B A B 3

1.9K 66 10
                                    

2013

Pap!

Tersentak aku apabila buku yang sedang aku tulis ditutup tiba-tiba. Sembari aku mendongak.

Terserlah wajah dengan sengihan lebar tidak bersalah sambil menunjuk jari peace. "Sorry... but it's a lunch time now." Sengihnya masih tidak lekang.

Geram pula aku.

Pap!

"Auch! Sakitlah Sara..." Ringis Atisha sambil menggosok lengannya yang baru makan tamparan aku.

Aku menjelir lidah mengejek.

Ada saja perangai dia ni.

Genap sebulan persahabatan aku dengan Atisha. Boleh dikatakan keakraban kami bagai isi dengan kuku. Mana-mana saja berdua.

Tidak dinafikan, aku selesa berkawan dengannya yang memang baik, lemah lembut dan ceria setiap masa. Berkawan dengan Atisha mewujudkan personaliti lain yang aku sendiri tidak sedar wujud dalam diri aku.

Aku rasakan hidup aku lebih ceria. Sunyi yang selalu menjadi peneman perlahan-lahan terhakis dengan kehadiran seseorang bernama sahabat.

"Hari ni awak bawa bekal apa?" Soal Atisha. Kami duduk makan di pondok rekreasi yang terletak dihujung penjuru taman sains. Walaupun yang lain akan makan dikantin tapi kami tetap akan makan berdua disini. Suasana riuh dikantin dengan macam-macam benda yang berlaku membuatkan kami tidak selesa.

Lagipun aku dengan Atisha boleh dikategorikan pelajar halimunan dimana tiada siapa yang kisah. Aku tidak ada masalah langsung dengan hal itu malah lebih sukakan keadaan aman dan sunyi. Membesar dengan tiada peneman menjadikan aku selesa didalam comfort zone sendiri.

"Mak Su buat nasi goreng hotdog." Aku bawa keluar bekal daripada beg. "Awak?" Soalku.

Atisha turut membuka bekalnya. "Oh! Mummy saya bekalkan Mac and Cheese la. Nyum nyum! favourite saya." Dia teruja. Aku hanya tersenyum.

Untung mama dia bekalkan. Aku? Tidak pernah wujud susuk itu. Sepanjang membesar hanya Mak Su saja yang aku kenal dan menjaga makan pakaiku. Jagaannya tiada cacat cela tapi aku sangat faham yang dia juga punya keluarga sendiri dan aku bukan anak kandungnya. Limitasi itu tetap ada meskipun kasih sayangnya ikhlas.

Kau fahamkan?

"Sara... Sara..." Ha mula dah. Aku hentikan suapan dan dengan wajah malas aku angkat kepala memandang Atisha. "Apalagi Tisha..." Leretku. Ada saja perangai tidak semenggah dia.

"Hehehe saya janji ni serious." Tangan diangkat bersumpah. "Nanti habis sekolah kita apply belajar dekat tempat sama nak?" Atisha bertanya dengan wajah penuh berharap.

"Hmmm tengoklah." Dia berdecit. "Alaa... Jomlah. Awak nak belajar mana? Saya apply sekali." Matanya bercahaya menanti jawapan. Aku tergelak.

"Saya nak apply sains politik. Awak minat macam saya ke?" Soalku menduga. "Tak. Tapi, saya apply satu tempatlah. Awak nak apply mana?" soalnya semula. "University of Melbourne." Jawabku teruja.

"Wah! Jom! Tu pun one of universities yang saya aim juga." Aku senyum lebar bila Atisha juga teringin belajar disitu. Tipulah kalau aku katakan yang aku tidak mahu satu tempat belajar dengannya. Aku makin teruja!

"Awak nak belajar apa?" Aku pula berminat nak tahu. "Saya nak ambil architecture. Nak jadi macam daddy saya. Nanti saya boleh kerja dengan dia." Jawabnya penuh semangat.

Daddy... Aku tersenyum nipis tawar. Apa ya rasanya mempunyai ayah yang sangat memberikan inspirasi sampai kita bercita-cita hendak jadi seperti dia.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now