BAB 26

59 4 0
                                    

"Hubby.. bangun " sambil menahan sakit yang kerap datang , Lashira mengejutkan Muzammir.

"What's wrong Ketua bidadari syurga hubby ? Sakit ke?" Soal Muzammir.

"Rasanya dah tiba masa our Ladeena keluar melihat dunia " Jawab Lashira.

Mendengarkan jawapan sang isteri, Muzammir segera mencepung tubuh Lashira lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

"Hubby Tak tukar baju dulu?" Tanya Lashira.

"Tak ada masa , alah bukan hubby tunjuk six pack hubby pun.. hubby pakai t-shirt . Putera mahkota pun layak pakai kain pelikat macam orang biasa " Balas Muzammir.

"Tahukah kamu apabila Raja Muzammir Adraki memakai kain pelikat , aura dia berbeza " ujar Lashira.

"Berbeza macam mana tu? Makin handsome ke?" Muzammir bertanya dengan riak wajah yang berlagak.

"Tak.. bukan makin handsome tapi makin hodoh " pintas Lashira.

"Sempat lagi eh perli hubby disaat contraction ni" kata Muzammir sambil mengetuk lembut kepala Lashira manakala Lashira pula tertawa keriangan.

"Datin.. diaorang dah pergi hospital.. rasanya dah nak bersalin tu "

"Bagus.. aku nak kau proceed dengan rancangan Kita.. lepas kau bunuh anak dia tu, kau terus cabut "

Hati Datin Hashina keriangan. Akhirnya, hari itu tiba jua!

"Harini kau hadapi bahagia Dan kedukaan perempuan Tak guna.. aku Tak sabar nak tengok kau dibenci " ujarnya.

Proses melahirkan buat Kali pertama ini dipermudahkan. Tatkala Muzammir mengiqamatkan sang anak, Lashira mengesat air matanya kerana dia sudah menjadi seorang ibu.

"Raja Ladeena Amanda, tengoklah mummy awak tu.. boleh pulak dia buat drama air mata dekat sini " ujar Muzammir sambil mendukung Ladeena yang sedang Lena untuk menuju ke arah Lashira.

"Mana ada buat drama, air mata ni air mata terharu Tau sebab Tak sangka dah official jadi mummy " Lashira menafikan kata-kata Muzammir.

"Dee daddy , nanti jangan banyak drama Tau macam mummy .. pening daddy melayan nanti " usik Muzammir.

Pap!

"Asam keping punya laki cakap aku banyak drama! Nak kena dia ni.. jangan masuk bilik setahun ye " kata Lashira sambil mengerling tajam ke arah Muzammir.

"Kenapa setahun? Sehari je lah please " rayu Muzammir.

"Tak ada maknanya, duduk luar setahun .. " ucap Lashira .

Matilah nak, apa yang aku buat sampai bini aku taknak layan aku ni!

"Aduh macam mana nak laksanakan plan tu.. kalau bos Tau Kita Tak bertindak lagi, habislah Kita"ujar Seorang pemuda yang botak licin itu.

"Tak payah kalut sangatlah.. kau ikut je plan aku " balas pemuda yang berambut kerinting.

"Ish! Macam mana aku kalut.. aku cuma risau " kata pemuda botak itu.

"Kau Tak payah risau , payment dah masuk Kita Jalan ajalah "ucap pemuda kerinting itu.

Kring!

" Hah panjang umur boss kesayangan kau tu dah Telefon " kata pemuda botak yang bernama Liam itu.

" Apa lagi, kau jawablah cepat kan nanti Kita berdua kena hamun dengan dia " sampuk Leong.

"Hello boss"

"Hello! Kau dah jalankan tugasan ke belum? Kenapa aku Tak dapat update lagi ni?"

"Bawak bertenang bos.. kami Tak dapat nak jalankan misi tu sekarang sebab putera mahkota ada sekali dengan dia Dan baby tu masih lagi di pangkuan mereka berdua "

" Aku Tak nak dengar Alasan! Aku tunggu sampai lusa , kalau aku Tak dengar berita mengembirakan daripada korang memang aku ambik balik bayaran yang arwah cucu saudara aku dah bagi korang"

Liam Dan Leong menelan air liur, mereka tidak mahu bayaran itu ditarik semula!

