BAB 33

40 4 0
                                    

Seminggu selepas berbulan madu, Dua beradik Dan pasangannya bertemu di Lapangan terbang setelah jet peribadi mereka Selamat mendarat.

"Assalamualaikum Selamat kembali wahai adikku Dan adik ipar !" Sapa Safwan.

"Waalaikumussalam Selamat kembali juga wahai abang Dan kakak iparkuu" balas Lashira sambil memeluk Dan melagakan pipinya dengan pipi Husna.

"Eh nak berlebih pulak dengan isteri along . Pergi jauh-jauh lah sana " ujar Safwan.

"Amboi mentang -mentang lah dah ada bini , bukan main taknak layan adik eh . Okay fine! Hubby , jom balik rumah terus . Along jangan menggatal nak jumpa adik eh. Bagi adik anak buah dulu baru datang " rajuk Lashira sambil menarik tangan Muzammir.

Pap!

"Aduh! Sakitlah sayang.. Kita baru balik honeymoon kot " rengek Safwan.

"Padanlah muka abang, siapa suruh mengada sangat pinggir adik yang ditatang macam itu aja " bebel Husna.

"Alah Tak apalah , Adik dah ada Zam takkan nak bagi Adik bermanja dengan abang sendiri " ujar Safwan.

"Okay abang , tidur dekat luar ye harini " ucap Husna.

"Kalau sayang taknak tidur dengan abang ,abang nak tidur dengan sapa ? Tidur dengan Zam lagilah Tak boleh " soal Safwan.

Muzammir Dan Lashira sudah meninggalkan pasangan suami isteri itu . Malas hendak mendengar mereka gaduh-gaduh manja.

"Tak baik Tau sayang.. syurga sayang di bawah tapak kaki abang Tau . Orang yang tengah berdiri depan sayang ni syurga sayang Tau Tak? Sedar ke tak sedar" Safwan melancarkan perang manja dengan Husna.

"Ya sayang tahu tapi abang kena ingat eh the main reason sayang kahwin dengan abang disebabkan Ara bukan sebab cintakan abang . Cintakan abang tu di tangga kedua " Husna membalas serangan mulut yang dimulakan oleh Safwan itu.

"Ha? Adik dulu baru abang? How could you" ujar Safwan dengan nada yang sedikit menjauh.

"Itulah hakikatnya abang .. dahlah malas nak perang mulut dengan abang " sambung Husna.

"Reti pun balik rumah ni . Ingatkan lepas kahwin dengan perempuan yang malang ni Tak reti nak balik rumah Mak bapak kamu sendiri "

Sebaik sahaja Muzammir Dan Lashira masuk ke dalam , Permaisuri Ratu Inayah menyindir mereka.

"Saya memang selalu balik rumah ni . Makde tu yang jarang datang sini . Makde jangan Cuba nak memburukkan isteri saya ya Dan Makde Tak ada hak nak cakap Macam itu sebab saya kenal isteri saya lebih daripada apa yang makde tahu pasal dia " tegas Muzammir.

"Betullah kan apa yang makde cakap? Memang bini kamu ni malang ! Sebab apa? Sebab anak kamu berdua mati lepas lahir kena bunuh . Nampak sangat hidup dengan dia mendatangkan derita buat kamu. Dahlah orang yang bunuh anak kamu tu tinggi Dan berbadan sasa " kata Permaisuri Ratu Inayah.

"Macam mana makde tahu pasal pembunuh tu , hrm?" Soal Muzammir sambil mendekatkan diri dengan tubuh Permaisuri Ratu Inayah.

Wajah Permaisuri Ratu Inayah bertukar menjadi cemas .

" Makde Tak tahu tapi makde buat andaian " Jawab Permaisuri Ratu Inayah polos sambil mengambil beg tangannya lalu melangkah pergi.

Muzammir senyum mengejek. Don't mess up with me my dear aunt .

"I used to told you before this Raja Muzammir Adraki bin Sultan Raja Hazwan, you will face a lot of trouble when you got married with me " ujar Lashira dengan nada yang resah.

"Ya Allah rindu nak gaduh dengan hubby ke apa ni? Hubby dah cakap hubby Tak kisah sebab hubby memang nak bahagiakan ketua bidadari syurga hubby ni " balas Muzammir.

