Bab 28

512 34 4
                                    

Majlisnya hari esok, tapi hari ini seawal 7 pagi lagi masing-masing sudah mula sibuk. Riuh-rendah rumah 3 tingkat milik Tuan Omar didatangi oleh orang-orang yang terdiri daripada katerer, orang yang menginai, jurumekap, dan juga dua orang wakil daripada team wedding planner.

Semuanya sudah bersemuka dengan Puan Amelia. Majlis akan diadakan di Golden Wedding Hall, jadi semua sudah bertolak ke sana termasuk Esra dan Puan Amelia.

May tidak menyangka mamanya yang beria membangkang dulu antara mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan itu dan ini.

May kena kerja separuh hari kerana dia sudah memohon cuti kahwin selama seminggu bermula dari esok. May juga dapat tahu ayah dan abang-abangnya pun sama sibuk hari ini, manakala Qadr pula ke sekolah. Jadi, tenaga lelaki yang dikerah tak henti sekarang adalah pengantin lelaki sendiri.

Tapi tak ada masalah pun, Esra dah beritahu dia akan uruskan majlis mereka dengan baik. May letak kepercayaan sepenuhnya ke atas bakal suaminya itu.

"Ni ke baju yang May akan pakai esok?" Puan Amelia menyoal Esra. Di tangannya ada gaun yang Esra baru ambil dari butik semalam.

"Ya. Cantik kan, ma?"

Puan Amelia mengangguk laju. "Cantik. Sesuai lah dengan budak tu. Warna putih sesuai dengan kulit mulus May." jawabnya mendatar.

Esra tersenyum. Macam manalah dia nak judge yang buruk-buruk tentang mama sedangkan bila dihadapannya, wanita tua itu tidaklah seburuk seperti yang diceritakan.

"Sentuhan makeup nanti buat biasa-biasa saja. Pengantinnya dah cantik, terlalu tebal boleh ubah rupa asal." Puan Amelia beritahu kepada jurumekap perempuan yang dicari oleh Esra seminggu yang lalu.

Harapnya hasil tangan perempuan tulen setanding hasil tangan mak andam separuh jantina. Esra enggan dapatkan jurumekap yang 'lembut' kerana May perempuan berhijab. Tak kira selembut mana dia, orangnya tetap lelaki pada Esra. Sebagai bakal suami, dia harus lindungi haknya daripada mata ajnabi lain.

Puan Amelia mendekati pula seorang perempuan muda yang sedang setting tempatnya untuk menginai pengantin malam nanti.

"Inai pengantin nanti buat corak cantik-cantik tau. Esra nak inai juga ke?" soal Puan Amelia kepada Esra yang setia berdiri disampingnya.

Esra menggeleng kepala. "Haram lelaki pakai inai."

Puan Amelia mengangguk faham. Dia tahu hukum lelaki berinai adalah haram, dia sekadar bertanya pendapat Esra.

Esra tidak lagi membuntuti langkah mama sebaliknya dia ubah langkah dan bergerak menuju ke arah berdirinya seorang perempuan yang tinggi lampai. Perempuan itu sedang menggerakkan beberapa orang pekerja mengikut arahannya.

Seperti gadis itu, Esra juga perhatikan mereka yang sedang bertugas menghias pelamin.

Esra kagum dan rasa puas hati menatap hasil tangan mereka yang membuat pelamin berkonsepkan tema ; moden. Pada pengamatan Esra, pelamin telah mereka hias dengan garisan bersih dan bentuk moden. Selain itu, pencahayaan moden seperti lampu LED dan lampu gantung futuristik juga digunakan. Manakala perhiasan minimalis yang lain turut berguna sebagai penyeri majlis.

"Unna... Terima kasih. You make my dreams come true." Esra ucapkan ikhlas kepada gadis itu. Dia dapat contact wedding planner ini daripada Im, tak sangka hasil kerjanya memang sangat memuaskan. Rasa tak rugi wang ringgit.

Tapi Esra sedikit risau, dia kata dia akan buat majlis ala kadar. Tapi suasana dihadapannya kini bukannya ala kadar. Harap May tidak akan memarahinya nanti.

"Nama kamu apa?" Puan Amelia yang baru tiba juga menyoal gadis tinggi lampai itu.

"Nama saya Unna Sophea." gadis itu tersenyum manis menampakkan lesung pipit dalamnya.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now