DAUN pintu diketuk lalu nafas dihela. Kertas rekaan di tangan dikerling sekilas dan sekali lagi dia hela nafas. Ini adalah rekaan kedua yang Emeer arahkan dia perbaiki sejak hampir tiga minggu bekerja di situ setelah rekaan pertamanya untuk Datuk Mirzan dibakul sampahkan tanpa perasaan. Dan rekaan kedua inilah yang akan menentukan nasibnya di Darkside selepas ini. Sungguh, perasaannya ketika itu memang sukar untuk digambarkan. Pelbagai rasa ada. Takut, bimbang dan gerun untuk melihat reaksi dan mendengar komen dari lelaki itu. Maklumlah, cerewetnya Emeer bukan boleh dibawa bincang.
"Masuk."
Terdengar suara garau tetapi maskulin pemilik syarikat Darkside dari dalam, liurnya ditelan. Cuba untuk menenangkan diri sendiri, matanya dipejamkan seketika sambil nafas ditarik dalam. Relaks Tira. Kau dah buat yang terbaik. Bisiknya memujuk diri sendiri. Apabila perasaannya sedikit tenang, tombol pintu dipusing lalu daun pintu dikuak. Dengan dada berdebar, kaki terus diayun masuk ke dalam dan meja Emeer dihampiri.
"Encik Emeer," sapanya setenang yang mungkin.
Emeer mendongak dan memandang Atira sekilas sebelum kembali meneruskan kerjanya. "Duduk," ucapnya sepatah.
Atira akur dan terus duduk. Melihat reaksi kaku dan beku Emeer, dia sudah tidak rasa apa. Sudah terbiasa mungkin. Maklum sejak tiga minggu bekerja di situ, mana pernah dia lihat Emeer begitu santai dengan pekerja-pekerjanya. Peliknya, stafnya yang lain semua senang bekerja dengannya walau sikapnya begitu.
"Any progress?"
Walaupun suara lelaki itu kedengaran biasa tetapi tetap ada nada tegas di situ membuatkan dadanya berderau semula. "Ermmm... Saya dah siapkan design yang Encik Emeer suruh buat."
"Show me." Tubuh terus disandarkan ke dinding kerusi sedang mata tajam merenung gadis di hadapannya itu tanpa perasaan.
Atira telan liur. Perlahan-lahan nafasnya dihela untuk meredakan debaran di dada. Kemudian dia kembali bersuara.
"Ini rekaan untuk hiasan dalaman dan perabut di dalam bilik tidur utama." Sekeping kertas A3 dengan rekaan lengkap dihulurkan kepada Emeer. "Dan ini pula rekaan untuk empat bilik yang lain. Semua perabut di dalam bilik tidur kita akan gunakan material jenis kayu dan melamine board with glass secara pasang siap. Colour scheme kita akan ikut permintaan klien." Terangnya dan sehelai lagi kertas A3 diletakkan di hadapan Emeer. "Ini pula rekaan untuk ruang tamu. Kabinet tv, perabot, perhiasan dan lain-lain. Di ruang ini..." Kawasan yang dimaksudkan di dalam lakaran ruang tamu di hadapannya ditunjukkan.
"Saya letakkan pemidang yang akan memisahkan ruang tamu dan ruang menonton seperti yang dikehendaki oleh klien di sini. Material yang akan digunakan adalah jenis kayu jati with built in lamp dan sedikit ukiran di tepi," sambungnya.
Emeer hanya diam sahaja mendengar penerangan gadis itu sedang mata liar memerhati setiap rekaan yang diberikan kepadanya dengan riak yang masih seperti tadi.
"Untuk dapur, saya masih tunggu klien berikan konsep yang mereka inginkan untuk saya come out with the design."
"Bila klien akan respond?" Soalnya sedang mata langsung tidak berkalih dari rekaan di tangan. Setiap satu lakaran yang dilukis diamati dengan teliti.
"Saya tunggu client call. Mungkin dalam dua tiga hari lagi."
Kepala diangkat dan Atira direnung dengan wajah yang tiada manisnya. "Jangan tunggu sampai klien yang call but you have to call them. Dalam bisnes, kita tak boleh menunggu tapi kita kena bertindak secepat yang mungkin. Kalau projek ni makan masa sampai berbulan-bulan sebab you melengahkan masa, macam mana kita nak siapkan projek lain? Bukan hanya masa you yang terbuang tapi I punya masa juga wasted!" Tegasnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/357520604-288-k648922.jpg)
YOU ARE READING
DEAR SAYANG, I LOVE YOU
Literatura FemininaJatuh cinta dengan bos sendiri? Nay! Prinsip Atira jelas. Dia tidak akan sesekali terlibat dengan hubungan cinta satu pejabat. Lebih mustahil apabila bosnya itu spesis kepala angin dan kuat membebel mengalahkan perempuan. No, tak akan! Tetapi... DAR...