. Pergi siapkan kerja nanti silap haribulan kita pulak yang kena haruk. Mood bos tak okey tu." Daud mengingatkan.

Ida dan Imah berpandangan kemudian kembali ke meja masing-masing.

Pelan rekaan di atas meja dipandang tetapi entah kenapa otaknya jadi beku. Walau puas otaknya dikerah untuk bekerja tetapi yang terlayar di minda hanyalah wajah ceria Atira dan Fadzlan. Bengang, pensil di tangannya terus dicampakkan kasar. Cuba untuk menenangkan diri sendiri, tubuh disandarkan ke kerusi lalu wajahnya diraup.

'Apa hubungan Atira dan Fadzlan?' soalan itu menerjah benaknya membuatkan hati yang baru ingin tenang bergelora kembali.

'Kekasih?' Kepala digeleng. Tak mungkin sebab Atira sendiri mengaku yang dia belum ada kekasih lagi. 'Kau percaya Emeer dengan kata-kata dia?' Hati berbisik seakan mengejek diri sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DEAR SAYANG, I LOVE YOUWhere stories live. Discover now