"Baiklah boss.. kami akan buat secepat yang mungkin"

"Comelnya anak omma ni... Assalamualaikum Raja Ladeena Amanda Binti Yang Amat Mulia Raja Muzammir Adraki.. Omma love you so much my baby girl " ujar Husna sambil menguncup lembut dahi Ladeena.

"Amboi , mentang mentang Dee dah lahir kau lupakan mummy dia terus eh.. Tak adil ! Aku nak merajuk lagi lah gini " kata Lashira dengan nada yang tidak berpuas hati .

"Husna.. janganlah tambah merajuk dia .. dia dahlah merajuk dengan aku lagi tu " sampuk Muzammir.

"Sebelum Husna datang lagi kitanya memang dah merajuk dengan dia , jom Dee teman mummy merajuk dengan daddy Dan Omma sekali " bidas Lashira.

"Nampak gaya semua keletihan lagi ni .. apa kata Kita semua tidur " ucap Safwan Dan mendapat anggukan setuju daripada semua .


Tiba-tiba lampu keseluruhan blok hospital itu terpadam .

"Hai betina.. " Kata Liam yang datang secara mengejut. Sah , dialah dalangnya!

"Kau nak apa ?! Aku kenal kau ke? Takkan ! " marah Lashira.

"Aku datang ni sebab aku nak bunuh anak kau " ujar Liam.

Mendidih darah Lashira tatkala Liam mengaitkan Ladeena dalam isu ini .

"Apahal pulak kau nak bunuh anak aku! No aku Tak akan izinkan!" Jerit Lashira.

" Ketua bidadari syurga hubby.. mimpi pasal apa ni sampai menjerit ? " Soal Muzammir.

Husna Dan Safwan pulang ke rumah sejam selepas Lashira dibuai mimpi .

"H.. hubby.. mana Dee? " Soal Lashira.

Soalan Lashira dibalas dengan jeritan daripada sang pembantu peribadi Muzammir iaitu Gibran yang nampak resah itu.

"Tuanku! Ada kecemasan !"

"Ha? Kecemasan apa? Kenapa nampak cemas aja ni ?" Tanya Muzammir.

"A..anak tuanku.."

Lashira segera bangun daripada baring menuju ke bilik incubator. Dia tahu di mana Ladeena berada kerana dia terdengar kata-kata seorang jururawat tatkala dia melelapkan mata tadi.

" Allahuakbar! Anak mummy!" Jerit Lashira sambil berlari mendapatkan anaknya.

Bagaikan hendak jatuh ke tanah tatkala melihat Ladeena ditusuk dengan pisau di jantungnya. Mengapa anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?

"Dee, kenapa Dee tinggalkan mummy ? Anak mummy sepatutnya hidup dengan bahagia dekat dunia ini sayang .. that should be me yang pergi dulu bukan Dee" rintih Lashira.

Permaisuri Halina memeluk Lashira daripada arah belakang untuk memberikan semangat kepada Lashira. Sungguh dia tidak sanggup melihat anaknya dalam derita sebegini lagi.

"I..ibu... Kenapa Dee yang pergi dulu , ibu? Apa Salah dia sebenarnya? Kenapa bukan adik yang pergi ? Adik ni memang Tak layakkan jadi mummy" Lashira menyalahi dirinya.

"Tak sayang... Anak ibu ni memang layak untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang mummy " pujuk Permaisuri Halina.

"Hubby..." Panggil Lashira lembut.

"Ya ketua bidadari syurga hubby" sahut Muzammir.

"Jom...cerai " kata Lashira.

Muzammir terduduk tatkala mendengar permintaan Lashira. Ya Allah sampai begini sekali penyelesaian yang sang isteri minta.

"Ketua bidadari syurga hubby.. kenapa cakap macam itu ? You know that I love you so much " Dengan nada yang lembut, Muzammir bertanya.

Lashira memilih untuk mendiamkan diri . Dia tidak dapat menerima kepergian anaknya secara mengejut Dan lebih sayunya ditikam .

" Bos! Plan Kita dah berjaya dilaksanakan!" Kata Leong dengan gembira sebaik sahaja mereka meloloskan diri.

"Bagus , aku Suka! Korang memang boleh diharap! " Balas Datin Hashina.

His Royal lover Where stories live. Discover now