BUNYI seseorang dipukul itu buat Shaera tersentak, dari celahan almari dia boleh nampak yang bapanya dipukul teruk oleh beberapa sosok tubuh berjubah hitam. Kepala mereka semua ditutup dengan hood yang labuh sampai tidak boleh nampak muka.
"Kau langgar janji, Sebastian!" Satu lagi tumbukan padu diberi pada wajah Sebastian membuatkan Valerie menjerit.
"Jangan pukul suami aku!" Valerie dipandang.
Pang!
Satu tamparan diberi pada Valerie.
"Valerie!" Sebastian mahu mendapatkan Valerie tapi pergerakan dia dikunci oleh orang-orang berjubah hitam.
Valerie pegang pipi yang terasa pijar, dia pandang sosok yang tampar dia tadi dengan tatapan yang tajam.
"Kau diam, perempuan. Kau dengan suami kau sama saja dah langgar perjanjian."
Valerie ketap bibir.
Air mata Shaera mengalir tapi mulutnya ditekup mahu mengelakkan sebarang bunyi terhasil, dia ingat apa Valerie pesan padanya sebelum dirinya diletak dalam almari.
"Jangan keluar dari sini selagi orang-orang yang Shae tak nampak belum keluar dari rumah kita. Duduk je dalam ni dan jangan keluar tak kira apa pun yang Shae akan nampak sampai Auntie Pearl datang cari Shae."
Itu pesan Valerie pada Shaera sebelum sorokkan anaknya itu dalam almari hingga sekarang, Anak itu masih tidak berganjak mahupun menghasilkan apa-apa bunyi yang boleh mendedahkan tempat persembunyiannya.
"Mana budak tu?" Soal lelaki berjubah pada Sebastian.
"Sampai mati pun kau takkan dapat anak kami!" Sebastian berkata berani.
Buk!
Sebastian terlanggar tubuh Valerie bila mukanya jadi sasaran penumbuk.
"Sebastian!" Valerie mendapat suaminya.
"Perempuan, beritahu aku mana budak tu sekarang." Arah lelaki berjubah, kalau masih berdegil memang dia akan cabut terus nyawa dua manusia itu.
"Aku tak akan buka mulut!" Valerie tegas.
"Tch..." Lelaki berjubah berdecit, dia terus pandang ke arah satu sosok bertopeng yang muncul entah dari mana bersama satu kapak di tangan.
Sebastian dan Valerie terkejut melihat sosok yang bukan seperti manusia biasa, fizikal dan ketinggian melebihi manusia normal.
"Bunuh mereka." Arah lelaki berjubah.
Si topeng itu merengus tanda mengiyakan apa yang diarah, kapak sebesar tubuh manusia itu diangkat tinggi.
Sebastian dan Valerie saling berpelukan, sempat Valerie pandang ke arah almari yang menjadi tempat persembunyian Shaera. Dia memberikan senyuman dengan air mata mengalir seakan tahu yang Shaera sedang merenung ke arahnya.
Bibir Valerie itu bergerak menutur sesuatu tanpa suara kepada Shaera.
"Mama dengan papa sayang Shae."
Air mata Shaera semakin banjir tapi dia sedaya upaya menahan esakan daripada terhasil.
Serentak itu kapak dihayun dan depan mata Shaera, dia lihat bagaimana dua kepala mama dan papanya terpisah dari badan.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...