•BAB 3•

921 126 8
                                    

"SHAERA." Panggilan Sir Farith tidak Shaera hiraukan, habis saja kuliah tadi terus dia capai beg dan meluru keluar dari dewan kuliah tersebut kerana tidak mahu menjadi bahan gosip murahan siswa siswi dek kerana Sir Farith tidak lepas memberi perhatian pada dirinya.

Shaera lajukan langkah tapi lengannya ditarik dari belakang buatkan tubuh pusing menghadap Sir Farith.

"Shaera, I ada benda nak cakap dengan you." Kata Sir Farith.

Shaera berdecit, dia pandang lengannya dan muka Sir Farith silih berganti.

"Sir, saya rasa tak perlu nak pegang kot. Cakap guna mulut, bukan tangan." Datar nada Shaera.

Sir Farith segera lepaskan lengan gadis itu.

"Sorry."

"Sir nak cakap apa? Cepat, saya ada benda lain nak kena buat ni." Shaera mulai tak selesa dengan anak-anak universiti yang mula berbisik bila melintasi dia dan Sir Farith.

Tak lain tak bukan sedang mengumpat dan tabur fitnah.

"Kalau kita cakap kat tempat lain, boleh? Maybe kat taman belakang kampus?" Pinta Sir Farith.

"Kat sini boleh kot, saya tak suka pergi tempat selain public. Lagipun, agama sir sendiri pun cakap tak elok berdua-duaan dekat tempat yang tak ramai orang." Sir Farith rasa terpukul dengan ujaran Shaera, tak jangka dirinya bakal disentap pelajar yang bukan seagama dengannya.

"Ehem..." Sir Farith berdehem nak hilangkan rasa malu kena tembakan tepat daripada Shaera.

"Sorry, tapi apa yang saya nak cakap ni pasal hal peribadi."

"I don't mind, talk right here or never." Shaera masih tetap dengan pendirian untuk suruh Sir Farith cakap di kawasan pelajar-pelajar serta pensyarah lalu lalang.

Sir Farith hela nafas, dia memang tak boleh lawan gadis itu.

"I heard that Sir Henry proposed to you, you terima dia ke?" Dah agak dah mesti Sir Farith akan tanya pasal hal itu, macam mana tak tahu dah kalau Sir Farith tu kawan Sir Henry. Jadi, memang tak pelik kalau pensyarah itu tahu pasal lamaran tiba-tiba pengarah universiti ini.

"Saya rasa sir boleh agak kot jawapan yang saya bagi kat dia." Tenang Shaera berkata pada Sir Farith.

Melihatkan wajah tidak berperasaan Shaera, senyuman Sir Farith melebar kerana tahu lamaran sahabat baiknya itu ditolak.

"Alhamdulillah, saya masih ada peluang." Ujarnya perlahan tapi masih sampai ke telinga Shaera, berkerut dahi gadis itu memandang pensyarahnya.

"Sir, kalau sir rasa sir boleh dapatkan saya hanya kerana saya tolak Sir Henry... Saya rasa sir kena fikir balik." Sir Farith terdiam.

"Saya kat sini nak habiskan study saya, bukan bercinta atau jadi sugar baby and so on. Kalau sir dah gian nak kahwin sangat, sir boleh cari isteri kat staff room sana. Banyak boleh dijadikan pilihan kalau, kahwin 4 pun boleh sebab saya dengar dalam Islam yang lelaki boleh kahwin 4. So, pergi kahwin 4 sana." Satu lagi tamparan hebat terasa di wajah Sir Farith dek kerana ayat Shaera, sangat makan dalam.

"Kalau Sir masih nak cakap pasal hal peribadi macam ni, saya tak berminat. Macam saya cakap yang saya kat sini nak habiskan pelajaran tinggi saya." Dan balik ke pangkuan Auntie Pearl di Thailand, sambungnya dalam hati.

Seusai itu, Shaera pusing tubuh menyambung langkah meninggalkan Sir Farith terpinga-pinga di situ.

"APA masalah semua lecturer aku ni? Aku datang just nak belajar tapi apahal diorang semua sibuk nak luah perasaan, ajak aku kahwin?" Bebel Shaera perlahan sambil hempas beg sandang di atas singki.

ENIGMA Where stories live. Discover now