ARRAN berdiri pandang Abella yang tidak lekang memanah sasaran tergantung pada batang pokok. Sudah hampir senja dia melihat gadis itu berlatih sekaligus rasa pelik menyapa diri bila perasan raut wajah jelita itu sangat serious di mata merah miliknya.
"Abella."
Abella berpaling, muka dingin dia tayang pada Arran.
"Apa yang bermain dalam fikiran kau?" Arran merapatkan jarak antara mereka berdua.
"Tak ada apa-apa." Nafi Abella mahu sambung memanah tapi tangan Arran menurunkan tangan Abella me bawah.
Dagu gadis itu ditarik dan mereka berdua saling berbalas renungan.
"Kau tahu kau tak boleh menipu aku, Abella. Ada yang mengganggu fikiran kau hingga kau sanggup hancurkan dahan pokok itu sampai hancur." Lembut sahaja si pemilik iris merah itu bertutur dengan Abella, diusap lembut dagunya dengan ibu jari.
Abella ketap bibir. Dia memang takkan mampu menipu Arran kerana lelaki itu boleh mengesan penipuan yang cuba digunakan.
"Beritahu aku, Abella."
Abella diam seketika sebelum dia buka mulut.
"Aku nak bunuh maharaja." Arran tidak terkejut dengan apa yang Abella kata, semua orang dalam kerajaan ini mahu tamatkan nyawa maharaja yang kejam dalam mentadbir tanah dihuni mereka sama ada manusia dan bukan manusia.
"Itu aku tahu, Abella."
"Tapi aku nak bunuh dengan tangan sendiri gunakan pisau ni." Sebilah pisau belati ditarik dari belakang seluar lalu ditunjuk depan muka Arran.
Terkejut Arran, dia tahu ini pisau apa tapi...
"Mana kau dapat pisau ni?"
"Aku curi dari kamar tidur dia. Katanya ini saja satu-satunya senjata yang boleh cabut nyawa maharaja Xenos."
Arran tak tahu nak beri reaksi apa. Pisau belati yang ada di tangan Abella itu ialah senjata untuk mencabut nyawa manusia yang sudah bersatu dengan kegelapan. Jika mereka bersatu maka senjata biasa tidak akan mampu untuk menghapuskan jiwa gelap yang menebal dalam diri.
"Kau nak beritahu aku yang..." Shaera angguk sebagai jawapan.
"Maharaja Xenos bukan manusia. Dia dah bersekongkol dengan makhluk dunia gelap."
Arran angguk faham tapi ada perasaan gusar dalam diri, tangan Abella disentuh sebelum sebelah lagi merangkul pinggang ramping gadis itu.
"Tapi aku tak nak kau bahayakan diri kau, Abella." Katanya merenung muka Abella.
"Kalau aku tak buat, rakyat tanah ini akan tetap jadi hamba kezaliman Xenos. Aku tak mahu itu semua terus menimpa orang-orang yang tidak bersalah." Tekad Abella.
Arran hela nafas, Abella memang keras kepala! Lagi keras daripada batu! Gumam Arran dalam hati.
Melihat muka yang risau, Abella naik mengusap pipi Arran.
"Aku akan selamat, Arran. Aku janji." Seraya itu bibir Arran dipagut untuk sesaat dan sebaik saja mata lelaki itu celik...
Tergamam.
Dia nampak Shaera sudah bermandikan dengan darah dan sekeliling yang tadinya hitam sudah berubah menjadi perkampungan dilanda kebakaran bersama rakyat menjadi huru-hara di sekitar kampung.
"Arran..."
"Abella."
"Aku..." Tak sempat habiskan ayat, ada anak panah menembusi belakang tubuh Abella.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...