B A B 35

1.6K 74 12
                                    

"Kenapa kita datang sini?" Soalan Sarascha aku balas dengan senyuman nipis. Terus aku keluar dari kereta dan bergerak ke tempat penumpang. Lalu, pintu kereta bahagian Sarascha aku buka dan perlahan-lahan aku memimpin Sarascha keluar.

Wajah itu masih terpinga-pinga tidak faham. "Abang?" Panggilnya lagi.

"Jom. Ikut aje abang." Sekali lagi aku senyum dan membalas ringkas. Terdengar Sarascha melepas keluhan nipis. Dia tidak faham namun masih setia mengikuti langkahku.

Pagi selepas sarapan aku rasakan waktu yang sesuai untuk membawa Sarascha kesini. Lima minit berjalan akhirnya kami tiba.

Aku menepuk kerusi marmar yang sudah tersedia disitu bagi menghilangkan habuk dan aku gamit Sarascha untuk duduk diatasnya.

"Ini... kubur siapa, abang?" Soal Sarascha lagi. Bukan aku tidak mahu menjawab tapi sebak itu aku tahan sedari dalam kereta lagi. Aku mahu Sarascha lihat sendiri.

"Rohani binti Rahiman." Aku menyebut nama itu. Sarascha terus memandang kearahku sebelum pandangan dialihkan pada nama yang tertera pada nisan tersebut.

Tangan Sarascha diatas pehanya itu aku pegang kemas. Menyalurkan kekuatan pada aku sendiri. Sejak akhir-akhir ini aku terasa lemah dalam cuba menjadi kuat.

Sarat dengan merindui penghuni maqam ini. Sesak dengan sikap lelaki yang aku gelar daddy.

Terkadang, sakit jiwa dengan bebanan yang menghempap.

Dulu, aku kesini lebih kerap melepaskan isi hati.

Sekarang, aku bersyukur bila Sarascha menjadi peneman. Sekurang-kurangnya tuhan tak biarkan aku terkapai-kapai dan ada 'rumah' untuk berehat.

"Ini ibu kandung abang," Aku bersuara. Dari ekor mata, jelas Sarascha tunak memandang sisi wajahku tapi aku biarkan. Takut hancur sebelum selesai cerita.

"Ibu satu-satunya manusia yang ikhlas sayangkan abang dekat rumah tu. Abang sempat merasa kasih-sayang ibu walau sekejap. Air tangan dengan usapan ibu, abang tak pernah lupa pun walau sesaat, dove."

Aku menceritakan kisah ibu dan sisa hayatnya yang diperlakukan tak ubah seperti binatang oleh daddy.

Nikmat apa yang telah ditarik oleh Raja Rozali terhadap perempuan polos yang cuba mencari rezeki halal di kota Kuala Lumpur.

Layanan seperti apa diberikan terhadap perempuan berusia 21 tahun yang kematian orang tua dan direntap harga diri tanpa belas kasihan.

Itu nasib ibu dan itu yang aku ceritakan semuanya tanpa berselindung satu pun daripada Sarascha.

Air mata sudah mengalir deras. Sesak rasa bila mengingatkan setiap momen ibu dilayan kasar oleh daddy.

Terkedu bila tubuhku ditarik kedalam pelukan hangat Sarascha. Aku membenamkan wajah pada bahu halusnya dan aku hamburkan tangisan disitu. Terasa elusan hangat pada belakang badan.

"Ibu mesti bangga dengan abang sebab membesar jadi anak yang penyayang. Walaupun sekejap aje abang rasa kasih sayang ibu, tapi abang membesar jadi lelaki yang baik. Dove yakin walaupun momen abang dengan ibu tak lama, tapi ibu berjaya didik abang jadi anak yang baik." Sarascha menjarakkan tubuh kami. Tangannya menekup wajahku dan jarinya mengesat sisa air mataku.

"I couldn't thank Ibu enough for your existence. She would be so proud to have a son any woman could dream of. Dia mesti seorang perempuan yang mulia sampaikan kebaikan dia turun pada abang dan dove bersyukur dapat bersuamikan lelaki sebaik dan seindah abang."

Terus tubuh Sarascha aku dakap lagi. Terasa beban dibahu diangkat pergi. Beban rasa bersalah yang aku pikul sekian lama lesap dengan apa yang keluar dari mulut Sarascha.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now