Bab 12

569 31 0
                                    

Sepanjang berjalan pulang ke hotel, May hanya berdiam diri.

Esra tarik nafas seketika sebelum buka mulut, "Belajar kawal perasaan awak May. Dulu dengan mama pun sama. Awak bila terlalu marah, awak macam hilang arah. Klau berterusan macam ni, awak boleh bahayakan diri awak sendiri. Macam mana kalau ayah budak tu pukul awak tadi? Awak tak takut?" tegur Esra lembut.

"Tak. Saya tak takut. Saya lebih takut kalau nanti budak tu membesar jadi macam saya."

Jadi macam apa? Esra kurang jelas namun tidak pula dia utarakan soalan itu.

"Dia nak pukul Aisha, tak kan saya nak diam saja." dengus May.

"Ya, saya faham niat awak nak tolong. Tapi tengok keadaan juga. Ayah Aisha tu tak cederakan lagi anak dia. Kalau dia bawak kes tadi ke balai, awak akan dituduh tabur fitnah sebab dia tak pukul anak dia."

"Sama saja! Dia gertak dan ugut nak pukul."

"Tapi itu kan hal keluarga mereka..."

"Sebab saya tak suka nampak budak-budak kena marah, Esra! Kalau bukan kita yang prihatin, siapa lagi? Ini lah masyarakat kita, asal tidak berlaku dalam kalangan family, terus hilang sifat empati dalam diri. Saya tak akan tengok saja lelaki itu buli mental anak dia, kerana apa ayah dia buat hari ini akan dia bawa sehingga besar. Perkataan malang itu hina sangat, Esra. Mana ada anak yang bawa malang dalam dunia ini. Anak dibentuk oleh ibu bapa, baik buruk anak adalah dari silapnya acuan ibu bapa dia sendiri." panjang lebar dia menyuarakan punca dia hilang kawalan tadi.

Melihat Esra yang seperti mahu membalas, May lajukan langkah sehingga Esra tidak dapat mengejarnya lagi.

...

Keesokkannya...

Alamak! Dah lambat! Dalam hati May berdoa tak henti agar Gia masih ada dalam bangunan hotel ini. Cuaca pun gelap menandakan bila-bila masa sahaja hujan boleh turun dengan lebat.

Sudahlah hari ini Esra shift pagi, dia pula shift petang. Tak selari waktu kerja maka May yakin Esra pasti sedang nyenyak tidur di rumahnya sekarang ini. Tak kan nak susahkan lelaki itu datang hotel semata-mata nak hantar dia balik ke rumah pula. Sebelum ini memang dia tak malu jadikan Esra tukang hantar dan jemput tapi tipulah kalau tak rasa bersalah ganggu Esra tanpa alasan munasabah. 

Beberapa kali juga dia kerling jam pada pergelangan tangan kiri. Sudah hampir pukul 6 petang. May tak pasti waktu habis kerja kakak iparnya itu pada jam berapa kerana Gia tidak menjawab langsung panggilan telefonnya. Harapnya Gia belum balik lagi.

Sedang tergesa-gesa melajukan langkah kaki, May merasakan tubuhnya seakan melayang di udara apabila kaki kiri tidak sengaja terpijak hujung jari kaki kanan. Sudahlah dia pakai wedges hari ini, memang umphhh rasanya. Kalau tak biru juga tak tahu lah!

Kalau tak kerana tangan yang menarik lengannya daripada tersembam menyembah bumi, pasti esok dia kena buat appoinment doktor untuk buat hidung baru. Seriau bila membayangkan sakit di kaki dapat sekali sakit di muka.

Baru nak ucap terima kasih kepada si penyelamat, terus May kemam balik bibir. Dia alihkan pandangan seketika sebelum kembali memandang wajah di hadapannya. Liur ditelan kesat. Mujur saja dia bertudung, jadi gerangan itu tidak nampak rahangnya yang sedang bergerak-gerak.

Bos Ben tunduk untuk mengemas barangan May yang terkeluar dari dalam beg. May hanya memerhati sahaja perbuatan Bos Ben sehinggalah dia ternampak tangan papanya itu terhenti lama pada satu buku yang sentiasa ada dalam begnya.

May rampas beg tersebut dari tangan Bos Ben. Sedikit tersentak orang tua itu oleh tindakan May.

"Nama awak seketul tu aje ke?" Bos Ben persoalkan tanda tanyanya tatkala dia sudah berdiri semula. Buku yang bercoret nama Maysarin pada muka depan disuakan kepada May.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now