B A B 4

1.6K 69 9
                                    

2013

Aku cuba menampan badan dengan siku. Namun tangan yang masih kuat menggigil membuatkan aku sukar untuk bangun. Kaki aku cuba gerakkan walaupun sakit dan pedih dilutut.

"Tstt..." Berdesis aku bila bahagian siku yang luka tanpa sedar aku tekan pada lantai bagi menampung badan untuk bangun. Kotoran berpasir yang melekat pada luka aku tiup berhati-hati.

Air mata laju mengalir semula. Namun, aku berusaha bangkit juga untuk duduk. Aku sandarkan belakang badan ke dinding. Bibir bawah aku gigit kuat menahan rasa.

1 jam lepas

"K–k–korang nak bawa aku kemana ni?!" Aku soal penuh cemas. Tengkuk aku dicekup paksa dengan kedua lenganku dilelar kasar.

"Shh! Ikut aje. Kita nak main police entry." Jawab Luna. Aku telan liur kesat. Aku pandang depan dengan dada berombak kasar menahan rasa takut yang teramat. Marissa jalan berlenggang santai didepan seolah-olah tidak ada apa-apa.

"Tolonglah... Aku buat apa?! Aku taknak please..." Rayuku dengan air mata yang mula mengalir laju. Aku mahu menjerit tetapi mengetahui pengaruh Marissa yang besar didalam sekolah ini sehingga pengetua pun tidak dapat berbuat apa-apa apabila sekolah ini milik keluarganya membuatkan aku terdiam.

Marissa menggumam nyanyian santai sambil kami berjalan ke satu tempat yang aku tidak tahu mereka menuju kemana. Langkah aku hanya diheret dengan Luna dan Rin yang menggenggam erat kedua tanganku.

Beberapa pelajar yang terserempak dengan kami sepanjang berjalan dikoridor turut berpatah balik atau masuk ke dalam kelas tidak berani masuk campur atau lebih tepat tak mahu menjadi sasaran Marissa.

Dum!

Pintu ditutup kasar. Tanpa sedar aku sudah dibawa masuk ke dalam satu stor sukan dan ada beberapa orang pelajar disitu yang merupakan sebahagian daripada kelompok Marissa.

"Guys! Ni punching bag baru." Marissa perkenalkan aku kepada mereka. Dagu aku dicengkam kasar dan ditolak kekiri dan kanan.

"Kau satu kelas dengan aku kan?" Soal Marissa sambil menjungkit sebelah kening. Aku hanya telan liur dan menunduk. Nak jawab apa? Sumpah aku tidak berani. Semua mata memandang sinis dan tajam kearahku tak ubah seperti pesalah yang bakal dihukum bunuh.

"Kau tahu tak kenapa kau dekat sini?" Soal Rin keras. Aku geleng perlahan dengan kedua tangan menggenggam erat hujung baju pinafore.

"Kau nak tahu kenapa?" Tambahnya lagi. Aku angguk laju.

Marissa melangkah rapat kearahku dan aku nampak hujung kasutnya berdiri dengan jarak beberapa inci denganku. Aku ketap bibir yang bergetar.

Dia mendekatkan wajahnya ke sisi lebih tepat rapat ke telingaku. "Kau dekat sini sebab kau, kawan baik Atisha. Too bad... Perempuan tu dah tak ada dekat sini. So..." Aku terkedu dengan reflek aku angkat wajah dan memandang Marissa. Bibir aku bergetar hebat dengan rasa takut yang mencengkam.

"Kau. Ganti. Dia."

Tiga patah perkataan itu cukup membuat jantung berhenti berdegup. Rasa gelap dunia serta merta.

Sejak tahun ketujuh sampai sekarang aku sekelas dengan Marissa dan tidak pernah sekalipun aku menjadi perhatiannya. Hari ini, keamanan aku berakhir dengan ancaman Marissa.

"To–tolong.... A–aku b–buat apa? A–a–aku tak tau apa sa–salah aku... ja–jangan sek–sa aku please...." Tergagap-gagap aku merayu dengan tangan aku rapatkan bersama mohon belas kasihan Marissa. Air mata sudah bertali arus.

Dia hanya tersenyum menyeringai seolah menikmati apa yang dilihat. Senyuman Marissa yang satu itu membuatkan aku takut. Marissa bergerak ke satu kerusi dan melabuhkan duduk.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now