Bab 6

52 1 0
                                        


"BILIK anak-anak aku tu aku serahkan pada kau untuk decide nak buat macam mana. Aku bukannya kreatif pun nak beri idea. Cuma aku nak kau sediakan ruang belajar dan membaca di dalam bilik diaorang,"

Emeer mengangguk mengerti lalu pandangan dibuangkan ke sekeliling semula. Atira yang sedang leka mengambil gambar tidak jauh dari situ dikerling sekilas. Melihat lincahnya gadis itu dengan kerjanya, hati terus memuji. Ya, memang dia akui sebagai orang baru di dalam bidang itu, Atira sangat berbakat malah dia juga sangat mengagumi semangat dan kesungguhan gadis itu dengan apa yang dilakukan. Dia ingat lagi semasa hasil rekaan pertama gadis itu dicampakkan ke dalam bakul sampah gadis itu tetap mengalah dan tidak berputus asa. Hasilnya rekaan kedua gadis itu sangat dia suka. Walau dimarah dan dibebel bagaimana sekalipun, Atira masih juga setia bekerja di syarikatnya. Kalau orang lain tentu sudah angkat kaki seperti pekerja-pekerjanya sebelum itu. Sudah enam bulan, ya, sudah enam bulan rupanya gadis itu berkhidmat di Darkside dan dalam tempoh itu juga, dia semakin serasi dengan cara kerja gadis itu.

"Okey, itu sajalah yang aku nak kau buat," sambung Rahman sedang mata liar memerhati pekerja-pekerjanya yang sedang sibuk dengan kerja mereka.

Tubuh dipusingkan memandang Rahman semula. "Beri aku masa dua minggu untuk aku keluarkan draf rekaan. Lepas tu kita discuss semula," putus Emeer.

"Take your time Meer. Rumah ni pun masih banyak kerja yang belum siap lagi."

"Tak apa. By the time aku siapkan design, rumah ni pun dah lapan puluh peratus siap. Lagipun ada juga kerja-kerja yang aku kena buat sebelum diaorang buat kerja-kerja plaster,"

Rahman akur lalu kepalanya diangguk. "Kau masih nak tengok-tengok lagi ke? Kalau dah sudah, jom kita pergi makan. Panas dalam ni," ajaknya sambil mengesat peluh yang mula membasahi dahi.

Jam di tangan dikerling. Melihat waktu yang sudah menginjak hampir ke pukul satu tengahari Emeer akur sahaja. "Aku ingat nak tengok tingkat atas tapi tak apalah esok aku datang lagi," balasnya.

"Boleh. Kalau ada apa-apa kau nak tahu, kau boleh jumpa dengan Masri. Dia yang incharge untuk pembinaan rumah aku ni."

"Okey."

"Dah jom kita pergi makan dulu. Lepas tu kau boleh balik resort dan berehat. Aku tengok kau pun macam dah tak larat sangat dah tu." Muka Emeer yang sudah merah padam ketika itu dipandang bersama gelengan. Suruh pergi klinik tak mahu. Diajak melihat rumahnya esok juga ditolak. Degil betul! Marahnya dalam hati.

Emeer mengangguk lalu pandangan dibuangkan ke sekeliling mencari Atira. Sebaik kelibat gadis itu menyapa pandangan mata, nama gadis itu dilaung dengan suara yang tidak sekuat biasa.

Atira berpaling lalu kedua-dua lelaki itu dihampiri.

"Kita lunch dulu," ucap Emeer sambil berdeham untuk menyelesakan tekaknya yang semakin terasa perit.

Akur, Atira terus mengekor langkah kedua-duanya sambil menyimpan kamera ke dalam beg sandangnya.

"Saya hantar Encik Emeer ke klinik ya? Saya dengar batuk Encik Emeer makin teruk tu." Emeer yang sedang bersandar dikerusi kereta dikerling sedang tangan lincah memasang tali pinggang keledar. Melihat keadaan Emeer begitu semakin risau pula dia. Ketika makan tengahari tadi lelaki itu juga batuk tidak henti-henti sehingga menganggu seleranya.

Kepala digeleng. "Kita terus balik resort. I nak berehat aje," tolaknya lalu matanya dipejamkan.

"Tapi Encik Emeer nampak tak sihat sangat tu." Atira melepaskan keluhan berat. Apa yang susah sangat agaknya hendak ke klinik. Haih!

DEAR SAYANG, I LOVE YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang