B A B 5

1.7K 73 8
                                    

2013

"Buka! Tolong buka! Aku janji tak buat. Please! Aku takut!" Raungku.

Terasa pipi ditepuk lembut berkali-kali membuatkan aku tersedar dan terus duduk 90 darjah.

"Ya Allah, Kenapa Cik Sha? Tak apa Mak Su ada... Cik Sha mimpi aje..." Jelas nada risau Mak Su yang mengusap lembut belakang aku cuba menenangkan dada yang bergelora hebat.

Aku bingkas merapat dan memeluk Mak Su. Belakang baju kaftannya aku cengkam erat. Seketika usapan terhenti dan disambung semula lurutan dari puncak kepala ke belakang badan aku. Pelukan dieratkan. "Shh... Shh... Mimpi aje tu. Cik Sha ok dah selamat dah..." Pujuknya dengan nada sebak. Aku masih menangis teresak-esak.

Mimpi...

Boleh dikatakan hampir setiap malam aku mimpi dibuli dan diseksa Marissa. Kesan perbuatannya memang memberi impak hebat didalam hidupku sekarang. Mental aku kacau. Rosak.

Tapi, hari ini adalah benda paling teruk Marissa pernah buat dan betul-betul membuatkan aku hampir tewas. Mendapat nombor satu yang sepatutnya dibanggakan dan diraikan malah menjadikan aku trauma dan malang. Dikunci didalam tandas dan disimbah air sampah membuatkan aku termimpi-mimpi ngeri yang berulang bagai kaset.

Aku perhatikan tangan yang menggeletar hebat dan aku pejamkan mata rapat menahan rasa seraya aku mencengkam lagi kaftan Mak Su. Rangkulan aku pada tubuhnya masih kemas. Aku takut duduk seorang diri.

"Ma-Mak Su boleh ti-dur dengan Sha?" Tanyaku lebih pada merayu.

Mak Su mengangguk. Setiap kali mengigau, sudah menjadi rutin Mak Su berjaga-jaga dan tidur disebelahku. Pintu bilik pun Mak Su biar tidak berkunci agar senang untuk dia menerjah masuk bila aku meracau.

"Okey, dah jom kita tidur. Mak Su peluk ya?" Aku angguk dan mula merebahkan badan lalu Mak Su merapat.

Puk Puk. Lenganku ditepuk dan didodoi persis anak kecil.

Aku masih tidak dapat lelap. Mata hanya merenung datar siling bilik. Sesekali aku kalih ke kanan dan Mak Su sudah pun tidur pulas. Tak semena-mena, air mata mengalir laju.

Argh! Aku mengerang sakit. Cengkaman Marissa pada rambut sangat kuat sampai aku terdongak. Rasa mahu tercabut kulit kepala.

"Sakit?" Soal Marissa dengan nada menderam. "Aku nak next test, kau jangan nak cuba-cuba score. faham?!" Aku angguk patuh. "Suara?" Dia mendekatkan telinganya ke mulut aku. "Ba-baik!" Jawabku jelas.

..

"Woi! Pegang elok-eloklah!" Jerkah Luna apabila buku mereka bertiga yang menimbun dan berat dipaksa aku angkat semuanya.

Sedaya upaya aku pegang dan tahan agar tidak jatuh tapi kudrat yang tidak seberapa ini hampir tewas menampung berat yang keterlaluan dengan 15 buah buku tebal. Sengaja disuruh aku pegang dan beg sekolah mereka dibiarkan kosong dan ringan.

Terkedek-kedek aku berjalan berjaga-jaga dengan cuaca terik yang mencerlung membuatkan pandangan aku silau. Peluh merenik-renik tidak dapat aku seka. "Woi perempuan! Kau nak pergi mana?! Sini!" Jerkah Rin bila mereka berhenti di kerusi menunggu yang agak jauh daripada pondok pengawal.

"Wowowow... Kau nak buat apa ni?" Soal Rin lagi bila aku cuba melabuhkan duduk di salah sebuah kerusi. Terus aku menegakkan tubuh. "Baru angkat sikit nak duduk dah?" Sinis Luna. Mereka ketawa. Marissa bangun dan perlahan-lahan berjalan menghampiriku. Liur kesat aku telan kasar.

"Penat?" Soalnya dengan senyuman menyeringai. Aku angguk perlahan. "Aw... Rin ambil buku dari dia. Kesian penat ni." Nada suara dileretkan. Aku tidak dapat menafsir niat Marissa tapi aku memang tidak berani mahu menentang pandangan dia dan aku terus menunduk.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now