Bab 38

482 35 2
                                    

Pagi tadi, doktor ada memaklumkan kepada Esra bahawa May akan ditahan untuk beberapa hari lagi, dia masih belum dibenarkan keluar dari hospital.

Sejak dia bertekak menegaskan bahawa dia tidak setuju dengan bantahan May yang mahu pulang ke rumah hari ini, May lancarkan mogok enggan bercakap dengan dia. Puas lelaki itu memujuk isterinya, tetap sama. Keras hatinya tidak pernah berubah!

"Kalau ya pun merajuk jamah lah sikit, kesian perut tu kosong dari pagi." Esra tegur dari jauh. Dia baru saja keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wudhu.

Di meja sebelah May terdapat makanan yang hospital sudah lama sediakan. Makanan itu tidak terusik langsung sejak satu jam yang lalu, maka sudah hilang suamnya. May cuma buang pandang ke arah tingkap dengan tatapan kosong.

Esra mendekati katil, duduk tapi tidak terlalu dekat dengan isterinya kerana dia punya air wudhu.

"Nampak tak sedap ke makanan tu? Nak Es order makanan dari luar?" Esra tahu doktor tidak benarkan May makan makanan dari luar. Sekiranya itu saja pilihan yang tinggal, Esra rasa dia lebih akur mendengar kemahuan isterinya.

Diam.

"Ke nak Es suap makanan tu?" Esra bertanya lagi. Jari telunjuk dia tunding ke arah makanan hospital di sebelah May.

Diam.

"Es anggap May nak Es suap. Es solat Zohor kejap, lepas solat Es suap May." putusnya lalu menghamparkan sejadah ke arah kiblat.

May kalih mata dari jendela ke arah suaminya yang sedang solat membelakanginya. Pandangan sama seperti tadi, kosong. Perlahan tangan May menyelak kain selimut lalu berjalan bawa diri ke pintu.

Tanpa beralaskan selipar, kakinya melangkah menuju ke arah tangga kecemasan. Menaikinya sehingga ke tingkat paling atas iaitu rooftop hospital.

Lama juga May kakukan kaki di pintu masuk itu sebelum mula menggerakkan langkah.

Angin bertiup lembut dalam teriknya matahari. May silangkan tangan ke dada lalu mengosok kedua belah lengannya sendiri tatkala angin tersebut menyapa dingin tubuhnya. Entah kenapa tiada keringat yang keluar dari kulitnya walaupun sekarang hangat mentari seakan membakar kulit.

May teruskan berjalan sehingga ke hujung, di situ dia hentikan langkah. Mata meliar ke sana sini.

May pandang sekelilingnya yang hanya ada bangunan tinggi pencakar langit. Setelah itu, May pandang ke bawah pula. Banyak kenderaan yang bergerak seperti semut kecil. Akhir sekali, May kalih mata pandang ke atas. Di sana ada langit biru yang berselindung di sebalik kepulan awan putih. Antara ketiga itu, May rasa paling dekat dengan langit. Tangan dihulurkan ke atas lalu diawangkan ke udara. Seperti mahu mengapai awan yang mustahil.

"May!" Esra pantaskan lariannya selaju mungkin. Dia peluk tubuh May dari belakang. Dadanya berombak kencang. Perlahan dia tarik tubuh May ke belakang, menjauhi tepian bangunan yang tidak berbatas itu.

"May buat apa ni?" Esra marah. Suaranya meninggi. Hampir luruh jantungnya melihat keadaan May tadi. Dia sudah membayangkan andai May betul-betul terjun.

Mujur selepas tahiyat akhir dia pantas menyedari pintu bilik yang terkuak luas dan May sudah menghilangkan diri dari dalam bilik. Ke sana sini dia menyeru nama May sehingga orang memandangnya bagai orang tak betul.

Syak wasangka terhadap pintu kecemasan yang terbuka membawanya ke sini.

"May..." suara Esra seperti merintih. Dia benamkan wajahnya ke bahu May. Masih lagi cuba menenangkan diri sendiri.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now