BAB 13

42 5 0
                                    

" OPAH!!!!!!!!!!!" jerit Tina yang berlari untuk mendapatkan neneknya .

" Kenapa lari macam orang yang kena kejar hantu ni ? " soal Hajah Hamidah.

" Perempuan tak guna tu dah balik dah , opah .. kita kena laksanakan rancangan kita juga malam ini sebelum dia pergi ikut abang wan pindah'' Jawab Tina.

''Macam mana kita nak laksanakan plan kita tu kalau rumah Mak ngah dikawal ketat ?'' Hajah Hamidah kembali menyoal.

'' Opah kan ada banyak taktik , tak akan opah tak dapat nak fikir langsung. Sebelum kita mulakan misi kita... kita pergilah hadap pengawal tu dulu sampai diaorang tak boleh nak sekat kita '' Tina memberikan idea yang terbuku di minda.

'' Berfungsi juga ye otak kamu ni setelah sekian lama wayar terputus" perli Hajah Hamidah.

" Opah ni.... terasa tau Tina ! sampai hati Opah cakap macam itu dekat Tina " rajuk Tina.

"Alololo cucu kesayangan opah ni janganlah merajuk dengan opah . Cucu opah ni kan pandai .. ditambah pula dengan package cantik luar Dan dalam" pujuk Hajah Hamidah.

Tina tersenyum puas tatkala mendengar pujian Hajah Hamidah. Bahagia tidak terkata tatkala dia mendengar pujian itu kerana kekasihnya sendiri langsung tidak memujinya.

"Puas hati mak racun fikiran cucu Mak dengan perkara yang bukan-bukan?" Tanya Puan Inaz yang bersandar di balik dinding.

"Mummy .. sampai hati mummy tuduh Opah yang bukan-bukan" Tina membela Hajah Hamidah daripada terus dimarahi oleh Puan Inaz.

" Hah itulah padahnya bila dah terikut perkara yang membuatkan hati Kita jadi hitam! Mana ada mummy tuduh , mummy cakap perkara betul. Opah kamu ni nama aja Hajah tapi otak macam Tak pernah berlajar langsung pasal ilmu agama ! Kenapa Mak Tak boleh nak terima hakikat yang sebenar sampai sekarang ? " Puan Inaz masih bersemangat untuk mengajukan perang mulut .

"Enough mummy! Mummy dengan daddy langsung Tak ada hak nak halang Tina untuk terus bersama dengan opah " Tina berkeras lalu menarik tangan Hajah Hamidah keluar daripada ruang tamu rumahnya.

Puan Inaz mengurut lembut Dadanya yang terasa sakit tatkala mendengar Dan menyaksikan sendiri perilaku spontan Tina sebentar tadi.

Hatinya retak seribu bahasa tatkala melihat anaknya yang dikandung 9 Bulan menjadi liar sebegini. Hanya doa sahaja yang mampu menjadi senjatanya supaya Tina berubah ke Jalan yang benar.

Kepulangan Lashira Dan Muzammir ke negeri Angrares di sambut meriah oleh keluar terdekat daripada kedua-dua belah pihak di istana yang didiami oleh Tengku Sulaiman Dan Che Puan Halina.

"Assalamualaikum ibu, Mak.." ujar Lashira Dan Muzammir serentak sambil dibuntuti oleh Tengku Sulaiman Dan Sultan Abdullah.

"Waalaikumussalam.. welcome back both of you! " Sahut Che Puan Halina Dan Permaisuri Afia lalu kedua-duanya memeluk Lashira .

"Mak.. Zam balik kenapa Mak Tak peluk Zam .. Mana adil macam ini.. Zam pun pergi UK juga" rengek Muzammir.

"Allahuakbar , ini kalau rakyat negeri Kita ni tahu putera mahkota dia manja , mesti diaorang gelakkan Zam " Tengku Sulaiman mengusik bakal menantunya itu.

"Alamak .. rosak lah imej Zam yang Zam jaga selama ini kalau rahsia ni terbongkar " Respons Muzammir.

Tawa kesemua yang berada di situ bergabung serentak .

"Ya Allah Zam ni ada aja kan perangai mengedik kamu ni muncul dalam masa sehari ni, Tak boleh ke tak muncul sehari? Malas betul Mak nak melayan kamu ini.. Abang , Ina , Man jom lah kita sambung misi Kita beraksi dekat dapur untuk preparation malam ini " Ratu Afia mengajak Suaminya Dan bakal Besannya untuk ke dapur kerana dia malas hendak melayan perangai manja Muzammir itu.

His Royal lover Where stories live. Discover now