BAM!
Arran menghempas tubuh salah seorang siswa yang menghalang laluannya untuk mencari Shaera. Daripada tadi lagi dia mencari gadis itu tapi ada saja manusia dirasuk mengganggu laluannya.
"Argh!" Ada siswa kerasukan menerpa Arran tapi dengan penuh tangkas telapak tangannya yang terukir lakaran menekup muka siswa itu kemudian dihempas pada tubuh.
Mata merahnya bercahaya sambil berkata.
"Keluar." Seusai mengungkap ayat itu, terus asap hitam keluar dari tubuh siswa tersebut. Menggelupur sekejap badan lelaki itu sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
Arran memandang sekeliling. Memang sangat huru-hara. Ada satu cara saja nak hentikan pesta historia beramai-ramai ni, dia kena cari pemilik makhluk-makhluk yang diseru daripada neraka tapi dalam masa yang sama, dia kena cari di mana Shaera.
"Mana kau, Valeska?" Soalnya sendiri sebelum kakinya tiba-tiba statik.
Arran dapat rasakan aura yang tidak menyenangkan berhampiran dengannya. Dia yakin apa yang dirasakan ini ialah Shaera tapi dia perlu berikan tumpuan untuk dapat jejak gadis itu.
Mata dipejam sesaat kemudian bila dia celik, iris merahnya mula menyala seperti bulan berdarah. Tatu pada tangan kanannya mula mengeluarkan asap hitam lalu Arran berkata...
"Bawa aku pada Shaera Valeska." Terus seluruh tubuh Arran menjadi asap yang laju bergerak ke arah kedudukan Shaera saat ini.
Tiba saja di satu ruangan luas, Arran lihat dewan terbengkalai yang dindingnya sudah retak serta ada yang berlubang seakan dihentam sesuatu dengan daya kekuatan sangat kuat.
Bam!
Arran berpaling.
"Shaera..." Nama gadis itu meniti di bibir.
Iris merah itu menatap Shaera sedang melangkah ke arah Dylan yang tersandar pada dinding pecah. Pakaian dan wajah cantik itu sudah ada kesan darah.
Dia bunuh orang?
Arran toleh pada mayat Sir Henry.
Kejam cara kematian sebab leher pecah menampakkan tulang. Tak mungkin Dylan melakukan perkara ini kecuali...
Laju dia tatap Shaera.
Shit!
Shaera kerasukan lagi.
"Hahahaha kau memang kuat macam yang dia kata, Shaera Valeska." Dylan berdiri. Ibu jari mencalit darah yang ada di bibir bersama senyuman sinis masih terukir.
Shaera tidak berkata apa. Kakinya laju ke arah Dylan dengan buku lima mahu dihayun tapi kali ini... dia tersilap langkah sebab Dylan menolak dadanya kuat bersama sebelah mata merah menyala.
Menggeleset jauh tubuh Shaera.
"Aku akan bawa kau pada dia." Dylan melangkah mendekat tapi...
Bum!
Tahu-tahu saja kepala Dylan sudah dihempas kuat pada lantai hingga konkrit itu merekah besar.
Mata Dylan jeling tapak tangan bertatu Arran menekan kepalanya kuat. Si mata merah ini selalu saja mengganggu!
"Kau rupanya yang bawa masuk makhluk-makhluk tu." Ujar Arran dingin.
"Jangan campur urusan aku, Arran!"
"Like I'll hear your order." Dari tangan kali ini kaki Arran memijak kuat kepala Dylan sampai bergema ruangan luas itu.
Dylan terus tak sedarkan diri. Walaupun kepalanya boleh hancur disebabkan kekuatan Arran tapi dia bukan seperti manusia normal kalau sudah buat perjanjian dengan syaitan.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...