B A B 48

1.5K 54 4
                                    

Klik!

Bunyi sistem keselamatan pintu rumah itu bergema bila diakses masuk dan pintu itu dikuak dan memperlihatkan susuk tegap Raja Dammar Raffa memasuki rumah.

"Assalamualaikum..."

Seorang perempuan berusia pertengahan 40-an merangkap pembantu rumahnya berlari-lari anak dan kasut yang dibuka Raffa itu diambil dan diletakkan didalam kabinet bilik simpanan kasut.

"Puan tidur?" Soal Raffa langsung kepada pembantu rumah tersebut sambil dia menapak santai kearah ruang tamu.

"Saya tak pasti Tuan tapi dari tengah hari tadi Puan tak turun daripada atas lepas makan." Jawapan balas pembantu rumah itu hanya mendapat anggukan daripada Raffa sambil dia membuka tiga butang teratas baju kemeja. Kaki panjangnya melangkah ke tangga.

Raffa menguak pintu bilik perlahan tidak mahu mengejutkan Sarascha takut-takut isterinya sedang tidur.

Walaupun waktu masih petang, tapi Sarascha kini selalu letih dan mudah mengantuk. Kerap Raffa melihat isterinya tidur waktu begini selepas solat asar dan dia akan mengendongnya naik keatas katil.

Namun hari ini, Raffa sedikit berkerut pelik apabila melihat Sarascha seolah-olah sibuk dengan gunting, gam dan beberapa alat tulis lain diatas meja kerjanya. Ditambah pula tali dan kertas-kertas yang bersepah. Apa mak buyung ni kisahkan?

Punyalah Sarascha khusyuk sampaikan Raffa yang buka pintu pun dia tidak sedar dan masih ralit tekun dengan 'kerjanya' dimeja.

Raffa tersenyum sambil menapak mendekati Sarascha dengan kaki yang sengaja dijengketkan. Datang idea nakalnya mahu mengusik. Mata dipicingkan dan bibir diketap sebelum,

Cup!

"Argh!" Lantang jeritan Sarascha akibat terkejut dengan ciuman yang hinggap dipipinya secara tiba-tiba. 

"Abang! Ish!"

Puk!

Dipukul lengan Raffa.

"Kalau dove terberanak sini macam mana?! Suka sangat buat macam tu." Menjeling tajam Sarascha. Raffa yang sudah ketawa galak hanya mengusap bahu isterinya cuba menenangkan.

"Dove tu khusyuk sangat..." Balas Raffa. Lalu, dijenguk rapat melihat apa yang sedang dikerjakan Sarascha sampai langsung tidak menoleh kiri kanan.

"Buat apa ni? Fokus sampai tak sedar abang masuk." Jelas ada kepingan gambar ultrasounds dan beberapa polaroid selfie Sarascha yang sedang makan, selfie Sarascha dengan baju-baju bayi yang dibeli mereka, selfie dia sedang membuat crochet stokin bayi yang tentulah untuk bakal anak mereka, dan macam-macam gambar lagi.

Ya. Sarascha kini gemar membuat macam-macam aktiviti. Crochet lah, diy lah dan Raffa hanya menurut saja hobi baru isterinya. Hari-hari ada saja pesanan online didepan rumah. Pembawakan anak mungkin.

Sarascha tersenyum lebar dengan ketawa ringkas teruja. "Dove nak buat diy album pregnancy journey ni. Lebih kurang macam diari. Nanti anak kita boleh tengok journey dia dengan dove."

Raffa hanya tersenyum melihat keterujaan Sarascha yang tekun. Cukup teruja menanti kehadiran si kecil yang akan memeriahkan kehidupan mereka nanti.

Jantina anak mereka tidak diketahui dan ini semua atas keputusan mereka bersama untuk sengaja mahu menerima kejutan jantina anak yang bakal lahir nanti. Tidak kisahlah lelaki mahupun perempuan, mereka berbesar hati dengan 'hadiah' yang kini menanti minggu saja untuk melihat dunia.

Dikucup umbun-umbun Sarascha. "Nanti dah siap abang boleh tengok ke? Macam cantik aje."

Sarascha terus menoleh dengan wajah yang lebih teruja. "Abang nak tengok ke? Mestilah boleh! Tapi belum siap lagi. Nanti dah siap dove tunjuk dekat abang." Penuh semangat Sarascha membalas lalu dia menyambung urusannya.

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now