"Bahagia tapi buat ketua bidadari syurgamu stress memanjang " usik Lashira.

"Eii!! Ada jugak kena gomol kejap lagi karang " kata Muzammir dengan nada menahan geram.

"Berseri-seri betul muka anak dengan menantu bapak lepas balik honeymoon ni " suara lantang milik Sultan Hazwan kedengaran.

"Mestilah berseri-seri sebab bahagia " balas Muzammir.

" Bos! Diaorang dah balik sini !"

" Bagus tapi kau jangan mulakan kerja kau dulu .. kau mulakan masa Dua perempuan tu bersama sahaja jangan mula masa laki diaorang ada"

"Kalau Tak ada masa untuk Kita mulakan rancangan ni macam mana bos?"

" Kita sendiri yang akan menjahanamkan hidup diaorang sebab aku tahu Atok diaorang ni Tak sanggup nak mati that's why dia Tak membantah dekat aku langsung "

Hai lah Hazim oh Hazim, kau Tak nak mati dekat tangan aku Tak mengapa ... Cucu kau sendiri yang akan mati dekat tangan aku ! Hidup ini memang Tak adil ,bukan?

Husna mengasingkan dirinya daripada Safwan sehinggakan Safwan sendiri pening melayan karenahnya.

"Sayang... Sampai bila nak merajuk dengan abang ni ? " Tanya Safwan.

"Sampai subuh esok , kalau boleh nak sampai subuh tahun depan " ujar Husna.

"Ha? Subuh tahun depan? Sayang.. janganlah seksa jiwa Dan raga abang.. abang Tak sanggup tahu Tak " rayu Safwan.

"Ini semua dusta. Husna dah nak tidur jadinya jangan kacau " kata Husna lalu memusingkan badannya ke arah yang bertentangan dengan Safwan.

Keesokan Harinya , Husna menuju ke istana Lashira seawal mana yang mungkin.

"Hei awal betul kakak iparku sampai " ujar Lashira di muka pintu.

"Kitanya masih lagi merajuk dengan along awak" balas Husna.

"Pulak dah . Biasanya Husna yang di depan mata Dan amat dikasihi ini Tak merajuk lama . Apa yang menyebabkan dirimu merajuk lama ni, hrm?" Soal Lashira.

"Entah mungkin perangai abang sulung mu itu membuatkan diri ini merajuk lama" jawab Husna .

" Tapi aku rasa tadi ada orang ikut aku " secara tiba-tiba , Husna menukar nada suaranya.

"Ha? Siapa ? " Tanya Lashira sambil mengerutkan mukanya.

"Entah tapi rasanya firasat aku aja kot " balas Husna.

"Hah tulah merajuk lagi dengan along lama-lama kan dah fikir macam-macam . Masuklah jom nak buat apa berdiri lama-lama dekat luar ni " ajak Lashira.

"Zam..." Safwan memanggil Safwan yang sememangnya sedang menikmati makanan .

"Lah .. kenapa along Tak makan ? Dah sejuk dah Tau makanan tu " soal Muzammir.

"Adik merajuk dengan Zam lama Tak ? " Giliran Safwan bertanya.

Seperti yang dijangka, Safwan mengajaknya bertemu kerana ingin bertanyakan tentang ini.

"Isteri merajuk ke bang? Ginilah tips dia.. Along kena pujuk Husna dengan bagi apa yang dia Suka sebab perempuan Suka tengok effort" dengan bersahaja Muzammir membalas.

"Alah tapi takkan disebabkan along Tak bagi adik bermanja dengan along boleh menyebabkan birasmu merajuk lama ? Ini Tak adil namanya " rengek Safwan.

"Aduh along ni .. sepatutnya Tak payah merajuk disebabkan itu . Kalau Husna yang nak bermanja dengan Zam ni logiklah sikit along nak merajuk " respon Muzammir.

"Amboi berani nampak ? Nak Cuba penampar along ke?" Soal Safwan sambil menaikkan keningnya.

"Taknak.. nanti kena tembak berdas-das " balas Muzammir Dan diikuti dengan tawa Safwan.

His Royal lover Where stories live. Discover now