Bab 16

529 38 2
                                    

"Pagi-pagi menu udang?" May menyoal kepada ayahnya. Siapa pula yang gila hidangkan makanan berat seawal pagi macam ini?

Tuan Omar tidak membalas soalan anaknya kerana dia juga rasa hairan. Setahunya itu adalah menu dari malam tadi. Sangka Tuan Omar itu kemungkinan lebihan, risau tiada siapa nak habiskan itu yang dihidang sama atas meja pagi ini.

Qadr gelak bersahaja seraya menggigit roti bakar yang sudah disapu dengan serikaya.

"Udang butter tu mama buat sendiri semalam. Sedap. Rugi akak tak rasa." beritahunya.

May pandang ayahnya. Begitu juga sebaliknya. Keduanya sama-sama berkerut dahi mendengar ayat Qadr.

"Jadi udang ni mama kamu masak sendiri? Bukan Mak Ina?" Tuan Omar minta kepastian.

"Betul ayah. Semalam Qadr ada borak dengan mama kat dapur. Dia yang beria nak masak, fikir ada apa-apa yang istimewa."

Tuan Omar terdiam manakala May sedang perah otak berfikir tentang sesuatu. Semalam hari jadi dia dan udang merupakan makanan kegemaran dia. Maksudnya mama masak untuk dia malam tadi?

"Mama buat untuk kakak Qadr rasanya. Semalam kan hari jadi kakak." Tuan Omar tersenyum penuh makna. Dia sudah mula hadam perangai isterinya itu semenjak May kembali ke rumah. Mulut kata lain, hati pula tunjuk lain.

"Sungguh lah? Qadr tak tahu langsung semalam hari jadi kakak. Mungkin ayah betul mama buat udang ni untuk kakak. Qadr nak tanya, kerja kakak tu memang selalu habis lewat ke apa?" soal Qadr.

"Balik awal cuma semalam keluar dinner dengan kawan-kawan. Itu yang balik lewat."

Qadr sekadar angguk dan hanya melihat kakaknya makan udang butter yang dipanaskan semula oleh Mak Ina sekejap tadi.

"Qadr! Jumpa mama dalam bilik!" mereka bertiga dikejutkan oleh suara lantang dari aras dua.

Usai Qadr berlalu ke arah si pemanggil, May dan ayahnya juga berangkat dari rumah untuk ke tempat kerja. Tuan Omar berniat untuk tumpangkan May memandangkan Esra cuti lagi hari ini. Kerap betul Esra cuti, dah macam company bapak dia.

"Ini apa?" kertas bersaiz A4 yang dilipat dua diserahkan secara kasar kepada anak lelakinya.

Dalam kebinggungan Qadr buka juga lipatan kertas itu lalu di baca tulisannya.

"Cakap jujur dah berapa kali kau buat perangai ponteng sekolah ni? Kau pergi mana selain sekolah?"

"Qadr baru ponteng tiga kali."

"Jangan nak menipu. Tiga kali apanya kalau sampai dapat surat amaran? Cikgu Qadr cakap dekat mama bulan ini saja sudah 10 kali Qadr langsung tak tunjuk muka dalam kelas. Mama tanya 10 hari tu Qadr pergi mana?" soal Puan Amelia dalam nada tertahan. Dia tidak mahu tuduh melulu, dia ingin dengar penjelasan dari mulut Qadr.

"Cikgu tu tak suka Qadr sebab tu dia cakap 10 hari. Qadr ponteng tiga kali saja, itu pun Qadr balik ke rumah sebab tak sihat."

"Betul Qadr ada balik rumah, Mak Ina?" Puan Amelia kalih mata memandang Mak Ina yang turut berada dalam bilik tersebut.

"Ada juga Mak Ina perasan Qadr balik ke rumah tapi tak kira pula berapa kali." habis saja menuturkan ayatnya, Mak Ina dipanggil oleh Aida dari muka pintu bilik.

"Okay, kali ni mama percaya. Maybe cikgu tu memang tak suka Qadr." sengaja ditekan ayat terakhir itu seolah memerli. Memang dia akan cungkil juga kebenaran dari cikgu Qadr minggu depan kerana dia tahu budak remaja zaman sekarang punya banyak akal hendak mengelak dari mengaku salahnya.

"Lagi satu mama nak tanya kasut yang Qadr pakai hari tu, Qadr beli sendiri? Kasut itu nampak macam mahal. Mana dapat duit?" sesibuk manapun dia di restoran, dia tetap juga tidak leka dari mengambil tahu tentang anaknya yang seorang itu. Qadr masih muda dan harusnya sentiasa berada dalam pengawasan dia. Sekiranya ada yang dirasakan pelik, dia akan tanya terus kepada Qadr.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now