CANGGUNG suasana antara Arran dan Shaera dalam ruangan bawah tanah. Sejak dari tadi mereka berdua tidak bercakap setelah jejak kaki kembali ke rumah agam tersebut. Dua orang itu duduk bersila menghadapnya satu sama lain di tengah-tengah bulatan yang terlakar simbol atas lantai batu.
Masing-masing berpandangan bersama tangan disilang pada dada.
"So..." Shaera memecah suasana sunyi antara mereka berdua.
Arran pasang telinga.
"I'm resemble of your..." Shaera gantung ayat. Dia malu pula nak sambung ayat itu.
"The love of my life yang aku pernah cakap dulu." Ayat itu Arran yang habiskan bila lihat Shaera kelihatan malu-malu, boleh nampak muka gadis itu berona merah mahu menutur ayat.
Shaera kemam bibir. Dia tak tahu nak rasa apa, muka dia seiras dengan perempuan yang menghuni hati Arran iaitu Abella.
Melihat wajah Shaera, hampir saja Arran ledakkan tawa. Comel pula tengok muka malu gadis itu.
"Selama ni... kau jaga aku sebab aku seiras dengan Abella atau ada sebab lain?" Shaera ingin tahu.
"Mulanya sebab tanggungjawab nak jaga kau. But now... I guess I've changed my purpose." Tenang saja Arran jawab soalan yang Shaera beri.
"Purpose apa?"
"Loving you I guess." Jawapan Arran buat Shaera jadi makin malu, muka pun sudah menyalahkan tomato merahnya.
"Jangan mengarut, Arran. Kau hutang penjelasan dengan aku. Siapa aku? Siapa kau?" Tegas Shaera, rasa malu dalam diri cuba dia buang jauh-jauh sebab ada penjelasan diperlukan sekarang ini.
Arran angguk. Nampaknya gadis ini sudah patut tahu tentang Abella dan siapa dirinya. Cuma... ada soalan perlu dia tanya sebelum dia membongkar kebenaran yang sudah lama disorok lagi-lagi mengenai gadis yang berada depan matanya sekarang.
"Sebelum aku cerita tentang siapa aku, kau bersedia untuk tahu apa sebenarnya identiti kau?"
Shaera angguk, debaran kian terasa pula dalam diri.
"Kau sebenarnya..." Arran mula membuka bicara.
Gadis itu mendengar.
"Bukan manusia biasa." Berlapik dahi Shaera tidak faham dengan apa yang cuba Arran sampaikan padanya.
"Apa maksud aku bukan orang biasa?"
"You're half devil." Shaera rasa terpempan mendengar balasan Arran.
"Kau jangan main-main, Arran. Aku tak nak bergurau soal ni." Tegas Shaera, dia tiada masa mahu bergurau dengan Arran walaupun riak muka jejaka itu tiada tanda-tanda gurauan dipaparkan padanya.
"Let me show you something." Jari telunjuk dan jari hantu Arran naik menyentuh dahi Shaera. Serentak itu, ada satu arus elektrik tiba-tiba mengalir ke dalam kepala Shaera buatkan gadis itu mendongak bersama mata putih semuanya.
Shaera lihat sekeliling, dia berada di... ruang tamu? Bila diamati betul-betul, barulah dia perasan ini ialah rumah keluarganya ketika masih kecil dahulu. Tapi, dalam tempat tinggal itu kelihatan suram saja.
"Shaera." Dia pandang Arran yang berdiri di hujung koridor.
"Arran?"
Arran angguk, dia beri isyarat untuk gadis itu mendekat.
Shaera akur pada isyarat Arran.
"Kau dah bersedia nak tengok?"
Shaera angguk.
"Ingat apa yang aku cakap, apa pun kau akan tengok lepas ni memang realiti yang terjadi. Kuatkan hati kau untuk terima semua ni nanti." Ujaran itu kedengaran berat pada Shaera tapi dia tetap mahukan jawapan.
Arran tolak sikit pintu cukup untuk Shaera mengintai. Dari celahan pintu dia lihat dua sosok berjubah hitam sedang duduk di tengah ruang tamu luas di atas lakaran bintang atas lantai dihasilkan menggunakan darah. Di sekeliling lakaran tersebut ada lilin merah dinyalakan.
