BAB 27

40 4 0
                                    

" Zam.. jangan tinggalkan adik , Ya. Dia dah kemurungan sejak kejadian tadi . Hati mummy mana yang Tak terhiris bila anak dia ditikam depan mata" Kata Permaisuri Halina.

"Zam takkan tinggalkan dia ibu.. Zam tahu dia terluka sebab Dee pergi macam itu sahaja depan mata dia " Muzammir faham apa yang Lashira rasa kerana dia juga merasakan benda yang sama.

"Masuklah dalam, temankan adik .. apabila isteri kemurungan, suami kena ada disisi" ucapan Permaisuri Halina mendapat anggukan daripada Muzammir.

Muzammir masuk ke dalam tatkala Lashira sedang menangis di bucu katil. Sayu Dan sakit hatinya melihat wanita yang dicintai menangis sebegitu.

Dia teringat akan cacian Datin Hashina terhadap Lashira semasa pengebumian Ladeena tadi.

" Aku dah cakap budak tu memang Tak layak jadi Mak budak! Tinggalkan ajalah budak tu "

Muzammir segera mendekati Lashira .

"Kenapa hubby Tak tinggalkan ketua bidadari syurga hubby ni ? Hubby.. isterimu Tak berjaya menyelamatkan anak Kita daripada kena bunuh. Apa Salah Dee ? Dee Tak bersalah langsung hubby .. " Tanya Lashira.

"Ketua bidadari syurga hubby.. kalau Dee ada lagi mesti dia sedih tengok mummy dia macam ini . Buat apa hubby nak tinggalkan ketua bidadari syurga hubby yang sorang ni kalau ini semua bukan Salah kesayangan hubby ni . " Jawab Muzammir sambil mengesat air mata Lashira yang mengalir.

"Macam Tak percaya aja kan semua benda ini terjadi dalam sekelip mata.. masa dalam kandungan dulu , Dee aktif sangat sampai Tak ada komplikasi langsung tapi bila dah lahir je...terus kena bunuh Dan meninggal macam itu je . Sepatutnya ketua bidadari syurga hubby ni yang pergi bukan Dee" kata Lashira.

"Ketua bidadari syurga hubby, jangan pernah persoalkan takdir sebab Allah dah aturkan yang terbaik untuk Kita . Kita sepatutnya bersyukur sebab Kita akan ada penyambut dekat pintu syurga nanti . " Tenang Muzammir.

"Do you still love me even though our Ladeena Amanda dah tinggalkan Kita?" Soal Lashira.

"Yes I do and always do " Jawab Muzammir lalu mencium dahi Lashira.

Penyiasat peribadi milik Muzammir memulakan penyiasatan daripada mencari di CCTV hospital.

Pendrive yang mengandungi rakaman CCTV disambungkan ke laptopnya untuk memudahkan dia mengakses maklumat.

"Leong Xiao zi, 29 tahun.. Samseng jalanan "

Jari jemarinya terus menghantar gambar maklumat yang dia jumpa kepada Muzammir untuk membuat tindakan seterusnya.

"Zam.. Ara macam mana ? " Soal Permaisuri Afia.

"Macam itulah Mak ,tengah rehat tapi kemurungan dia dah menghilang sikit " Jawab Muzammir.

"Mak menyesal ke sebab kehilangan cucu sulung ? " Tanya Muzammir.

"Tak.. Mak percaya itu semua ujian Dan mungkin belum rezeki buat kamu berdua untuk besarkan Ladeena cumanya Mak terkilan sebab bayi yang Tak bersalah juga yang menjadi sasaran" Balas Permaisuri Afia.

"Itulah .. Zam rasa nak bawak Ara pergi ke suatu tempat yang boleh menenangkan hati Dan Kembalikan jiwa dia yang kental macam dulu tu lepas dia dah selesai berpantang nanti." Ucap Muzammir.

Tring!

Telefon Muzammir menjerit untuk diangkat.

" Tuanku.. kami dah dapat kesan segala maklumat yang menyebabkan Arwah Raja Ladeena dibunuh. Apa perancangan tuanku terhadap pembunuh ni?"

