SEDAR saja Shaera, benda pertama yang dia cari adalah Arran. Dengan laju kaki turun dari katil membawanya keluar daripada bilik.
Puan Pearl yang baru nak buka pintu tersentak bila Shaera meluru keluar melintasinya macam angin. Tak sempat nak panggil, bayang gadis itu sudah hilang dari pandangan mata.
Kepala yang gatal dia garu pelik, dah kenapa anak saudaranya itu? Puan Pearl menyoal dalam hati.
Tingkat bawah tanah menjadi sasaran Shaera setelah mencari bayang Arran tiada di ruang tamu, dapur mahupun bilik tidur. Jadi, tempat terakhir yang gadis itu boleh fikir ialah kamar rahsia bawah tanah.
"Arran!" Terus saja nama Arran diseru bila dia buka pintu dan...
Bam!
Terkedip-kedip mata Shaera lihat Dominic melayang terbang menghempas dinding, dia lihat Arran yang hanya berseluar panjang itu.
Membulat matanya melihat Arran tika ini. Ada urat hitam timbul di seluruh anggota tubuh hingga ke muka, mata merah milik Arran pun menyala lebih terang daripada biasa. Ukiran tatu pada lengan kanan lelaki itu pun mengeluarkan asap hitam.
"Arran..." Kenapa lelaki itu nampak lain.
Dominic toleh.
"Shaera, pergi pada Arran."
"Hah?" Shaera terpinga-pinga.
"Pergi pada Arran!" Jerkah Dominic.
Bahu Shaera terhinjut tapi tetap saja dia merapat pada Arran. Rasa takut itu ada namun kaki tetap melangkah sampailah dia berdiri betul-betul depan Arran. Dia lihat dada lelaki itu turun naik bersama rengusan yang kuat.
"Arran..." Telapak tangan Shaera naik pada pipi Arran. Serta-merta perubahan terjadi, urat hitam yang memenuhi tubuh lelaki itu mula beransur hilang. Anak mata merah menyala tadi sudah menjadi biasa dan tidak menakutkan seperti tadi.
Tatapan Arran turun pada Shaera.
"Shaera?"
"Kau okay?" Shaera menyoal.
Arran turunkan tangan Shaera yang berada di wajah, senyuman nipis dia beri pada gadis itu.
"I'm good." Dominic yang sedang mengurut bahu dipandang Arran.
"Sakit sangat ke tu?"
Dominic jeling. Kau dah humban aku macam barang tak bernyawa, ada hati nak tanya aku sakit ke tak? Gerutu hati Dominic.
"Aku dah biasa. Kau kan kalau nak training memang kalau boleh nak hapuskan partner sparring kau." Sindir Dominic.
Arran senyum senget.
"Baguslah, nasib baik hidup lagi. Kalau tak, siapa lagi nak jadi punching bag aku." Dominic angkat jari tengah sebelum melangkah keluar dari ruangan itu.
Muka selamba Arran tayangkan sebelum memandang Shaera yang ketawa kecil. Nampak comel gadis itu di mata seorang Arran Klaus.
"Kenapa cari aku?" Shaera dongak kembali pada Arran.
"Tak tahu, aku bangun lepas tu terus nak cari kau." Polos jawapan Shaera beri. Memang benda pertama dia fikir lepas bangun daripada lena yang panjang tadi ialah mencari Arran.
Alis Arran terangkat.
"Really? Is that why you wear something like this?" Soal Arran tilik Shaera atas bawah.
Shaera pun tengok atas bawah, berona wajahnya setelah perasan yang dia hanya memakai kemeja oversized sampai paras lutut. Patutlah dingin semacam saja kaki dia masa turun bawah tadi.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...