B A B 16

1.6K 71 6
                                    

Aku menunduk dengan rasa sakit hati yang menggerutu. Air mata dari tadi tidak berhenti mengalir itu aku seka kasar tapi masih mengalir juga. Bodoh! berhentilah!

Aku benci. Benci dengan mata-mata yang kini melihat aku dengan pandangan yang bermacam-macam. Aku tidak memandang wajah mereka sama sekali tapi aku dapat rasakan pandangan yang menghakimi dilemparkan bertubi-tubi padaku.

Ekor mata mengerling tajam Raffa yang bersila panggung dan bersandar tenang pada sofa. Kalau membunuh itu boleh, dia dah mati dari tadi aku tikam.

"Assalamualaikum." Suara itu membuatkan aku terus mengangkat kepala. Wajah tidak tahu mahu bereaksi apa sekarang bila melihat wajah lesu itu berlagak tenang didepan pegawai agama.

"Saya bapa pada Saracha Paloma. Mana anak saya?" Mata aku dan papa bertemu.

Aku telan liur. Lega. Papa saja yang boleh tolong aku sekarang. "Pap-"

Pang!

Terteleng kepalaku kekanan. Berdesing tapi rasa terkejut yang merentap lebih mendominasi. Tanpa amaran, air mataku bergenang dan mengalir pantas.

Pertama kali tamparan papa hinggap disitu. Aku terdiam kelu menerima 'hadiah' papa.

"Papa kecewa dengan Sha. Sha terlalu berdendam dengan papa ke sampai sanggup gadaikan maruah sendiri?! Your relentless hatred blinds you to the effort I put into fixing our bond. Today, I get it. I couldn't win back my daughter or make amends, am I?" Air mata papa mengalir laju. Aku gigit isi bibir.

Papa berjeda. Situasi seakan hening menanti 'drama' anak-beranak ini yang selanjutnya. Wajah aku menunduk.

"I'm sorry I didn't become the dad you wanted. I should've tried harder. It's on me, not you. I messed up big times." Lirih suara Papa perlahan menuturkan ayat itu. Jelas nada kecewa pada suaranya. Aku mengepal erat genggaman buku lima.

"Habis dah?" sarkastik nadaku. Hati, aku keraskan seperti batu. Tipu kalau tidak terbesit tapi belum masanya lagi aku berlembut dengan Papa.

Mata Papa kekal redup tapi pandangannya jelas kecewa. Tubir matanya bergenang dan dia ukir senyum kelat dengan responku.

Aku juga nampak cerlungan tajam Raffa dari hujung mata tapi aku peduli apa. Dia tidak ada hak nak menilai situasi ini.

"Macam ni lah Tuan Puan. Benda pun dah jadi dan saya harap menjadi iktibar pada semua. Kami berharap Encik Raffa dan Cik Saracha bertaubat daripada mengulangi kejadian pada hari ini. Namun, hukuman tetap perlu dilakukan iaitu Encik dan Cik boleh dikenakan denda RM5000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya." Panjang lebar pegawai agama itu menerangkan.

Aku sudah terpempan. Penjara?

"Tapi, untuk menutup fitnah dan menjaga aib Encik dan Cik, adalah lebih baik kamu berdua menikah dan menghalalkan hubungan untuk mendapatkan reda Allah." Tambah pegawai tersebut. Terus tajam aku memandang wajahnya.

"Okey, kahwin." Tenang dengan muka tidak bersalah Raffa menuturkan benda mengarut. "Apa?!" Hampir melengking aku menyoal. Keningku berkerut seribu.

Raffa berjalan kearah papa. "Uncle, saya akan bertanggungjawab keatas semua ni dan berkahwin dengan Sarascha. Kalau uncle restu, saya nak mempercepatkan urusan nikah kami bulan depan. Saya faham perkara yang kami lakukan ni salah dan saya tak nafikan yang kami dah berbuat dosa. Kami dah mengaibkan keluarga masing-masing. Disebabkan itu, saya tak mahu perkara ini menjejaskan reputasi keluarga uncle dan keluarga saya. Saya mohon untuk memperisterikan Saracha, uncle."

"Kau cakap apa ni ha?! Aku taknak kahwin dengan kau la jantan tak guna! Ini semua perangkap kau! Aku mangsa keadaan!" Aku tak mampu bersabar. Pandai dia memutar belit. Aku yang diperangkap tapi perlu akur dengan keputusan menikah?!

P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now