Bab 17

546 71 0
                                    

Ingatkan hari cuti boleh bangun lewat berbanding hari biasa, tambahan pula semalam dapat cuti dari Tuhan... Tapi tidak! Seawal subuh bening lagi tidur May diganggu oleh ketukan bertalu di pintu.

May mengesat mata kuyu yang tidak jelas memandang jam di dinding. Baru pukul 6 pagi rupanya.

Melalui ketukan yang tidak henti walau sesaat itu, May sudah boleh tahu siapa gerangannya.

"Kau nak apa?" soal May bosan ketika membuka pintu. Dia angkat sebelah kening kepada gerangan comel itu.

"Papa dengan mama pergi hospital kejap lagi. Jadi... Anas kena tinggal dengan Mama May."

"Sejak bila pulak aku jadi mama kau?"

"Sejak... Sejak Baba Es yang suruh!" celoteh si kecil Anas.

Erghhh Esra! Memandai sungguh suruh budak tu panggil dia mama. Kalau gian sangat nak jadi bapak, pergi aje lah sendiri. Kenapa nak libatkan dia jadi 'mama' pulak?

"Mama papa kau pergi siang nanti kan? Kenapa awal sangat ni? Kat luar tu pun gelap lagi." dibuatnya seolah bercakap dengan orang dewasa.

"Mama May call Baba Es boleh? Hari tu pakcik Noah janji nak bawak Anas keluar beli hadiah hari jadi Anas tapi dia suruh pass kat Baba Es. Pakcik Noah sibuk."

Boleh pula main pass eh? Si Noah ni tahu berjanji saja. Dah tahu sibuk, janganlah tabur janji palsu dengan budak 5 tahun. Tak malu sungguh!

"Kalau Baba Es sibuk jugak?" dah dua hari Esra tidak masuk kerja, tak kan lah hari ini masih cuti lagi.

Tangan Anas naik ke dagu. Berfikir. "Call la dulu."

Uh? Okay. Kalau tak call untuk tanya mana lah tahu, kan? Bijak budak Anas ni...

Tiga kali deringan baru panggilan bersambung. Terkebil-kebil mata Anas yang setia menunggu di birai katil.

"Es, awak kerja ke hari ni?" tanpa salam, dia terus direct ke soalan.

"Waalaikumusalam..." perli Esra. Kedengaran dia gelak halus di hujung talian.

May juling mata. Tahu dia sedang disindir. May kemudiannya ulang kembali sapaan salam yang terlepas.

"Saya tak kerja hari ni."

"Kerap sangat awak cuti. Dah macam hotel sendiri."

"Baru tiga hari, bos tak kesah pun." suaranya kedengaran santai pada May.

May tiba-tiba tersenyum puas hati. Esra yang lama sudah kembali. Semoga Esra yang 'semalam' hanya berlaku semalam. Dia rindukan Esra versi ini.

"Habis tu kenapa bangun awal sangat?"

"Saya bangun mandi untuk solat subuh May..."

May bungkam. Betul lah sekarang dah subuh. Apa punya soalan la kau ni May...

Anas menepuk paha May. Dia buat isyarat bisu menyuruh May menanyakan sesuatu kepada Esra.

"Ni... Errr.... kejap." May jauhkan telefon dari telinga lalu menyoal perlahan kepada Anas, "Nak tanya apa?"

"Cakap kat Baba Es hari ini Anas nak jalan-jalan." girang suaranya. Tak perlu May terangkan lagi kepada Esra, pasti dia sendiri sudah mendengar.

"Jalan-jalan konon. Kau nak keluar duit untuk belanja ke?" cebik May.

Esra tertawa kecil. Dia baru teringat. Dia pernah dimaklumkan oleh Noah mengenai desakan Anas yang selalu mengajaknya keluar susulan janji yang dah dibuat ketika majlis hari jadi Anas dulu. Solusinya, Noah minta dia pula yang melayan karenah Anas.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now