"Kumpulkan di markas Dan jangan pastikan diaorang terlepas. Cari sekali lokasi Dan segala maklumat mengenai bos diaorang iaitu Datin Hashina . Jangan apa-apakan diaorang lagi . Saya bagi arahan baru kamu semua laksanakan "

"Arahan diterima Tuanku "

Muzammir menoleh ke belakang Dan didapati Husna sedang menuju ke arah bilik tidur Lashira Dan dirinya. Melihatkan Husna menemani Lashira , Muzammir mengambil keputusan untuk ke markas polis peribadinya untuk menguruskan Hal yang berkaitan kematian anaknya.

"Assalamualaikum mummy Tengku Lashira Aralyn, omma datang ni " ujar Husna sambil membawa dulang makanan.

"Waalaikumussalam.. amboi omma bukan main happy harini , ada apa tu?" Soal Lashira.

"Omma happy sebab mummy dah happy Dan dah baik " jawab Husna.

"Amboi.. kalau macam ini nak lah tak sihat balik " seloroh Lashira.

"Jangan nak mengada-ngada eh , aku ketuk kau karang . Bukan sebagai seorang kawan aja Tau .. sebagai kakak ipar sekali " ucap Husna.

"Alamak ! Ini kalau Dee ada lagi mesti dia menangis mengejek omma dia . Pandai eh kau plot twist semua benda " sindir Lashira.

"Mestilah.. bakal adik ipar saya yang ajar" kata Husna.

Cubitan daripada Lashira menyinggahi lengan Husna sehinggakan Husna mengerang kesakitan.

"Aduh! Sakitlahhh" jerit Husna.

"Padanlah muka kau .. siapa suruh tunding jari bab-bab yang buruk semua dekat aku .. kan dah kena " ucap Lashira.

"Kenapa makin sakit cubitan kau ni? Dulu Tak sakit mana pun " Luah Husna.

"Eh ayat kau tu macam Tak serik lagi aja nak kena cubitan ketam aku ni . Kalau nak , cakap " perli Lashira.

"Wahai bakal adik iparku yang disayangi, janganlah marah-marah nanti bakal kakak iparmu ini juga yang susah hati " pujuk Husna.

Lashira hanya menghadiahi jelingan tajam kepada Husna kerana dia malas hendak melayannya.

"Kau siapa? Kenapa kau bawak kitaorang dekat tempat yang Kotor Dan menjijikkan ni " marah Leong Dan Lim .

"Memang padan lah dengan muka korang .. nak sangat buat benda terkutuk kan .. duduklah korang dekat sini sampai mati " ujar Sarjit.

"Apa kau merepek ni? Mana ada aku buat Hal dengan korang " Lim menyambung amarahnya.

" Kau buat Hal dengan keturunan diraja Tau. faham tak diraja tu apa? Ke nak suruh aku eja satu persatu " sindir Sarjit.

"Keturunan diraja ke tak kisah apa pulak kitaorang berdua ni " giliran Leong pula membalas.

"Korang ni memang Tak takut mati eh? Dah banyak sangat ke amalan korang dekat dunia ni sampai terdesak sangat nak buat kejahatan" perli Fakri.

"Kisah apa kitaorang , hidup kitaorang biarlah kitaorang uruskan sendiri " Lim membalas perlian Fakri.

"Aku pun Tak ingin nak campur hidup kau tapi kau dah langgar kesabaran aku jadinya aku sendiri yang akan hancurkan korang sampai mati " Muzammir menyampuk dengan nada yang seakan akan menahan amarah.

Melihat sang putera mahkota di depan mata membuatkan Lim Dan Leong diam seribu bahasa.

"Apahal diam ? Takut ? Masa korang berdua bunuh anak aku Tak ada pula perasaan takut tu" perli Muzammir.

"Aku Tak akan merosakkan tangan aku untuk membunuh korang .. kalau korang Tak sabar sangat nak kena hukum dengan aku , tunggu ajalah bos baru kesayangan kau tu sampai dekat sini then you will know apa yang akan berlaku dekat korang bertiga nanti " sambungnya.

His Royal lover Where stories live. Discover now