BAB 10

65 5 0
                                    

Setibanya tiba di UK..

Lashira seringkali termenung setelah mengalami mimpi buruk itu . Entah mengapa fikirannya sering berfikiran negatif.

"Ara.. apa yang menyebabkan kau termenung jauh? Kau masih terfikir mimpi kau tu ke? " Tanya Muzammir yang seakan tahu apa yang menyebabkan Tunangnya berfikiran jauh sedemikian.

"Mana ada apa cuma aku terfikir boleh ke aku survive dekat sini Tanpa sebarang masaalah walaupun aku pergi sini sebab program pertukaran pelajar"Jawab Lashira.

"Bakal bidadari syurga Yang Mulia , Putera mahkota Raja Muzammir Adraki bin Duli yang maha mulia Sultan Raja Hazwan yang paling dicintai Dan akan aku sahkan kau menjadi permaisuri hidup aku iaitu Tengku Lashira Aralyn Binti Yang Amat mulia Tengku Sulaiman Khai.. Kau takkan boleh menipu dengan aku, luahkan apa yang menganggu fikiran kau dekat aku , please" rayu Muzammir.

''Maafkan aku , Zam .. depan kau mungkin aku nampak lemah tapi itulah hakikat yang sebenar . Sebenarnya aku jadi macam ini bukan sebab mimpi aku aja tapi ... A.. aku risau "' Lashira meluahkan kepada Muzammir dengan memberikan tatapan yang sayu.

" Macam yang aku cakap dengan kau ... Aku takkan pernah nampak kau lemah , Ara. Kau perempuan terkuat yang aku pernah jumpa " kata Muzammir sambil membalas tatapan Lashira dengan tatapan yang penuh dengan perasaan cinta.

"Kau ni janganlah buat aku rasa seperti diserang penyakit diabetes dengan tatapan kau tu , kita masih bertunang dan perlu menjaga tatapan mata lainlah kalau dah halal. Kau tunggu sini , aku nak pergi tandas " bebel Lashira .

"Husna.. teman Ara pergi ladies .. nanti kalau ada apa - apa yang terjadi inform aku " Muzammir mengarahkan Husna untuk menemani Lashira kerana hati kecilnya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak diingini akan menimpa kepada Tunangnya itu .

"Baiklah Yang Amat Mulia , Putera mahkota ku yang amat disegani '' Husna menyambut dengan baik arahan yang diberikan oleh Muzammir .

Muzammir memandang tajam ke arah Husna , sudah banyak kali dia menegaskan kepada Husna supaya tidak memanggilnya dengan gelaran istimewanya itu namun gadis itu tetap melakukannya.

'' ARA... kau rasa aku ada peluang tak nak mengurat abang-abang handsome dekat UK ni ?"

Tiada jawapan yang diberikan.

'' ARA...''

Husna menoleh ke sebelah dan terkejut kerana susuk tubuh seorang Lashira tiada di sebelahnya. Cemas tidak terkata dia dibuatnya tatkala tiba-tiba sahaja Lashira hilang. Allahuakbar , ke manakah Tengku Lashira Aralyn pergi?

Tanpa berfikir panjang , Husna segera memeriksa sekeliling termasuklah Tandas khusus untuk wanita yang berada di situ namun hampa kerana dia tidak menjumpai Lashira . Sebelum keadaan menjadi semakin keruh, Husna berlari menuju ke arah Muzammir untuk menyampaikan berita itu .

" ZAM!'' jerit Husna.

"' Ya.. kenapa ? ada apa ini , Husna ? kenapa cuak semacam aja ni .. Ara mana ??" Tanya Muzammir .

" Ara hilang , Zam sebelum sampai dekat tandas... Aku rasa Ara kena culik dengan Faqih , Zam " Jawab Husna.

Wajah Muzammir yang sememangnya tenang berubah menjadi tegang . Allahuakbar , perkara yang sememangnya dia tidak mahukan ianya terjadi berlaku jua .

"Husna , kau pergi dapatkan Cikgu Faridah dan duduk sahaja dengan dia sampailah aku muncul. Jangan pergi mana - mana ... Boys , Jom !" Muzammir mengarahkan Husna dan Polis peribadinya serentak .

"Abang..." Che Puan Halina memanggil Suaminya lembut.

"Ya, sayang .. ada apa?" Sahut Yang amat mulia, Tengku Sulaiman Khai

His Royal lover Where stories live. Discover now