BAB 40

56 2 0
                                    

Majlis doa Selamat dijalankan . Alhamdulillah, tujuan doa Selamat ini dijalankan juga bertambah setelah Husna Dan Lashira berbaik semula.

"Alhamdulillah, Mimel lega tengok omma dengan Mummy dah bersatu semula . Kan bagus kalau omma Tak ikutkan ego dia " Kata Melinda dengan nada yang sebak.

"Tak nak lah lama-lama , sunyi tahu Tak. Kan nanti susah pulak aku nak beranak nanti " seloroh Husna.

"Aiyoo tengok tu Mun tenung kau macam nak makan " ujar Melinda yang mendukung Munifah itu.

"Agaknya dia tahu kot siapa yang buat mummy dia stress gila masa mengandungkan dia dengan Yad " seloroh Husna.

"Ke dia tenung kau macam ini sebab jodoh dia ada dalam ni " usik Melinda.

"Oi! Yang kuban-kuban aja korang ni . Tak adanya nak jodohkan anak Dara aku dengan anak Husna ni .. daddy dia Tak restu " sampuk Lashira.

"Alah apa salahnya , anak dalam perut Husna ni lelaki lepastu kau ada Mun takkan tak boleh nak berbesan " kata Melinda.

"Tak payah nak menggila dekat sini , boleh ? Tak berkembang salasilah keluarga ni kalau kahwin dengan sedara sendiri ,Tau " sibuk sahaja Safwan yang semestinya menyampuk itu.

" Yang abang tu kahwin dengan kawan adik sendiri Tak apa pulak " bidas Husna.

"Eh itu Tak apa asalkan bukan dengan saudara sendiri . Kan Yad kan " ujar Safwan sambil mencium dahi Muayyad.

"Ketua bidadari syurga hubby , hubby perasan berapa Bulan kebelakangan ini .. ketua bidadari syurga hubby ni Tak pernah menangis " ucap Muzammir tatkala kesemua tetamu sudah meninggalkan istana kediamannya.

"Aik .. ayat tu perli ke ? Nak ketua bidadari syurgamu ini sedih lama- lama ke ? Tak Suka ke kitanya happy ? " Bidas Lashira.

"Hubby Tak Suka ketua bidadari syurga hubby ni sedih.. hubby nak tengok Muka bahagia aja Tau." Balas Muzammir sambil memeluk Lashira memandangkan anak-anaknya sedang dirangkul oleh bakal omma Dan appa .

"Dah lama hubby nantikan untuk tengok ketua bidadari syurga hubby bahagia Dan senyum lebat macam ini . Bila tengok ketua bidadari syurga hubby senyum lebat macam ini, hubby bahagia sangat " ucap Muzammir.

" Gila Tak bahagia kalau suami Dan anak-anak ada di sisi . Alhamdulillah hubby tunaikan janji hubby " sambung Lashira sambil tersenyum bahagia.

"Memandangkan anak-anak Kita dah besar , lepas Husna bersalin Kita terus proceed dengan plastic surgery " ujar Muzammir.

"Hubby... Rasa sayang pula sebab kena ganti wajah asal kepada wajah baru " rengek Lashira.

" Hubby pun taknak ketua bidadari syurga hubby ni bertukar rupa tapi ini darura, Lagipun yang melecurnya bukan sikit " kata Muzammir.

"Kenapa nada tu macam nak bahagikan kasih aja ni ? " Soal Lashira.

"Bahagikan kasih daripada muka buruk kepada muka yang lawa " usik Muzammir.

"Raja Muzammir Adraki bin Sultan Raja Hazwan! Ko dah lama Tak kena belasah dengan aku , makin gila kau kan! Amboi Kau mentang-mentang aku dah Tak lawa bukan main Kau nak bahagikan kasih! " Bebel Lashira sambil menarik rambut Muzammir.

"Ampun!!!!!!" Balas Muzammir.

Keesokan Harinya , lahirnya putera pertama Safwan Dan Husna yang secara automatiknya sah menjadi raja muda. Proses bersalin itu dipermudahkan.

"Alhamdulillah anak fruit Mummy dah lahir.. Mun dengan Yad jangan sedih Tau sebab omma dah ada anak baru " seloroh Lashira.

" Janganlah sedih .. mummy tetap akan jaga Dan melayan Mun dengan Yad and also mummy yang tingtong Ni" balas Husna.

"Eh kau ni ! Nasiblah kau baru lepas bersalin kalau tak dah kena pelempang dah dengan aku " marah Lashira.

"Nampak gayanya mak-mak budak ni memang Tak reti matang " bisik Safwan ke telinga Muzammir.

"Agak-agaknya nanti masa Kak ngah dengan Mel dah jadi mak , diaorang matang Tak ? Ke jadi macam dua orang ni ? " Tanya Syed .

" Mungkin Tak .. tapi kalau jadi macam dua ni habislah Kita , masaklah Kita nak kena melayan " Jawab Idhlan.

"4 of you, tidur luar!!" Tegas Dalili.

Husna ketawa mengejek. Rasain lu!

"Eh .. mana boleh macam tu . Along kena tidur dalam sebab Husna dengan Hazran ada dekat sini " ucap Safwan yang sememangnya minta belas kasihan.

" Boleh aja , bye abang .. Selamat tidur luar " sokong Husna.

Faqih berdiri di kawasan yang tersorok.
Dirinya tidak diundang , jadinya mengapa dia hendak menemui keluarga diraja itu?

Tidak.. tidak mungkin dia akan menemui keluarga diraja itu tatkala dirinya sendiri tersepit dengan perancangan untuk menamatkan riwayat Lashira.

Dia mengaku bahawa dirinya sendiri yang sanggup menebalkan muka merayu kepada sang musuh untuk menangguhkan misi mereka daripada berlaku.

" Please... Please tangguh sekejap plan korang " rayu Faqih.

"Untuk apa? Kau sebenarnya masih sayangkan dia , kan " Tanya pihak musuh.

"Ya , aku masih sayangkan dia ! Puas hati?! Bagi aku masa 5 tahun . Aku nak dia bahagia lama sebelum mati dalam keadaan yang menderita " jawab Faqih.

"Oh masih sayangkan dia lagi rupanya . Okay fine , aku setuju dengan rayuan kau tu " balas Pihak Musuh.

Tatkala Faqih menoleh , dia melihat Muzammir Dan Lashira Dan dengan segera dia menyorokkan badannya. Dia tidak mampu untuk berjumpa dengan pasangan sejati itu.

His Royal lover Where stories live. Discover now