BAB 46

241 6 0
                                    

Seperti mana yang dijadualkan , Operation Lashira dijalankan .

Muzammir mengenggam erat tangan Lashira walaupun berat hatinya untuk menghadapi semua ini.

"Hubby.. senyumlah.. takkan nak muncung aja ni ? Our baby L dah nak lahir , kan " ujar Lashira sambil mengusap pipi Muzammir.

"Hubby muncung sebab hubby kan memang Suka muncungkan mulut " seloroh Muzammir yang sememangnya menyorokkan keresahannya.

"Hrm , bila masa ? Kenapa sebelum ni Tak pernah nampak ? " Soal Lashira.

"Selalu aja tapi ketua bidadari syurga hubby ni yang Tak nampak " Jawab Muzammir.

"Mummy! Daddy!" Jerit Munifah Dan Muayyad.

"Mummy.. Yad ak Abar nak jumpa adik baby " ucap Muayyad keriangan.

"Jangan risau , okay? Adik baby dah nak keluar dah ni" kata Lashira.

" Nampaknya anak-anak miMel dah Tak sabar nak tengok adik ni " sampuk Melinda .

" Mestilah.. nanti Bunga ada tawan " bidas Muayyad.

" Nampak dah perangai gatal dia tu dapat daripada mana " seloroh Lashira sambil memandang tepat ke arah Muzammir.

"Ketua bidadari syurga hubby.. janganlah mengungkit perkara lama " ujar Muzammir malu.

Lashira tertawa sambil memeluk ahli keluarganya yang berada di situ .

"Ibu.. Baba.. maafkan adik sekiranya adik buat ibu dengan baba sakit hati . Maafkan adik sekiranya adik banyak susahkan ibu baba sepanjang adik hidup ni " kata Lashira.

" Adik.. adik janganlah cakap macam tu . Ibu percaya lepas C-section ni , Adik dengan baby hidup lagi " respon Permaisuri Halina.

"InsyaAllah sekiranya diizinkan " balas Lashira.

Melinda Dan Husna berpelukkan di antara satu Sama lain . Hati mereka semakin berat untuk melepaskan Lashira masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Hei korang, kenapa muka sedih aja ni ? Kalau ada apa-apa terjadi dekat aku , korang tolong tengokkan Dan jagakan Mun dengan Yad Tau " pesan Lashira.

"Ara.. janganlah cakap macam itu " kata Melinda sebak.

"Saja nak potong bawang sikit " selamba Lashira.

"Banyaklah kau nak potong bawang dekat sini , boleh nangis Tau kitaorang " sampuk Husna pula.

"Sorry lah HAHAHA.. doakan aku supaya aku dapat berada dekat depan korang nanti " Kata Lashira sebelum dia kembali ke katil .

"Mummy! We love you!" Laung Munifah Dan Muayyad.

Seketika itu , air mata Permaisuri Halina tumpah disebabkan sebak. Dia tahu Faqih sudah meninggal kerana membunuh diri Dan Permaisuri Inayah Dan Haji Nik sudah mendapatkan balasan di dunia .

Muzammir mengikuti Lashira untuk masuk ke dalam bilik bedah. Tangan Lashira digenggam tetapi tangan dia pula yang sejuk bagaikan ais.

"Hubby.. kenapa sejuk semacam ? Nervous ke tu?" Soal Lashira tenang.

"Nervous sebab nak timang anak baru lah kot ni . Alhamdulillah umur 24 dah jadi daddy of 4 " Jawab Muzammir.

"Iye ke nervous ? Dulu masa Dee , Mun dengan Yad Tak ada pulak hubby nervous macam ni " usik Lashira.

"Entahlah .. Tak tahulah pulak kenapa kalini dia punya nervous extravaganza" seloroh Muzammir yang sememangnya hendak menghilangkan resahnya.

"Main-main eh! " Ujar Lashira sambil menampar perlahan lengan Muzammir.

His Royal lover Where stories live. Discover now