BAB 24

52 4 0
                                    

Sebulan selepas mendapat pesanan yang mengandungi ugutan daripada nenek saudaranya, keadaan Lashira sudah semakin membaik kerana dia sudah tidak mendapat message itu Dan hanya mendapatkannya sekali itu sahaja.

Sudah tentu Muzammir orang terbahagia melihat keadaannya semakin baik daripada murung Dan asyik mengugut cerai menjadi ceria semula seperti sediakala.

"Alhamdulillah ketua bidadari syurga hubby dah kembali menjadi the old one.. I miss your smile , my love " ujar Muzammir.

" Ye ke rindu ? Bukan hari-hari hubby tatap ke muka ni?" Soal Lashira.

"Itu muka masam, muka dalam kesakitan.. " Jawab Muzammir.

"Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah sebulan lebih dah Kita kahwin kan hubby.. I am so sorry sebab menyusahkan hubby " ucap Lashira.

"Mana ada menyusahkan ,janganlah cakap macam itu "Kata Muzammir tenang.

"Hubby.. hubby tunggu sini sekejap.. Ketua bidadari syurgamu ini nak buat agenda " arah Lashira.

"Huh? Agenda apa ? Agenda nak bagi madu dekat diri sendiri ke?" Tanya Muzammir.

"Madu makanan tu boleh lah sebab menyenangkan kalau madu manusia tu... Lambat lagi Dan mungkin Tak akan wujud "balas Lashira sambil melangkah masuk ke tandas.

Sejujurnya dia memang tidak mengharap tetapi apa salahnya kalau mencuba?

Dengan lafaz Bismillah, pregnancy test dipandang Dan Lashira bagaikan hendak pengsan apabila melihat double line di situ.

"Hubby!!!!!" Jerit Lashira.

"Ha? Why ketua bidadari syurga hubby?" Tanya Muzammir cuak.

"Nampak gaya Tak lama lagi Kita berdua kena berjaga malam " Jawab Lashira.

Muzammir memproses apa yang baru sahaja didengarinya itu.

"Kejap.. you are pregnant? Are you sure about that? Allahuakbar! " Ucap Muzammir sambil memeluk isterinya.

" Do you like it , hubby?" Soal Lashira.

"Mestilah hubby Suka.." balas Muzammir sambil menguncup lembut dahi sang isteri.

Tok tok!

" Zam .. Ara.. kenapa bising-bising ni? " Tanya Permaisuri Afia dari luar pintu.

Muzammir membuka pintu bilik mereka untuk membolehkan emaknya masuk.

"Tak lama lagi.. Mak dengan bapak akan dapat cucu sulung tapi Zam dengan Ara buat keputusan untuk sorokkan dahulu berita ni. Mungkin masa usia kandungan dah 8 bulan baru umumkan" kata Muzammir yang sememangnya tahu dengan isi hati isterinya.

"Kalau macam itu Tak mengapalah lagipun Kita ni memang perlu sorokkan kehamilan" ujar Permaisuri Afia.

Permaisuri Afia faham akan ketakutan sang menantu . Dia faham Dan dia mengerti apa yang Lashira rasakan.

Melinda memandang Sang kekasih dengan pandangan yang tulus. Tulus yang dilimpahi dengan rasa kasih sayang Dan cinta.

"Awak.. kenapa awak pandang saya macam itu ? " Soal kekasih hati Melinda.

"Argh.. ergh.. saya cuma Tak sangka dengan apa yang saya ada sekarang ini.. saya ada awak yang tulus mencintai saya sehinggakan saya teringat mengenai kisah cinta putera Dan puteri mahkota Kita " Jawab Melinda.

" Memandangkan Kita tidak digalakkan untuk bercinta lama-lama sebelum nikah... Apa kata awak jadi isteri saya yang sah?"hampir sahaja Melinda tersedak mendengar permintaan Sang kekasih.

His Royal lover Where stories live. Discover now