Bab 39

457 31 2
                                    

May baringkan tubuh lemahnya di sofa ruang tamu sementara menunggu Mak Ina memasakkan nasi bubur untuknya.

Tepi kepala yang bertampal koyok dia picit mengunakan jari telunjuk, semakin lama semakin kuat berdenyut. Dah banyak jenis ubat dia telan, tahap kesihatannya tetap juga tiada perkembangan.

"Mak Ina mana nasi goreng yang saya buat malam tadi? Qadr dah makan?" Puan Amelia berjalan melintasi ruang tamu tanpa menyedari kehadiran May yang terbaring menutup mata atas sofa.

"Nasi goreng bawah tudung saji tu ke puan? Rasanya dah basi. Mak Ina lupa nak masukkan ke dalam peti. Qadr masih belum balik puan." takut-takut orang tua itu menjawab, bimbang dia akan kena lenting.

"Lamanya budak ni tak balik rumah, ke mana lah perginya..." risau. Lagi risau setelah dapat tahu daripada cikgu sekolah bahawa kawan-kawan Qadr yang sekarang bukanlah pelajar yang baik. Mereka pelajar kelas belakang yang ada masalah disiplin. Dia tahu Qadr sudah besar, namun anak bongsunya itu tidak pernah lagi pergi jauh dari rumah seperti kali ini. Entah hidup entah mati, tiada khabar langsung.

Puan Amelia menolak anasir jahat yang cuba bertandang. Semoga anaknya itu baik-baik saja.

Puan Amelia pusing badan menghadap ruang tamu lalu ternampak May yang sedang berbaring tidak bergerak.

"Eh, bubur tu untuk May ke Mak Ina?" soal Puan Amelia seraya menahan lengan Mak Ina yang sedang menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam.

"Ya... May demam. Es amanahkan Mak Ina jaga May kejap."

"Es pergi mana?" berkerut dahinya. Buat apa tinggal bini dia kat sini? Memang sengaja nak cari pasal ke apa?

"Es baru aje gerak ke hotel, katanya hotel ada masalah yang dia kena selesaikan segera. May tak sihat, itu yang Es ganti pergi sana. Dia tak sedap hati nak tinggal May sorang diri di rumah mereka."

Jadi tinggal di sini buat sedap hati lah? Rasa tenang ada orang jaga bini dia? Secara tidak langsung, Esra dah bukakan jalan untuk dia nak kerjakan May. Dah lama dia tunggu nak bersemuka dengan May semula setelah dihalang oleh Esra sejak dia serang di hospital tempoh hari.

"Letak dulu dulang ni. Saya nak nasi basi bawah tudung saji tu. Bagi pada saya sekarang." Mak Ina akur lalu meletakkan dulang ditangannya ke lantai, dia mengambil pinggan nasi goreng tersebut lalu dihulurkan ke tangan majikannya.

"May, kau bangun." kakinya menyepak tepat ke paha May. Jelas May terkejut oleh tindakannya.

"Mama..."

Sungguh May tidak menyangka mamanya akan turun secepat ini. Menurut Mak Ina, mamanya itu kerap berkurung dalam bilik dan hanya akan keluar bila tiba waktu malam. Sekarang siang lagi. Apalah nasib dia kena hadap mama dalam keadaan tidak sihat begini.

"Kau lapar?" Puan Amelia herotkan senyuman di bibirnya. Penuh sinis dan ada terselit kebencian pada riak wajahnya.

May bingkas bangkit dari pembaringan lalu duduk menghadap mamanya. Dia tidak menjawab sebaliknya hanya memandang redup ke arah Mak Ina agar membantunya. Sungguh! Dia rasa sangat tak berdaya sekarang.

"Kau lapar kan..." desis Puan Amelia. Telapak tangannya mengepal nasi goreng tersebut menggunakan tangan kosong lalu menyumbatnya tanpa simpati ke dalam mulut May. Tidak dipedulikan rasa geli menyentuh nasi yang berbau itu, yang penting dia rasa puas dapat lunaskan sedikit rasa sakit hatinya kepada May melalui cara itu.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now