Bab 47

837 39 4
                                    

"Sayang..." suara parau itu mengganggu lena May yang masih ingin berpanjangan. Lelaki itu siap menghembuskan nafas hangatnya lagi ke telinga May, membuatkan tubuh May memberi reaksi geli-geleman.

"Kejap lah... Baby masih nak tidur." fitnahnya.

"Nanti lepas baby dah keluar memang Es akan cerita kat dia yang May ni selalu fitnah dia." dengus Esra. Daripada berbaring menghadap sisi wajah May, kini dia duduk bersila di atas katil pula.

"Jom lah solat subuh sama-sama. Es dah siap mandi." ajaknya apabila May tidak membalas. Serupa bercakap dengan patung. Sejak May mengandung, dah jadi rutin hariannya kejutkan May setiap pagi untuk mengajaknya solat sama-sama. Kalau sebelum ini mereka solat asing, tapi tidak hari ini, dia kena paksa juga. Tak elok lewatkan solat. Acap kali dia nasihat, macam biasa, May memang degil orangnya.

"Kejap lagi May solat sendiri." tolaknya dengan mata tertutup.

"No! May selalu solat bila matahari dah keluar. Jangan ingkar cakap suami. Bangun." tegas Esra.

May buka kedua kelopak matanya. "Es marah May?"

"Nampak macam Es marah ke?" dia soal isterinya semula. Tangan peluk tubuh dan sebelah kening juga dijongketkan.

"Itulah pasal! May nak Es marah May. Sekali pun jadi lah. May nak sangat Es tinggikan suara. May mengidam..." bersungguh wajah May mengujarkan keinginannya yang satu itu.

Berkerut dahi Esra. Apa pelik sangat mengidam dia ni? Makin lama makin merapu.

"Mengidam atau mengada, hah?" Esra bangkit dari duduk atas katil lalu kakinya melangkah mendekati birai katil disebelah May. Kain selimut diselak dan dia angkat tubuh itu menuju ke bilik air.

Kena paksa juga. Setakat cakap mulut memang tak akan jalan kalau orangnya adalah May.

"Kalau tak buat macam tadi, memang Es solat sendiri lagi hari ni..." Esra menggeleng kepala melihat May yang baru keluar dari bilik air.

Mata Esra tertancap ke arah tubuh isterinya yang dililit tuala. Lucu.

Perut yang sedikit membuncit itu sangat lucu dan comel pada mata Esra padahal kandungan isterinya itu masih baru. Setiap malam Esra usap perut itu sebelum tidur, tak pernah jemu langsung. Kata mama, May ada potensi untuk dapat anak kembar. Mungkin telahan itu benar. Nampaknya May kena dapat lebih penjagaan rapi selepas ini.

"Tengok apa pak ustaz?" tegur May dari jauh. Dia perhati saja di atas kepala suaminya ada kopiah, sudah sedia menantinya bersiap.

"Nanti kita cek lah jantina baby apa." walaupun lambat lagi, dia teringin nak tahu sama ada bayinya lelaki atau perempuan.

"Tak nak. Tak suprise la nanti." degil May.

Esra julingkan mata. Kalau dah tak nak tu memang tak boleh nak paksa.

Usai solat subuh, keduanya tiada tanda mahu bangkit dari atas hamparan sejadah. Siap bersila lagi menatap wajah antara satu sama lain.

"Cuba sayang teka apa yang Es nak sampaikan." dia bermain teka-teki. Kedua belah tangan May diraih dan diusap lembut.

"Es dah masakkan breakfast?" kalau pasal makan, cepat saja kan...

Esra berdecit geram. "Bukanlah. Pasal breakfast jugak tapi teka lah lebih dalam lagi. Es nak ajak May pergi satu tempat."

Seketika May berfikir panjang, "Nak pergi beli nasi lemak dekat gerai abang duda tu ke? Nak!" wanita itu terjerit sakan.

"Apa pulak? Tak adanya. Hari ni Es nak ajak May makan mi laksa sarawak. May kan pernah sebut?"

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now