•BAB 24•

654 86 3
                                    

DIABLO terundur ke belakang selepas menerima satu libasan padu daripada pedang Arran. Terbatuk darah dibuatnya menahan perit pada luka yang terhasil dari dada hingga ke sisi perut kiri.

Arran dipandang.

"Kau..."

"Kenapa Diablo? Lemah?" Arran menyindir.

Ibarat satu suis dipetik membuatkan Diablo tiba-tiba mahu mengamuk. Lemah? Itu bukan dirinya, serta-merta dia berubah bentuk dari fizikal seperti manusia mula membesar menjadi makhluk yang bertubuh tegap dua kali ganda dari Arran dengan tanduk serta gigi taring melengkung seperti babi hutan.

Arran senyum sinis, inilah yang dia tunggu.

Diablo menunjukkan rupa sebenar.

"Aku akan bunuh kau, Arran Klaus!"

"Then do it." Arran bersedia bila Diablo sudah meletakkan kedua belah tangan atas lantai seperti seekor harimau mahu menerkam mangsa, dia pusatkan tenaga pada kaki belakang lalu menujah ke arah lelaki mata merah tersebut.

Hampir saja gigi tajam itu mengena tapi Arran sempat elak tapi ada sedikit calar pada tangan kirinya, darah mengalir dari celah pakaian yang terkoyak itu sebelum ia sebuah sendiri dalam beberapa detik.

Boleh tahan. Getus hati Arran.

Kali ini Arran angkat bilahnya ke arah Diablo, makhluk itu kelihatan mahu menyerang dengan taktik yang sama sekali lagi.

Iris merah Arran mula menyala seiring dengan bilah pedangnya mengeluarkan percikan api kecil bersulam bayang hitam. Dia menantikan Diablo untuk menyerang.

Diablo menderam beberapa kali sebelum menempik kuat menuju pada Arran seperti yang lelaki itu jangkakan, dia menanti makhluk tersebut semakin rapat lalu dengan sekelip mata saja bilah pedang sudah laju membelah leher Diablo hingga kepala terpisah daripada badan.

Bergolek kepala Diablo atas lantai, matanya terbeliak ke arah Arran. Muka sinis lelaki itu ibarat mimpi ngeri kepada makhluk-makhluk sepertinya kerana itulah tatapan terakhir dia sebelum kepalanya ditiup angin hitam.

"Arran! Shaera!" Arran pandang Dominic yang sedang bergelut dengan orang-orang enigma sebelum dia melihat Shaera yang menggelupur dalam keadaan tergantung itu.

Dylan sudah mahu habiskan mantra dan lakaran bintang atas lantai sudah membentuk kepulan asap hitam. Shit! Mantra tu dah disempurnakan!

Shaera terkejut melihat satu sosok tubuh besar bertanduk seladang bermata merah saga sedang menyeringai ke arahnya. Dia tak boleh nak lepaskan diri dalam keadaan tangannya yang dirantai serta tubuhnya tergantung di udara.

Dylan sudah ketawa besar.

Arran pula terkejut melihat sosok yang dia kenali itu.

Xenos!

"Anakku... Akhirnya kau berada depan mata aku, Raven." Kata Xenos sambil kukunya bermain di pipi Shaera.

"Aku bukan anak kau." Kata Shaera, nak paling ke arah lain takut wajahnya dicederakan kerana kuku yang berada di pipi itu akan meninggalkan luka berdarah.

Xenos ketawa.

"Terimalah kenyataan, Raven. Kau tetap anak yang dikirim ke dalam perut manusia. Ibu dan bapa kau hanya sekadar penjaga sebelum kau kembali semula pada aku." Kata Xenos mencengkam rahang Shaera untuk menatap wajahnya yang bengis lagi menakutkan itu.

"Jangan sentuh dia, Xenos." Xenos berpaling pada orang yang mengganggu. Rengusan terhasil lihat Arran di situ.

"Kau... Kau masih hidup rupanya, Arran."

ENIGMA Where stories live. Discover now