Kepalanya menoleh terkejut pada sisi pondok yang mengeluarkan bunyi aneh seperti getaran. Dahinya berkerut saat melihat tak ada apapun disitu. Disana hanya ada tasnya yang dibawa dari masa depan. Sengaja dibiarkan dipondok ini oleh Jungkook kerana tempat ini memang tempat peribadinya.Drrt..Drrrtt..
Suara getaran itu kembali terdengar. Kali ini matanya menyepet yakin bahawa asal suara itu adalah dari tasnya. Kakinya melangkah perlahan mendekati tasnya, menggulung sedikit lengan hanbeok. Tangannya membuka resleting tasnya dan mencari sumber suara getaran tersebut. Jimin mengerutkan dahinya saat mendapati telfon dalam genggamannya. Matanya memperhatikan aneh telfon tersebut. Ini merupakan telfon dibawanya dari masa depan dan dirinya yakin bahawa telfon ini sudah kehabisan bateri. Tapi sekarang apa? Telfonnya menyala. Tak menampakkan foto apa pun, hanya pancaran radiasi dan getaran. Jimin membolak-balik telfon mencari asal getaran.
" Ji... Jimin-ssi?" Tangan Jimin dengan refleks melempar telfon tersebut kerana terkejut mendengar suara yang memanggil namanya entah dari mana. Yang pasti, suara itu benar-benar berasal dari telfonnya. Dan itu -adalah suara seorang gadis.
~oOo~
2023.
Seoul.
Lab itu terlihat sepi setelah pemiliknya -Tuan dan Puan Park- meninggalkan ruangan itu. Pasangan suami isteri itu berniat mencari perlengkapan untuk menyelesaikan penemuan mereka yang sebelumnya tidakk ingin mereka teruskan. Namun demi mengembalikan anak mereka, mereka akan menyempurnakan mesin tersebut. Sekilas jika dilihat oleh orang biasa, Lab itu memang terlihat sepi. Hanya berisi benda-benda elektronik dan beberapa kertas untuk keperluan penemuan. Namun kalau yang melihat adalah seorang yang memilikki keistimewaan, mungkin mereka akan menangkap sosok gadis yang tengah terbaring tak sedarkan diri disamping mesin ' Penjelajah Masa Lalu ' itu. Mengenakan Hanbeok mewah khas keluarga bangsawan dengan rambut ditata rapi.
Kim Yeri namanya. Gadis itu mula menggerakkan kelopak matanya mencuba membiasakan diri dengan sorotan lampu yang mengarah langsung kearahnya. Saat matanya telah terbuka sempurna, Yeri mula mendudukkan dirinya panik kerana merasa asing dengan keadaan sekitar. Seingatnya dia telah mati. Tapi kenapa sekarang dirinya masih hidup? Matanya beralih menatap hanbeok yang dipakainya dan masih terlihat dengan biasa, ada bercak darah mengering di bahagian perutnya. Yeri mengerjapkan matanya berfikir jika keadaannya seperti ini, bermakna dirinya memang benar-benar sudah mati. Yeri bangkit perlahan dari duduknya. Yeri memandang kembali seisi ruangan itu, matanya menatap benda-benda yang tak pernah dilihatnya. Masih berkecamuk dibenaknya mengenai keberadaannya sekarang. Kakinya melangkah perlahan menuju meja panjang yang dekat dari tempatnya. Matanya memperhatikan beberapa kertas yang berselerakkan diatas meja tersebut, mencuba membaca deretan hangul yang tertulis disana. Tangannya mencuba meraih salah satu kertas,
Bats-
Tak boleh. Kertas itu benar-benar tak boleh dipegangnya. Dirinya mula menyimpulkan segala kemungkinan yang terjadi padanya dan mencuba membuktikannnya dengan melangkah perlahan mendekati meja panjang didepannya.
Plash-
Tubuhnya dengan mudah menembus meja tersebut. Dengan ini dia sudah dapat menyimpulkan dirinya yang sekarang hanyalah seonggok jiwa tanpa raga. Dan disini bukan tempat asalnya. Tepatnya dirinya bukan berada di masa lalunya -yang sepatutnya. Lalu apa yang mesti dilakukannya sekarang? Ingatan-ingatan menyakitkan sebelum kematiannya mula berkeliaran difikirannya. Ada banyak hal yang harus diselesaikannya di Goryeo. Namun tak mungkin dapat dilakukan dalam keadaan dirinya yang hanya dalam bentuk arwah. Yeri menggelengkan kepalanya kasar. Tidak, pertama dia mesti mengetahui seberapa jauh dirinya pergi dari masanya yang sebelumnya. Jadi dia mengedarkan pandangannya mencari sesuatu.
![](https://img.wattpad.com/cover/357077055-288-k66085.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Time Travel : Past Trip
FanfictionJIKOOK FF 🖤 Boy×Boy‼️ Matured Content 🔞❗ -bubujikook-