Bab 42

546 32 4
                                    

Pengakuan dari mulut lelaki berkaca mata itu sungguh menyakitkan hati. Sebegitu sekali dengki Bos Ben terhadap arwah ayah? Ayah bukan lah orang yang rapat dengannya, kenapa pula dia nak ganggu hotel ayah? Adakah itu juga punca kenapa ayah membalas semula dengan merampas Dao Palace?

Sedari dia kecil hingga sekarang, May amat kenal papanya yang bertalam dua muka. Dia bijak sembunyikan helahnya dari pengetahuan orang luar. Senyuman jahatnya terpalit oleh muka yang sentiasa kelihatan seperti orang baik.

"Seminggu. Tempoh itu cukup lama untuk awak buka mulut mengenai rancangan jahat Bos Ben. Kalau awak jujur dari minggu lepas lagi, orang tua tu tak akan kerjakan awak macam ni." marah May. Meruap-ruap darahnya mengenangkan kedegilan lelaki itu. Dipaksa apa pun memang tak jalan! Kini tiada empati dalam diri May melihat muka penuh luka dihadapannya itu. Padan dengan perbuatan sendiri.

"Tolong lepaskan saya. Saya dah tak nak terlibat dalam hal ini. Bos Ben akan bunuh saya!" dia seakan beri peringatan kepada tiga orang di hadapannya bahawa pengakuannya hari ini akan meletakkan dirinya dalam bahaya.

"Dah berapa lama awak kerja di sini?" soal May dengan nada yang lebih tenang. Pekerja hotel ini biasanya setia dan hormat pada Novan kerana dia bos yang selalu senangkan hati pekerjanya, kenapa yang seorang ini boleh pula mengkhianati hotel?

"Saya dah lama kerja sini. Saya mohon maaf sebab saya dah khianat tempat ini. Saya tak boleh nak tolak suruhan Bos Ben kerana dia dah bantu langsaikan hutang keluarga saya sebelum ini. Saya tiada pilihan selain ikut arahan dia." jujur lelaki itu.

"Tapi awak dah buat hotel kami ni hampir jatuh muflis! Awak seludup duit yang menjadi penggerak utama operasi hotel ini. Tak akan semudah itu saya nak maafkan awak. Polis akan campur tangan dalam hal ini!" putus May lantang. Di depannya ada Ghibran dan Noah yang juga bersetuju dengan tindakan wajarnya.

"Saya lebih rela masuk penjara daripada mati ditangan Bos Ben." ucap lelaki itu bersuara sayu. Dalam kepalanya, dia sedang memikirkan nasib keluarga kecilnya yang akan menjadi sasaran Bos Ben kelak.

"Kalau saya serahkan diri kepada polis, saya harap sangat Cik May dapat lindungi keluarga saya. Saya risau..." tambahnya lagi dengan kepala menunduk memandang lantai jubin.

Salah tetap salah, May tidak akan ampunkan lelaki itu. Tapi permintaan itu...

Sungguhpun ianya tak mudah, May bukanlah orang yang kejam. May tidak berjanji sebaliknya akan tetap buat seperti permintaan. Dia tidak akan benarkan orang tua itu apa-apakan keluarga lelaki di hadapannya ini.

"Saya tak janji tapi saya boleh lindungi keluarga awak. Dengan syarat, bantu kami cari alasan untuk sumbat Bos Ben ke dalam penjara." May penat. Dia mahu akhiri semua ini secepat mungkin.

"Kewarganegaraan Bos Ben macam mana?" May tidak pasti tentang kewarganegaraan Bos Ben kerana dulu setahu May papanya itu datang dari Thailand sebagai pendatang asing tanpa izin yang memulakan bisnes di negara Malaysia.

"Dia sekarang permastautin tetap sebab dia telah berkahwin dengan orang Malaysia. Dia ada dokumen pengesahan dari pejabat imigresen dan ada kelulusan dari kedutaan negara asalnya. Selain itu, dia juga ada pas residen sebab dia menjalankan perniagaan di Malaysia." jawab Noah.

Ah, dia lupa pula tentang umi. Cis! Apa lagi cara patut dia guna untuk dakwa Bos Ben. Dia tiada bukti kukuh melainkan bukti pemindahan wang hotel secara besar-besaran ke satu akaun asing yang Noah baru dapat tahu ianya adalah milik Bos Ben.

"Assalamualaikum..." pintu diketuk dari luar, mengalihkan pandangan semua yang berada dalam bilik peribadi Novan.

Arissa, Illiyin dan Kamal tampak terkejut melihat keberadaan May di situ.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now