BAB 14

49 5 0
                                    

Cuaca yang redup itu menjadi saksi kepada hari yang dimana puteri bongsu Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Khai Dan Yang Mulia Che Puan Halina pindah bersama dengan si abang sulung.

"Ibu... Janganlah nangis ..tengok ibu nangis ni membuatkan adik berat hati nak pindah duduk dengan along Tau. Masa adik pergi UK Tak ada pula ibu menangis macam ni sekali " Kata Lashira.

"Itu sebab adik balik tinggal dengan Ibu baba sekarang ni adik dah tak sebumbung dengan kami sebab itulah ibu hati tisu sikit " ujar Che Puan Halina.

"Jangan risau ibu.. adik akan balik sini setiap hujung minggu.. kalau along taknak bawak adik balik, adik terbang je guna sayap burung yang adik cetak rompak" balas Lashira yang sememangnya untuk menghilangkan keresahan ibunya.

"Ada-ada je ye adik ni, Tunang sendiri ada jet dengan kapal terbang peribadi buat apa nak guna sayap burung jugak" usik Che Puan Halina lalu memandang ke arah Muzammir.

Lashira perasan ibunya itu sedang melakukan Interaksi dengan Muzammir melalui mata namun dia beriak biasa seperti tiada Apa yang berlaku kerana dia faham bahawa isyarat ibunya adalah untuk Muzammir yang sememangnya untuk tidak sedih apabila berpisah dengannya sebentar lagi.

"Along.. jaga Adik baik-baik ya, jangan sakitkan hati adik . Kalau baba tahu along sakitkan hati adik, baba tarik pangkat along as a crown prince then I will pass to Ahlam " Tengku Sulaiman memberi peringatan Dan pada masa yang sama dia juga mengusik Safwan.

"Small matter lah baba, along memang Tak akan sesekali sakitkan hati adik sebab bukan baba aja yang dah ugut along tapi Zam pun dah ugut along Tau " seloroh Safwan.

"Lepas ini Ibu memang kena hadap muka baba ajalah sampai tua .. kalau adik dapat adik lagi tu jangan terkejut lah ye "usik Tengku Sulaiman

"Abang jangan nak mengada ye, cukup lah tu anak Kita 6 orang kan nanti kalau Kita tambah Tak pasal-pasal Sebaya dengan cucu Kita pula" Che Puan Halina membantah.

"HAHAHA ada-ada ajalah baba ni,janganlah berdrama nanti makin berat hati adik nak pergi ni " bidas Lashira sambil memeluk kedua ibu bapanya sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Sebenarnya pada hari ini , dia sudah bersepakat dengan Safwan Dan Muzammir untuk pergi melawat Melinda terlebih dahulu.

"Tak apa , kejap lagi ibu dah mula terima dah ni yang anak bongsu dia dah besar.. cepatlah gerak sekarang nanti jem pula. " ujar Tengku Sulaiman sambil mengenggam erat tangan Che Puan Halina.

"Baiklah yang amat mulia Tengku Sulaiman Khai yang akan naik takhta menjadi sultan dalam masa sebulan yang akan datang ni " kata Safwan sambil menyalam tangan kedua-dua ibu bapanya.

Tina Dan Hajah Hamidah menunggu di luar pintu Pagar. Perasaan mereka semakin berkobar - kobar untuk melihat rancangan mereka berjaya .

"Opah! Opah! Tu dia opah .. diaorang dah keluar " jerit Tina sambil menepuk tangan Hajah Hamidah supaya bersedia.

Namun belum sempat Hajah Hamidah mengekori Safwan daripada belakang, Kereta yang dinaiki oleh Muzammir Dan 2 kereta yang dipandu oleh Pengawal peribadinya walaupun bukan kereta rasmi yang sering digunakan untuk acara rasmi.

"Ish opah ni lambat lah ... Tengok tu kita dah terlepas " rengek Tina tatkala 4 buah kereta itu sudah hilang daripada pandangan mata.

"Tak payahlah tergesa sangat .. opah jamin kejap lagi Kita punya rancangan akan terlaksana juga " di posisi yang santai, Hajah Hamidah membalas.

Kata-kata Hajah Hamidah bagaikan termakbul apabila Kereta Safwan bagaikan hilang arah.

"Rul.. kenapa ni?" Tanya Safwan di tempat sebelah pemandu.

His Royal lover Where stories live. Discover now