Telinga menangkap dua orang itu membaca sesuatu seakan mantra. Sebaik saja salah seorang menepuk lantai, ada satu makhluk muncul dari kegelapan.
Ia makhluk berjubah, wajah tidak kelihatan namun boleh nampak tanduk seperti seladang yang muncul. Kedua tangannya berkulit seperti pohon kayu dengan kuku tajam.
Bila dua orang yang menutup kepala mereka menurunkan hood itu, mata Shaera membulat kerana itu ialah ibu bapanya. Sebastian dan Valerie.
"Apa kemahuanmu?" Makhluk berjubah bersuara garau.
Sebastian dan Valerie memandang satu sama lain lalu angguk kepala. Makhluk yang diseru kembali mereka pandang sekali lagi.
"Kami mahu anak." Mendengarkan ayat itu, air mata Shaera kian bertakung. Jangan cakap...
"Apa pulangannya jika aku menurut kemahuan kalian?" Ia menyoal lagi.
"Apa saja." Sebastian berkata.
Makhluk itu menyeringai suka dengan apa yang manusia ini katakan, mudah sekali dia mendapatkan mangsa yang terdedah dengan kemahuan sendiri.
"Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kalian..." Sebastian dan Valerie dah senyum satu sama lain.
"Tapi dengan syarat."
"Apa syaratnya?" Valerie menyoal.
"Saat tiba masa bulan purnama berdarah menjelma saat dia sudah menginjak 5 tahun, maka kau perlu kembalikannya padaku kerana dia bukan milikmu selamanya atau nyawa menjadi galang ganti." Makhluk itu menyatakan syarat yang diberi.
Sebastian dan Valerie diam sejenak. 5 tahun saja menjaga anak yang bakal mereka dapat? Mereka berkira-kira dengan syarat itu, akhirnya akur juga pasangan itu dengan syarat diberi oleh makhluk berjubah itu.
"Kami setuju."
Makhluk itu menyeringai. Kedua belah tangan yang berkedut itu mula kelihatan dan ada seperti asap hitam menjelma dari telapak tangan. Pasangan suami isteri mendengar suara terkumat-kamit membaca mantra.
Dapat Sebastian dan Valerie rasa keliling mereka berdua ada gegaran. Perabot-perabot dalam rumah itu ada yang sudah terjatuh, ada juga beralih dari kedudukan asalnya.
Setelah beberapa detik, makhluk itu menitip pesan.
"Ingat, jangan lupa janji kalian. Akan ku tuntut apa yang sudah termeterai sebaik saja anak itu hidup dalam perut isterimu." Makhluk itu hilang di balik kegelapan dan serentak itu tekak Valerie menjadi loya.
Sebastian yang risau akan isterinya yang muntah tiba-tiba berubah jadi gembira, ini bermakna apa yang mereka berdua suami isteri impikan sudah menjadi kenyataan.
Shaera sudah tekup mulut, air mata membasahi pipi. Maknanya selama ini dia...
Adalah anak dari perjanjian antara ibu bapanya dengan syaitan.
"Sekarang kau sudah faham kenapa kau selalu nampak makhluk-makhluk bukan dari dunia kau termasuk kebolehan yang hidup dalam diri?" Arran menyoal perlahan menyentuh bahu Shaera.
Shaera tidak menjawab, dia masih tenggelam dengan perasaan diri. Rasa macam dikhianati pun ada sebab Puan Pearl tidak jujur dengannya, tapi tak boleh juga disalahkan ibu saudaranya itu kerana dia sudah sehabis baik usaha melindungi dirinya selama ini.
Barulah Shaera faham, kenapa Puan Pearl kawal ketat dirinya selama ini. Apa yang Arran tunjuk adalah sebabnya.
"Aku nak balik."
Arran jungkit kening. Tiada soalan mahu diaju, sebaliknya tangan dihulur untuk Shaera raih.
Tangan jejaka iris merah Shaera raih.
Mata Shaera terus celik, pipinya terasa basah memandang Arran yang menatap ke arahnya. Tak sempat cakap apa-apa, Shaera ditarik oleh Arran ke dalam perlukan. Tangan mengelus belakang gadis itu sambil berbisik.
"Menangis semahu kau, aku milik kau."
Dan Shaera menangis semahu-mahunya melepaskan emosi dalam diri dengan Arran tak lepas memeluk tubuhnya.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...