B A B 6

1.6K 80 14
                                    

2013

Bola mata bergerak-gerak dibalik kelopak mata yang masih tertutup rapat. Berkerut dahi apabila kepala mula berdenyut-denyut pening. udara yang aku hirup terasa aneh baunya menerobos ke rongga hidung. Mata aku celikkan perlahan-lahan dan bila sedar, ruang sekeliling terasa betul-betul asing.

"Cik Sha... dah sedar ke?" Terus disapa suara bergetar Mak Su . Rengkung yang kering perit membuatkan liur terasa kesat untuk ditelan.

"A-ir." Dengar tak dengar suaraku yang berubah serak.

"Nah nah." Botol mineral dengan straw ditala kebibir dan aku sedut perlahan-lahan. Aku pandang sekeliling. "Sha dekat hospital ke?" Mak Su mengangguk.

"Papa mana? Tadi papa datang kan?" Mata aku melilau ke sekeliling dan leher aku panjangkan menjengah kepala kearah luar pintu wad. "Tak ada Cik Sha... Tuan dekat London lagi. Pak Dollah dah bagitahu Tuan dan dia akan balik selepas urusan dia selesai. Paling awal flight esok tengah hari lepas miting."

Aku hanya memandang kosong wajah Mak Su. Dia berkerut memandang reaksiku. Susah ditebak mungkin.

Ya, Mak Su. Sha dah tak ada rasa. Kosong.

"Tak apa Mak Su. Sha nak rehat dulu." Aku baring dan terus mengatup mata. Tidur dengan perasaan yang membengkak bukan perkara baru. Urusan papa nombor satu. Air mata yang mengalir sepi aku biarkan.

**

"Luka dekat pergelangan tangan dia agak dalam dan hampir mencederakan radial pulse. Kalau lambat sikit tadi boleh membahayakan nyawa disebabkan kekurangan oksigen bila darah tak dapat disalurkan dengan lancar ke jantung." Aku yakin itu suara doktor yang bercakap dengan seseorang tentang keadaanku.

"Tengok daripada lukanya, jelas ia adalah torehan yang dibuat pesakit sendiri. Ibu jari kanan dia ada sikit kesan melecet akibat tekanan mata pisau dan saya simpulkan pesakit cuba membuat suicide attempt." Sambung doktor itu jelas kedengaran meskipun dia berada diluar pintu. Aku diam dengan renungan kosong menatap siling putih.

"Hm... saya rasa Encik perlu tahu yang daripada rekod hospital kami, Cik Sha ada datang untuk mendapatkan rawatan dan dia didiagnos dengan PTSD sebulan lepas. Saya sarankan untuk bawa dia konsultasi secara berkala dan lebih kerap jika keadaan semakin teruk. Bila sudah sampai tahap membunuh diri ini menunjukkan mental condition dia dalam keadaan kritikal." Panjang lebar ulasan dan pesanan doktor kepada orang tersebut aku tidak pasti siapakah.

Entah apa lagi yang mereka bualkan, aku sudah tidak dengar bila fikiran aku menerawang entah kemana-mana. Aku rasa kosong. Kekosongan yang aku tak pernah rasa. Aku yakin bila batas kecewa sudah melebihi had, hanya kekosongan yang tinggal.

Kecewa dengan hidup.

Kenapa aku tak mati saja tadi? Keluhan panjang aku lepaskan.

Aku yang termenung ke arah tingkap tersentak apabila pintu bilik wad dibuka. Pantas aku menoleh kearah pintu. Mata yang lesu separa terbuka tadi sedikit luas dan terkaku menatap susuk itu.

Papa.

Sosok yang lebih 5 bulan tidak kelihatan sama sekali. Rindu? Mustahil tidak. Tapi rasa kecewa yang tidak terungkap lebih menguasai jiwa aku saat ini sampai kebas dan kebal.

Aku berpaling semula ke arah tingkap. Terasa umbun-umbun aku dikucup hangat oleh Papa. Kehangatan itu membuatkan mata aku tertutup rapat dengan bibir yang aku ketap kuat.

Untuk apa kehangatan yang jauh terlambat?

"Kenapa balik?" Soalku dingin dan datar.

Papa labuhkan duduk di kerusi sebelah katilku. Aku menoleh memandang wajahnya. Dingin tatapanku pada mata coklat cair papa. Mata yang aku warisi.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now