B A B 47

1.5K 67 13
                                    

"Dove."

Sarascha yang tersentak kecil pantas menghapuskan sisa air mata dan ditoleh sekilas memandang Raffa yang sedang menapak mendekatinya. Senyuman manis diukirkan.

"Ya abang."

Raffa hanya menapak tenang menghampiri isterinya.

Sudah sebulan sejak pemergian Almarhum Shah Raven dan sejak itu dia banyak kali menangkap Sarascha termenung jauh dengan air mata yang berlinang.

"Nah. Sejuk ni." Ditutup tubuh isterinya dengan knitted cardigan yang sempat dicapai lalu menutup bahu Sarascha yang terdedah. Duduk dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan Sarascha.

Tidak lepas dia memandang wajah yang memerah itu. Tangan Sarascha diatas peha itu dicapai dan digenggam tenggelam dalam tangannya.

"Nak tak bagi hadiah dekat papa?" Pancingan mengena bila Sarascha pantas menoleh dengan pandangan tertanya-tanya. Raffa tersenyum nipis.

"Nak tak?" Disoalnya lagi. Mata perang itu terkebil-kebil polos tidak faham. Hadiah?

"Maksud abang?" Mata itu kembali bergenang.

"Ada caranya. Kalau nak, jom ikut abang." Dia mula bangun sambil tangan kecil itu masih dalam genggamannya. Sarascha hanya mengikuti langkah Raffa meskipun dia langsung tidak faham dan tidak tahu apa maksud suaminya.

Makin berkerut dahi licin itu bila Raffa bawa dia ke bilik air. Lengan baju kardigan itu Raffa lipat sehingga keatas siku. Sarascha hanya memerhati. Dia tidak faham tapi dia juga tidak membantah. Hanya menurut.

Raffa bergerak membuka pili air sehingga air itu menampar permukaan lantai. Dia menoleh menggamit isterinya mendekat.

"Tengok abang buat betul-betul lepastu dove ikut pula okey?" Masih tidak membantah hanya mengangguk akur.

Entah, dengan Raffa saja kepercayaannya diletakkan setinggi gunung jadi apa yang Raffa pinta dia akan buat walaupun tidak tahu hujung pangkal.

Besar kebergantungan Sarascha pada Raffa dan hari ini, Raffa akan memperkenalkan Sarascha kepada tempat bergantung yang paling sakral. Lebih ampuh daripadanya.

Sarascha ralit memerhatikan gerak geri Raffa. Sebiji macam apa yang papa pernah buat beberapa kali bila dia melintas bilik air dirumah dulu tapi dia tidak pernah nak mengambil tahu lebih. Ego kan.

Kini sampai giliran Sarascha pula selepas dia mengingati setiap langkah yang ditunjukkan Raffa tadi.

"Kita buat apa tadi? Kenapa kita cuci muka tangan kaki semua?" Soalan Sarascha membuatkan Raffa tersenyum nipis.

"Kita ambil air wuduk tadi, dove." Sambil menurunkan lengan baju kardigan isterinya berhati-hati agar tidak bersentuhan kulit lalu lengan berlapik itu dilelar lembut mengikuti langkahnya keluar daripada bilik air.

"Wuduk?" Raffa mengangguk lalu sejadah diambil diatas katil yang baru diletakkan oleh pembantu rumah semasa mereka didalam bilik air. "Apa tu?" Soal Sarascha polos sekali lagi.

Dia tidak pernah mengambil tahu langsung apa-apa berkenaan ibadah. Apantah lagi melakukannya. Istilah-istilah asing itu tidak pernah dia dengar. Atau lebih tepat, dia tidak pernah mencari sama sekali.

"Wuduk tu air sembahyang. Kalau kita nak bagi hadiah dekat papa, cara paling berharga dan berkesan ialah kita solat. Nak rasa paling dekat dengan Allah, nak Allah dengar doa kita, nak mengadu dekat Allah, semuanya melalui solat. So, kita solat, okey?"

Sarascha meneguk air liurnya kesat. Dia...

"Dove... tak pandai," Perlahan suaranya berubah sayu. Ya. Dia langsung tak pernah solat dan seringkas-ringkas doa juga langsung tidak pernah dibaca.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now